MAJLIS PRESIDEN HARUS BERANI BUAT KETETAPAN PADA 21 FEBRUARI INI



Majlis Presiden PH menjadi tumpuan para penyokong dan pengundi PH sewaktu di dalam PRU14 yang lalu apabila Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tahun 2020, iaitu pada 21 Feb ini.

Kita mahu lihat, adakah benar Majlis Presiden akan mematuhi janji peralihan kuasa PM akan berlaku di mana tempuh dua tahun untuk Tun M menjadi PM berakhir pada Mei 2020 ini.  Semua tahu, Tun M adalah PM sementara dan itulah yang dijanjikan kepada kita semua.

Kita juga dengar dari mulut Tun M sendiri selepas beliau dilantik menjadi PM, beliau akan menjadi PM untuk tempuh dua tahun.  Ikuti wawancara beliau dan kenyataan beliau yang awal, bukannya kenyataan beliau selepas itu yang semakin bercelaru.  

Lojiknya, PM sementara tidak akan lebih lama dari PM sebenar yang mahu diangkat oleh PH.  Seandainya Majlis Presiden membenarkan Tun M menjawat jawatan PM sehingga selepas Persidangan APEC iaitu pada November 2020, ini bermakna Tun M akan menjadi PM lebih lama dari Anwar sebelum parlimen dibubarkan.  Selepas APEC, mungkin bulan Disember 2020 atau Januari 2021, atau bila2 masa selepas itu.  Semuanya boleh dipusing oleh Tun M sepertimana beliau telah pusing kenyataan beliau awal dahulu iaitu dua tahun.

Bagi mengelakkan kontroversi berterusan dan negara kembali tenang tanpa isu ini terus dimainkan serta meyakinkan pelabur, Majlis Presiden yang kebanyakan pimpinannya sebelum PRU14 dahulu terkenal dengan keberanian serta komited dengan reformasi, harus berani mengambil ketetapan bahawa peralihan kuasa wajib dilakukan pada Mei 2020 .  Jika ini boleh dilakukan, maka imej Majlis Presiden akan dipandang tinggi oleh rakyat dan tidak dilihat terlalu takut dengan PM atau dilihat terlalu sayang kepada kedudukan masing2 di dalam Kabinet.

Benar, Anwar berkata beliau cenderung untuk bersetuju dengan Tun M agar peralihan kuasa berlaku selepas APEC.  Sebagai manusia yang ada kepentingan dan disebut untuk menjadi PM dan juga sebagai Presiden Parti Keadilan, kenyataan Anwar itu boleh dianggap kenyataan  diplomasi yang tujuannya untuk meredakan suasana.  Tetapi, beliau juga memberikan isyarat jelas iaitu terpulang kepada Majlis Presiden.  

Maka, bola di kaki Majlis Presiden PH sekarang.  Soal mengkotakan janji bukan ditentukan oleh Tun M atau Anwar, tetapi oleh Majlis Presiden PH.  Kami tuntut janji itu.

WFAUZDIN NS


SARAF UNTUK MENCUKUPKAN BILANGAN, MASIH TIDAK CUKUP




1. Sedang bertiup kencang ketika ini kononnya sekumpulan anggota parlimen (MP) didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Tun Mahathir supaya kekal sebagai perdana menteri hingga akhir penggal.

2. Semalam juga menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama bertemu Tun Mahathir membincangkan soal Peralihan Kuasa. Kedua-dua pihak bersetuju peralihan kuasa akan dimuktamad dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari ini.

3. Tun Mahathir turut menafikan sebarang penglibatan dalam spekulasi akuan bersumpah tersebut, malah mengulangi pendiriannya berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan selepas Sidang APEC (MStar Online 14 Februari).

4. Dalam satu kenyataan berasingan, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak terbabit dengan mana-mana SD. Jika Zuraida yang diketahui umum sebagai orang nombor dua selepas Azmin telah mengaku tidak terlibat, maka apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

5. Dilaporkan terdapat sebuah SD yang mempunyai sokongan (tandatangan) seramai 138 ahli parlimen. Antara pecahannya, angka 26 MP adalah dari parti KeADILan. Namun apabila melihat realiti sebenar sokongan yang kuat kepada Presiden, angka 26 MP itu boleh disifatkan sebagai inzal pra-matang.

6. Jumlah MP yang kononnya mencecah angka 138 ini adalah satu permainan saraf untuk menarik sokongan lebih ramai ahli parlimen bagi mencukupkan bilangan yang tidak cukup-cukup sejak kegagalan agenda Pakatan Nasional.

7. Jika benar ada SD yang ditandatangani 138 MP, sudah pasti SD tersebut bocor kerana ketika ini majoriti MP cenderung untuk bersama Perdana Menteri ke-8 yang sudah dijanjikan, kecuali pembangkang tegar dan juga segelintir MP PKR yang hilang pedoman.

8. Adalah menjadi perkara norma apabila bilangan ahli itu tidak cukup korum maka dimomokkan ahli yang lain supaya muncul untuk turut serta menurunkan tandatangan, atau mereka akan ketinggalan kapal. 

9. Maka propaganda dan perang saraf terus dirancang dan dinyalakan sehingga misi petualang untuk menafikan perjanjian demi merebut kuasa itu akhirnya berjaya. Mungkin mereka terlupa, tuhan juga merancang.

10. Apa yang pasti sekarang ini, Pas, Umno dan Kartel PKR sudah pasti mahukan Tun Mahathir kekal hingga habis penggal supaya tiada anjakkan reformasi yang berlaku sepanjang penggal ke-14 ini. Anwar Ibrahim perlu dihalang, by hook or by crook. Oleh demikan dapat dilihat bermacam helah muncul dari pelbagai arah.

11. Majlis Pakatan Harapan digesa untuk mengumumkan tarikh muktamad peralihan kuasa. Samada Mei atau November, satu tarikh adalah memadai untuk kita semua bergerak bersama menuju ke detik gemilang itu. 

12. Definitif tarikh akan menjadikan Malaysia jauh lebih stabil khususnya dalam soal politik, ekonomi dan sosial. Pelabur akan lebih bersedia untuk menjangkakan pelaburan mereka ke negara ini, ekonomi juga akan mula bergerak selaras dengan kestabilan politik.

13. Adalah menjadi pedoman penting kepada semua bahawa Pelan Peralihan Kuasa yang telah muktamad akan menjanjikan transisi kuasa yang aman dan teratur. Tiada janji sebaliknya.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger


SELEPAS KOMITED SERAH KUASA KEPADA ANWAR, MAHATHIR SEPATUTNYA LARANG USAHA KUMPUL SD DAN TOLAK USUL PERCAYA PAS




Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD untuk mengekalkannya sehingga habis penggal, sekiranya benar masih sayangkan PH, sekurang-kurangnya dua tindakan di bawah ini harus dilakukannya tanpa bertangguh lagi.

Pertama, mengeluarkan kenyataan keras meminta diberhentikan serta-merta sebarang usaha mengumpul SD itu, tidak kira sama ada ia dilakukan oleh kelompok dalam Bersatu, UMNO atau sebagainya.

Kedua, juga mengeluarkan kenyataan tegas menolak campurtangan Pas mahu menyokongnya sehingga habis penggal melalui usul undi percaya di Parlimen.

Tetapi, adalah Tun Mahathir melakukannya?

Ikut logiknya, setelah membuat pengakuan sekali lagi untuk komited menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, cuma meminta dianjakkan peralihan kuasa sehingga selesai Sidang Apec pada November, itulah yang seharusnya dilakukan oleh Tun Mahathir.

Ia sekurang-kurangnya dapat menjadikan keadaan menjadi tenang sementara menunggu peralihan kuasa dilaksanakan, seterusnya memastikan PH tidak lagi terancam perpaduannya.

Namun, tidak melakukan kedua-dua perkara tersebut memungkinkan boleh berlakunya banyak kejadian lain yang tidak dijangka.

Apa terjadi, meskipun sekiranya peralihan kuasa telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden 21hb Februari nanti adalah selepas Sidang Apec iaitu November, tetapi usaha golongan keparat mengumpulkan SD untuk tujuan mengekalkan khidmatnya sehingga habis penggal masih lagi berterusan dan tidak pernah dilarang oleh Tun Mahathir?

Cukupkah sekadar menyatakan beliau tidak terlibat dengan komplot tersebut?

Juga, apa akan terjadi jika tarikh peralihan kuasa telah dipersetujui, namun Tun Mahathir masih enggan mengeluarkan kenyataan tegas menyatakan tidak memerlukan sokongan daripada Pas melalui usul undi percaya terhadapnya?

Apakah susah benar bagi Tun Mahathir menolak usul percaya Pas itu sebagaimana beliau kerap membelasah parti Islam itu sebelum ini?

Dalam tempoh 9 bulan daripada sekarang sehingga selesai Sidang Apec pada November depan untuk menanti berlakunya peralihan kuasa, hakikatnya macam-macam perkara boleh berlaku.

Selagi Tun Mahathir tidak mengeluarkan kenyataan tegas dan keras melarang pengumpulan SD dan menolak Pas membawa usul undi percaya terhadapnya, bolehkah dalam tempoh 9 bulan itu beliau benar-benar dipercayai dan diyakini tidak melakukan satu lagi U-Turn seperti yang banyak kali dilakukannya sebelum ini?

Tidakkah mungkin nanti, dengan muka selamba dan kerut-kerut di wajah yang semakin nyata, Tun Mahathir akan berkata, “Memang saya nak serahkan jawatan kepada Anwar dan janji pun sudah dipersetujui, tetapi oleh kerana sokongan untuk saya masih ada, apa saya boleh buat?”

Dalam ertikata lain, bukankah dalam hal ini janji peralihan kuasa sebenarnya lebih baik kekal dilakukan pada Mei dan bukan November?

Menjelang November atau ada masa 9 bulan, selain wanita mengandung sudah boleh melahirkan anak, ular lidi pun sudah bertukar menjadi ular sawa yang cekap membelit di sana sini, kecuali jika Tun Mahathir dengan ikhlas dapat melakukan dua perkara yang disebut di atas tadi.

Maka, apakah tidak mustahil Tun Mahathir juga akan membelit lagi sebuah janj dalam tempoh 9 bulan akan datang? ShahbudinHusin 15/02/2020)

*PIMPINAN MANA YANG KHIANAT KEPADA PERJUANGAN???



Horas


1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam, kami anak muda dibakar semangat oleh ulama PAS supaya lawan UMNO. Kalau mati kerana lawan UMNO, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

2. Kenapa kena lawan UMNO? Sebab pemimpin UMNO zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan agama.

3. Lalu ayat al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong UMNO, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama PAS.

4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama PAS. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas PAS buat kerja utk lawan UMNO. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.

5. Itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin PAS. Semasa Abdul Hadi belum jadi Presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara.

6. Kini, segala-galanya berputar. UMNO bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan UMNO dikira khianat. Berkawan dgn DAP dikira musuh Islam. 

Ayat al-Quran tadi bukan dihala kpd UMNO lagi tapi dihala kpd musuh Umno pula. 

7. Padahal, UMNO yg dahulu dan kini adalah sama dan tak berubah pun. Maknanya, pihak yg berubah adalah PAS. 

Berubah daripada lawan UMNO kepada mesra UMNO. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang.

8. Siapa khianat perjuangan jika ini yg berlaku? 

Jawabnya ialah *PAS*. 

*Patutkah PAS yg khianat perjuangan rakyat menerima undi rakyat?*

PAS sanggup memperhambakan diri utk kelangsungan politik UMNO. Byk-bykkan bertaubat dan beristighfar sblm kamu mati mengadap Ilahi...

NASIHAT KU BUAT HADI AWANG



Miqdad Zakaria.

D peribadi dad sangat kesian tengok ayah chik kerana terpaksa tukar lidah dalam membuat kenyataan demi untuk menjaga sebuah parti bernama PAS.. 

Dad rasa baik ayah chik tumpu kepada dakwah dan sasarannya kepada golongan bukan islam sahaja.. Ayah chik masuk ke semua tempat agama lain untuk berdialog dan mencari titik persamaan.. Mana tahu ada di kalangan mereka mendapat hidayah disebabkan usaha dakwah ayah chik.. 

Atau pun.. 

Ayah chik tumpu kepada tarbiah untuk walaun's PAS yang ramai di kalangan mereka berlidah cacat.. Selalu memaki hamun dan mencarut.. Mana tahu berkat usaha tarbiah ayah chik kepada mereka.. Mereka boleh jadi soleh dan dikurniakan lidah yang fasih dalam membaca dan menghuraikan ayat² Allah.. 

Jadi.. 

Kalau semua itu berjaya.. Nama ayah chik juga yang baik.. Semua orang akan hormat ayah chik.. Dan sejarah ayah chik dalam mengislamkan tokoh² agama bukan islam akan  terpahat kemas dalam lipatan sejarah.. 

Dad bukan nak kipas ayah chik.. Cuma nak selamatkan ayah chik jer.. 

😁😁


*HORMATI PROSES PARLIMEN BERPELEMBAGAAN.*



16 February 2020

Saya maklum beberapa hari kebelakangan tentang respon saya terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan Berita Harian telah menimbulkan banyak persoalan. Kenyataan saya telah di nukilkan dalam sebuah artikel di berita harian pada hari Selasa 11 febuary 2020.

Kenyataan ini menjadi tular setelah salah seorang pimpinan PAS Pusat telah melakukan kesilapan dalam meneliti dan mentafsir keratan akhbar tersebut. Beliau dalam kenyataan di media sosial dan akhbar rasmi PAS iatu HARAKAH, telah menyatakan bahawa saya telah melampaui ruang lingkup kuasa yang diberikan oleh perlembagaan dengan menolak usul menyokong Perdana Menteri kekal sehingga ke hujung penggal ke 14 ini.

Saya selaku Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat 1 yang telah dipilih secara undian dalam dewan yang mulia akan tetap menjunjung peranan dan kuasa yang di berikan seadilnya

Seperti yang saya nyatakan dalam keratan akhbar tersebut,

*".. Jika mereka mahu membawa usul dan menjadi usul persendirian ia perlu mendapat persetujuan Yang di Pertua Dewan Rakyat"*

Ia jelas bahawa saya tidak mendahului apatah lagi membuat sebarang keputusan.

yang lebih menghairankan bagaimana keputusan boleh dibuat sedangkan usul belum di bawakan? Saya kira terdapat segelintir usaha jahat untuk mencalarkan institusi parlimen yang mulia ini.

Akhir sekali, kita harus sedar cadangan usul sebigini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Apatah lagi dibawa oleh Pembangkang. Saya berpendirian bahawa usul ini bukanlah keperluan kerana kerajaan dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir berada pada landasan yang betul. Kestabilan ini dicemburui oleh sesetengah pihak yang merasa tergugat dengan kejayaan kerajaan ini.

Dato Hj Mohd Rashid Hasnon
Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat.


BERTAUBATLAH HADI AWANG



Pas dilaporkan akan terus dengan rancangan untuk membawa usul undi percaya agar Perdana Menteri dikekalkan mentadbir negara sehingga habis penggal, meskipun isu peralihan kuasa pada hakikatnya tidak berbangkit lagi setelah pertemuan Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir Mohamad semalam.
Dalam pertemuan semalam, Tun Mahathir memberitahu Anwar, beliau kekal komited dengan janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama PH sebelum ini.
Tun Mahathir juga menegaskan, beliau tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul tandatangan bagi tujuan mengekalkannya sehingga habis penggal.
Hari ini, bercakap tentang hal yang sama, Tun Mahathir juga berkata, beliau sudah berusia 94 tahun dan menginjak 95 tidak lama lagi.
“Saya sudah 94 tahun.
“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan,” kata beliau.
Dalam ertikata lain, Tun Mahathir sedar kekuatan dirinya tidak mungkin bertahan sehingga ke habis penggal dan untuk itu, melakukan peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang telah dipersetujui adalah pilihan terbaik baiknya.
Tetapi, Hadi Awang memberitahu, Pas akan tetap membawa usul undi percaya sebagaimana yang telah dirancangnya.
Malah, beliau menegaskan tindakan itu bukan untuk mengampu Tun Mahathir, tetapi untuk menyelamatkan negara.
Dalam hal ini, apakah Hadi Awang tidak faham-faham lagi apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu?
Untuk apa lagi Pas mahu membawa usul undi percaya mahu Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal pada sidang Parlimen Mac ini, sedangkan penyerahan kuasa kepada Anwar bakal menjadi kenyataan?
Lebih-lebih lagi jika pada mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari nanti tarikh peralihan kuasa sudah dipersetujui, membawa usul undi percaya untuk Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal sudah tidak memberi apa-apa makna lagi.
Apa yang Pas mahu lagi sebenarnya?
Benarkah tindakan membawa usul itu untuk menyelamatkan negara?
Atau ia menggambarkan ketakutan Pas terhadap sosok bernama Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri?
Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, apakah Pas tidak sedar mencetuskan gangguan atau kekacauan yang boleh membawa negara menjadi tidak aman melalui usul itu adalah perbuatan yang dilarang oleh agama?
Bertaubatlah Tok Guru!! (ShahbudinHusin 14/02/2020)

HADI TIDAK SUKA ANWAR



Bob Kelanang

Kenapa Hadi amat tidak suka Anwar jadi PM, sedangkan Anwar adalah nama yang disebut oleh Almarhum Us Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai calon PM yang terbaik?

Sebenarnya semua keluarga Anwar tidak disukai oleh bekas MB Terengganu SEPENGGAL ini. Ada yang kata kerana kes liwat yang difitnah terhadap Anwar menyebabkan beliau tidak suka Anwar. Sebenarnya, bukan itu sebabnya. Jika itu sebabnya, mengapa sewaktu isteri Anwar, Kak Wan mahu dicalonkan oleh PR untuk menjadi MB Selangor, Hadi tetap tidak setuju atas alasan Kak Wan tidak layak jadi MB. Anwar dia tidak suka, Kak Wan pun dia tidak berkenan.

Berkat kesabaran Kak Wan yang tidak sepatah pun beri komen di atas penghinaan yang diterima dari Hadi itu, Alhamdulillah, bukan sahaja MB, bahkan Kak Wan kini telah menjadi TPM. Di mana kedudukan Hadi? Kedudukannya terhina bukan semakin tinggi darjatnya, bahkan semakin rendah di tapak kaki pemimpin UMNO sekarang. Dihinakan lagi apabila tokoh yang dia hina sebelum PRU14 iaitu Tun M dikatakan hanya layak jadi doktor Klinik 1Malaysia, kini telah menjadi PM. Terhina bukan kepalang apabila Hadi terhegeh2 ketuk pintu pejabat Tun M untuk mohon bantuan.

Semua yang pernah Hadi hina, semuanya lebih tinggi kedudukan dari Hadi. Hadi pula bertambah rendah kedudukannya apabila terpaksa melutut kepada UMNO yang pernah dikatakan kapir melalui amanatnya dulu.

Itulah punca Hadi amat jaki Anwar menjadi PM. Padanya, kalau dia tidak boleh jadi PM, Anwar pun tidak boleh jadi PM. Tapi Hadi tiada kuasa. Allah berkuasa yang merancang kesemuanya. Hadi hanya boleh jadi pegawai veterinar kerana dia hafal banyak nama2 binatang kecuali biawak (bewok).




KISAH MUFTI UTARA TENTANG SERAHAN HARTA DUNIA ..SIRI 1



Selepas Subuh pagi tadi,Baru terbaca kenyataan Mufti belah utara tentang peralihan kuasa PM dari status sahabat, Antara screenshot petikan tulisannnya, "Menjanjikan Harta bukan miliknya kepada seseorang itu, Itu Janji yang tak boleh ditunai kan.., 

Bila direnung tulisan sang Mufti, Nak kata kesalahan itu bukan hanya pada sudut pandang Politik(Siyasah).. hatta Agama, Tidak ada asas disiplin Politik dan agama sama sekali..apalagi disiplin seorang ahli hadis..Bila aku baca caption tu, Buat aku tergamam seketika.. Apakah layak kenyataan senaif ini dikeluarkan oleh seorang Mufti yg punya PHD...

 Apakah ini petanda dan satu gambaran "Jahil tidak bertebing ".. atau dalam istilah Hadisnya dikenal dengan ungkapan "Ruwaibidhah".. dalam  ilmu dan lafaz Hadis disebut..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ...

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)...”

Apakah Mufti Utara itu begitu jahil ? atau akalnya sihatnya telah rosak akibat kebencian dan kesumat dendam dihati ? Teringatkan kata kata Syahidul Mihrab Prof. Dr. Muhammad Said Ramadlan al-Buthi ' 

" Jika kebencian telah mengakar di dalam hati seseorang, maka bersiaplah untuk kehilangan akal yang sehat "

Memang benar! inilah virus yang telah lama melumpuhkan cara berfikir dan beragama ramai dari agamawan hatta Iblis yang sepanjang hidupnya beribadah.. inilah gambaran talbis Iblis.. Haji Hadi sendiri tersesat dalam kefahaman berpolitik dan beragama hanya disebabkan kebencian..penyakit "Al Kibr" atau besar diri atau merasakan lebih mulia atau lebih alim dari yg lainnya.., 

Hari ini wabak yang menyerang hati2 agamawan Politik ini merebak dikalangan Kelompok Sunnah.. Tiba tiba Mufti Utara jadi seorang yang serba tahu, tak kira dalam hal Politik dan Ekonomi(BMF)..

sedangkan darul Sunnah nya pun tidak ada sebarang contoh perlaksanaan dan implimentasi Islam yg boleh dianggakan sepanjang dia menjadi Mufti dan memimpin Baitul mal.. yg ada acara berbasikal memberikan bantuan Asnaf bersama Zakir Naik.. atau pun Almari Makanan di masjid..ia hanya Idea lekeh seorang Mufti hanya setaraf idea AJK dan Tok siak masjid.. 

tidak ada idea besar dalam hal ehwa Islam seperti memperkasa Perbankan Islam, Tabung Haji dan penubuhan Universiti Islam antarabangsa(UIA) tempat dimana Mufti itu mendapatkan PHD adalah cernaan dari idea dari bakal PM yg kata tidak layak menjadi PM..

maka mungkin lebih tepat ia satu petunjuk dan simptom aliran virus "Takfiri Wahhabi" yang menjadi kerosakan sebahagian besar agamawan atas nama Sunnah dan salaf selama ini merebak ditanah melayu.. virus ini telah menghancurkan sebahagian besar bumi Syria sebagaimana wabak Amwas yg melanda Syria pada 18 Hijrah dizaman pemerintahan Khalifah Umar..

2- SEJARAH PERALIHAN PERDANA MENTERI 

Kata Si Mufti Utara, hak memilih PM itu harus dikembalikan kepada Rakyat.. sejak bila negara kita mengamalkan sistem demokrasi, pemilihan secara langsung Perdana Menteri dan Presiden sepertimana Indonesia memilih pak Jokowi dan Amerika Syarikat memilih Obama dan Trump..

kalau itu corak dan pemilihan Perdana Menteri, dan kita mahu ianya dilaksanakan di Malaysia, aku alu alukan.. sekurangnya Mufti dari Utara.. Haji Hadi sendiri boleh mencalonkan diri mereka sebagai PM..

Biarpun pada sudut Undang2.. Seseorang yang layak dilantik sebagai PM, mesti mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan Rakyat.. Tidak ada dalam sejarah UMNO mahupun PAS.. pemilihan MB, Perdana Menteri itu dilakukan melalui Sidang Dun mahupun Dewan Rakyat..

Ketika Tun Razak Menggantikan Tunku Abd Rahman, Ketika Tun Hussien On mengantikan Tun Razak, begitu juga Tun Mahathir menggantikan Tun Hussien On, Dan Tun Mahathir menamakan Paklah, dan Paklah sendiri digantikan Najib walaupun pada ketika itu berlaku pertikaian di dalam UMNO antara Paklah dan Tun Mahathir.. tidak ada satu pun, nama Perdana Menteri terlebih dahulu dibawa ke Dewan Rakyat untuk diperkenankan.. tidak ada.. hatta ketika krisis UMNO 1998.. 

Apakah ketika itu mereka mewariskan, atau melaksanakan janji yang bukan hak mereka.. ? Tidak..mereka juga melaksanakan konsensus dalam kerangka parti dan Tahaaluf didalam gabungan BN dan UMNO.. sepertmana Pakatan Harapan.. Itu adalah realiti Politik Malaysia..

3- SEJARAH PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN DAN PRU 14 

Dalam sejarah Politik sebelum dan selepas PRU 14, semua kita tahu, Pakatan Harapan itu asalnya dikenal sebagai Pakatan Rakyat ketika mana PKR,DAP dan PAS dalam sebuah gabungan... dan bila PAS Khianat, Pakatan Harapan ditubuhkan..Dan Bersatu adalah keanggotaan parti paling Akhir dalam Pakatan Harapan..

Dan kita semua kita maklum, setelah pendaftaran Pakatan Harapan itu dinafikan, dalam kita menghadapi PRU 14.. Taqdir Allah..Biarpun Ds Anwar dipenjara..Bendera dan lambang yang digunakan dalam PRU 14 adalah bendera dan lambang parti Ds Anwar Ibrahim.. Dan seluruh penyokong PH dalam PRU 14 memilih dan memangkah lambang PKR..

Kalau diibaratkan Medan perang, MAsa tu Panji yang digunakan adaladh Panji PKR..Jadi kalau kata PKR nak mendabik dada, Kemenangan itu adalah milik mereka..milik parti mereka pun ada asasnya..mereka memenangi kerusi terbanyak dan paling kuat dalam gabungan Pakatan Harapan... 

walaupun begitu PKR da Wan Azizah mereka sedar.. Kemenangan PH ini adalah kemenangan bersama, Kita juga kena akui.. faktor Tun Mahathir adalah faktor besar juga yang melonjakkan sokongan Rakyat kepada PH.. itu tak boleh kita nafikan, biarpun ada dikalangan penyokong PH itu pentaksub batang tubuh Ds Anwar.. 

Jangan jadi seperti PAS.. sentiasa merasakan mereka paling layak memimpin.. dan parti mereka paling besar keanggotaan dan cawangan..



Ipoh Mali



KISAH MUFTI UTARA DAN SERAHAN HARTA DUNIA SIRI 2



3- SEJARAH KEMENANGAN PAKTAN HARAPAN

Oleh kerana PKR memenangi kerusi terbanyak dalam gabungan PH..Pada malam kemenangan PH, Dr Wan Azizah sendiri dirunding dan ditawar jawatan PM.. Tetapi dalam memegang prinsip Islam , Dr Wan Azizah akur dengan konsensus dan Perjanjian dalam PH.. Tun Mahathir adalah calon Perdana Menteri.. biarpun Bersatu memiliki kerusi paling sedikit dalam gabungan Pakatan Harapan..

Apakah pada malam kemenangan itu, YDP Agong minta dipersembahkan SD atau sokongan di dewan Rakyat ? Ketika itu Pakatan Harapan belum lagi berdaftar sebagai gabungan rasmi Pakatan Harapan.. dari sudut Undang2..Semua Calon, Semua kemenangan di semenanjung itu menerima watikah dari Dr Wan Azizah.. mereka boleh ditakrifkan calon PKR biarpun mereka itu pemimpin DAP mahupun bersatu..

Jadi Dr Wan Azizah adalah pemimpin yang berpegang kepada Perjanjian.. hatta ketika peluang di deapan mata dan didepan Istana untuk Dr Wan Azizah secara rasminya boleh menjadi perdana Menteri dari sudut Undang2 dan Perlembagaan.. 

Sudah pasti akhlak berpolitik Wan Azizah jauh lebih amanah dan berakhlak dari Haji Hadi...mahupun jauh lebih Amanah dari jawatan seorang Mfti terhadap agamanya.. Sebabnya Wan Azizah memegang prinsip Islam berdasarkan lafaz hadis..

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ..

“Kaum muslimin wajib mematuhi perjanjian yang telah mereka sepakati...”

( Riwayat Abu Daud )

4- SEJARAH PEMILIHAN KHALIFAH ISLAM 

Jika Mufti utara itu naif dalam urusan politik, Takkan pula dia begitu naif dengan urusan Agama dan sejarah Islam, Jika dia Membaca sejarah dari Kitab Bidayah Wal Nihayah, Tarikh Thabari mahupun Siyar A’lam al-Nubala pasti akan ketemu Sejarah perlantikan Khalifah Islam.. Sedangkan dikalangan Kulafa Ar rasyidin juga berbeza cara dan perlantikan mereka..

a) Perlantikan Saidina Abu Bakar 

Ketika Nabi Muhammad Wafat.. Para Sahabat, Muhajirin dan Ansar sepakat untuk melantik Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.. walaupun sebelum itu kelompok Ansar dan Muhajirin sendiri berselisih pendapat dalam peristiwa. 

Dikalangan Aus dan Khazraj mencadangkan Saad bin Abi Ubadah, manakala Saidina Abu Bakar dari kelompok Muhajirin sendiri mencadangkan nama Saidina Umar dan Abu Ubaidah Al Jarrah sebagai peganti.. tetapi kedua mereka menolaknya..

b) Perlantikan Saidina Umar 

Setelah itu, Ketika Saidina Abu Bakar sedag sakit.. Saidina Umar sering diminta menggantikan tempat Khalifah sebagai Imam Solat..Abu bakar mengadakan mesyuarat tertutup dengan sebahagian besar sahabat. antara yang hadir adalah Abdul rahman Bin Auf dan Uthman Bin Affan daripada kaum Muhajirin dan Asid bin Khudair daripada kaum Ansar ..

Saidina Abu Bakar ketika cuba menyakinkan Sahabat dengan menamakan Saidina Umar sebagai peganti, Biarpun cadangan Abu Bakar itu dibimbangi Abdul rahman Bin Auf kerana sikap keras Saidina Umar, pada prinsip nya mereka semua bersetuju..

Bukan kah selepas itu, Saidina Abu Bakar memanggil Saidina Uthman dan menulis satu konsensus dan wasiat yang Saidina Umar itu adalah pewaris kepimpinannya..

c) Perlantikan Saidina Uthman 

Sekali lagi ketika Saidina Umar hampir wafat, bimbangkan sistem Khalifah di monopoli kelompok Muhajirin dan keluarga Bani Hasyim.. Saidina Umar mencadangkan 6 nama.. 

Saidina Umar antara sahabat yang dicadangkan ialah Saidina Uthman, Saidina Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidah, Zubir bin al-Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf Talhah, Zubair dan Saad menarik diri..

Bila hanya tinggal2 calon iaitu Saidina Ali dan Saidina Uthman.. Abdul Rahman Bin Auf memerlukan masa 3 hari untuk mengetuk pintu rumah ketua Kabilah, Rakyat mendapatkan pandangan antara Sadina Ali dan Uthman.. dan selepas perbincangan tertutup antara mereka.. akhirnya Saidna Uthman terpilih menggantikan Saidina Umar..

tidak perlu aku lanjutkan kepada pemilihan Saidina Ali. Apakah Mufti utara tidak dapat melihat perlantikan 3 Khalifah atau peganti kepimpinan Nabi ini sendiri berbeza berbeza .. sebabnya dalam Poltik itu adalah ruang lingkup Ijtihadiyah.. bukan cabang Aqdah sepertimana kefahaman kelompok Syiah dan PAS..

KISAH MUFTI UTARA DAN SERAHAN HARTA DUNIA SIRI 3



5- SUDAH SUDAH LAH MUFTI UTARA BERBOHONG

Sudah sudah lah Mufti utara iu menjejak kesesatan Haji Hadi dalam mentafsirkan Politik Islam dan Agama itu mengikit hawa nafsusendiri.. Jika Haji itu tersasar akhlak dan penafsiran Agamanya tidaklah kita hairan..kerana dia itu orang Politik.. Takkan pula si Mufti seteruk ini pemikirannya..

Mufti Utara itu sendiri sudah tentu dilantik ketika itu disebabkan kecenderungan MB pada yang sayang pada dia pada ketika itu.. mungkin lebih baik, Perlantikan Mufttara itu sendiri dilakukan pemilihan.. mana tahu rakyat sendiri tidak mahukan Mufti yang berbeza dalam aliran Mazhab seluruh semenanjung Malaysia..

Tapi itulah, Kebencian, dendam, dan Ashabiyah faktor besar yang telah merosakkan Agama dan Agamawan.. Bukan yang rosak itu Ulama dan Mufti, hatta Agama dan Fahaman dalam Agama.. dan itulah yang terjadi dalam kelompok Syiah.. mereka tersesat disebabkan kebencian Politik..

Sebagaimana kata Sheikh Al Azhar, Sheikh Ahmad tayyeb dalam perdebatannya dengan Dr Muhammad Uthman al Khasyat rektor Unveristy Cairo dalam Muktamar Antarabangsa Al Azhar dalam membahasan Tajdid dalam pemikiran.. bahawa kerosakan dalam beragama dan fahaman, faktor besarnya adalah disebabkan Politik..bukan sebab perbezaan Mazhab dan aliran Aqidah..

Memang benar.. Lihatlah bagaimana Naib Presiden Ulama Dunia.. Mufti dari Utara, Bagaimana bila mereka tersesat jauh hanya disebabkan mereka itu berpolitik.. maka lahirnya satu fikrah, Doktrin Takfiri dan Ashabiyah biarpun suatu ketika mereka ini kelhatan kelompok moderate dalam Agama..

Berkata Sufyan al-Tsauri

“ Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa/Politik). Kamu akan dapati seseorang yang zuhud dalam hal makan, minum, harta dan pakaian tetapi apabila menyentuh soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya.. ”

( Siyar A’lam al-Nubala )

Ipohmali

Tazkirah Jumaat

14.Feb.2020



MISTERI NUSANTARA : NAJIB DI DUA TEMPAT, MASA SAMA?

OWHHHH KU INGATKAN MESIDIS SAJA...RUPANYA HI LUCKS JUGA ADA...



Ibrahim Mat Isa...

Hangpa ingat depa beli mersidis S kelas 450 saja ka? No... alang-alang membeli, biar menang memakai.. sekali.. nahh... Hai laks pelaq pun turut bersama.. ye la.. persediaan menghadapi tengkujuh tak kan tak boleh 😁😂Duit jangan membazir kan...lagi pula untuk wakil rakyat kepada rakyat....






KUMPULAN PEMBENCI SEDANG BERUSAHA



Ibrahim Mat Isa

DS Anwar Ibrahim lebih cenderung agar Tun Dr Mahathir menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan perkara itu akan dimuktamadkan pada 21 Februari ini semasa Majlis Presiden PH bermesyuarat.

Tidak apa yang perlu dibimbangkan dalam urusan peralihan kuasa, yang kita khuatir ialah kumpulan pembenci Anwar semakin meroyan dan meroyan. Ok selamat meroyan!

Hepi baluntime day !!



PROJEK PEMBODOHAN ISLAM ALA PAS


Miqdad Zakaria.

Projek "PEMBODOHAN" kepada umat islam yang paling besar pernah berlaku dalam sejarah malaysia.. Ia adalah projek hudud yang dilaungkan oleh PAS..

Disebabkan projek bodoh itu.. Ramai yang mengkafirkan sesama umat.. Ramai yang hilang saudara.. Ramai yang terlibat dengan solat dua imam.. Ramai juga yang berkahwin dua kali..

Ini semua kebebelan yang pernah PAS buat di satu ketika dahulu.. Dan hari ini saki-baki pemikiran takfiri ini masih wujud dalam benak kepala pemimpin dan pengikut PAS..

Oleh yang demikian..

Ana menyeru kepada seluruh umat islam di malaysia supaya berhati² dengan PAS.. Kerana perjuangan mereka bukanlah perjuangan yang ingin memartabatkan islam.. Akan tetapi perjuangan mereka sekadar perjuangan "membuncitkan perut" sahaja..  Dalam masa yang sama.. Perut buncit mereka ditutup dengan sehelai jubah putih yang kononnya pakaian itu adalah pakaian persis Nabi dan para Sahabah..

Berwaspadalah..

Sekian..




😁😁

MAJLIS PRESIDEN HARUS TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA MENJELANG MESYUARAT 21 FENRUARI NANTI



Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tandatangan bagi mengekalkan khidmatnya sehingga habis penggal, hari ini keluar pula laporan yang berbeza.
Dilaporkan seramai 138 Ahli Parlimen sudah menandatangani Akuan Bersumpah bertujuan menyokong khidmatnya sehingga habis penggal atau hingga tahun 2023.
Walaupun angka yang dilaporkan itu agar meragukan, misalnya 26 Ahli Parlimen PKR dan 39 Ahli Parlimen BN dikatakan telah menandatangani Akuan Bersumpah itu, hakikatnya mereka yang takut dengan peralihan kuasa dan cuba menggagalkannya, tidak pernah putus asa daripada berusaha.
Dalam konteks angka yang dilaporkan itu, adalah tidak munasabah sebenarnya 26 atau lebih separuh daripada keseluruhan 50 Ahli Parlimen PKR tidak setuju Anwar menjadi Perdana Menteri untuk menggantikan Tun Mahathir.
Begitu juga 39 Ahli Parlimen BN yang dilaporkan telah menandatangani Akuan Bersumpah, angka ini juga agak keterlaluan kerana jika ia betul, bermakna Najib Razak, Tengku Razaleigh Hamzah, Nazri Aziz dan Ahmad Maslan yang antara dikenalinya sebagai anti Tun Mahathir turut bersetuju agarbkhidmat Perdana Menteri dikekalkan sehingga habis penggal.
Bagaimanapun, berpendirian sama seperti ketika bertemu Anwar semalam, Tun Mahathir sekali lagi menyatakan beliau tidak tahu menahu serta tidak terlibat langsung dengan pengumpulan tandatangan itu.
Malah, beliau juga hairan bagaimana laporan itu timbul kerana beliau sudah menyatakan pendiriannya untuk terus komited terhadap janji peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang sudah dinyatakannya serta dimaklumkan kepada Anwar semalam.
Cuma, di sebalik usianya yang semakin meningkat tua, Tun Mahathir seolah-olah mahu permintaannya agar peralihan kuasa dianjakkan sehingga selepas Sidang Apec pada November, difahami dan diterima.
“Saya dengar cerita macam-macam, termasuk nak suruh saya kekal 22 tahun lagi.
“Saya sudah 94 tahun.
“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan.
“Saya janji akan letak jawatan selepas Apec, itu saya pegang kepada janji saya. 
“Saya tidak terlibat dengan yang lain (SD), cuma janji letak jawatan (dan) akan letak jawatan,” katanya lagi.
Begitu pun, adalah dipercayai khabar angin dan spekulasi jahat yang bertujuan menggagalkan peralihan kuasa tidak akan berhenti begitu saja, biarkan selepas berpuluh kali Tun Mahathir menafikannya.
Mereka yang takut jika peralihan kuasa menjadi kenyataan dan Anwar menjadi Perdana Menteri, dirasakan akan terus berusaha dengan pelbagai cara serta helah untuk menggagalkannya.
Untuk itu, mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21hb Februari ini adalah penting untuk menamatkan segala spekulasi dan khabar angin jahat itu daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.
Segala spekulasi, khabar angin dan komplot itu dengan sendirinya boleh ditamatkan jika mesyuarat pada 21hb Februari dapat menetapkan tarikh khusus tentang peralihan kuasa.
Tidak kira sama ada Mei atau November yang akan dipersetujui, tarikh khusus mengenainya tidak boleh tidak, mesti, mesti dan mesti ditetapkan kali ini.
Selagi tidak ditetapkan, selagi itulah isu peralihan kuasa ini tiada kesudahannya dan akhirnya PH sendiri akan bermasalah akhirnya.
Kali ini Majlis Presiden mesti ada ketegasan yang jitu demi masa depan PH dan negara yang sedang mereka tadbir sekarang ini. (ShahbudinHusin 14/02/2020)

PAS PERNAH ‘KENCING’ USUL TAK PERCAYA DI DUN TERENGGANU?

SD SOKONG MAHATHIR CUBAAN BERTERUSAN GANGGU PH

WALAUN SEBAR BERITA FITNAH LAGI



Mohd Shah Rim

Walaun sebar gambar Menteri Agama Ds Mujahid Rawa sedang mengangkat keranda bukan Islam..

CERITA SEBENARNYA..👇👇 NAMPAK TAK BETAPA JAHATNYA WALAUN PAS YANG MENDAKWA BERJUANG DEMI ISLAM..TAPI MENJADIKAN FITNAH AMALAN MEREKA ??

DSAI 12 DAN 13 FEBRUARY 2020

12/02/2020

Menyingkap perkembangan dunia terkait kebangkitan gerombolan pelampau identiti yang mengesankan kewujudan bersama, terutamanya di Malaysia.
Tamadun yang kita dambakan tidak akan berhasil jika prasangka kian menebal dan persefahaman tidak cuba diwujudkan.
Saya gesa supaya konsep Lita’arafu dicambah sesuai dengan masyarakat yang bineka seperti Malaysia.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalamanImej mungkin mengandungi: 5 orang, dalaman

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang berdiri



Petang ini saya menikmati alam sekitar dengan aktiviti riadah bersama staf-staf pejabat mendaki Bukit Gasing. Sesibuk manapun urusan harian demi rakyat, jangan lupa amalkan gaya hidup sihat.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, pokok, tumbuhan, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, tumbuhan, pokok, luaran dan alam

13/02/2020


Wabak Coronavirus ternyata memberi dampak ekonomi yang membimbangkan. Kita harus insaf dengan musibah ini yang bukan sahaja di China malah ia turut mengesankan dunia.
Saya sebut juga perihal kemiskinan yang mesti diberi fokus yang sebaiknya, samada di bandar mahupun di desa.

Sekalung penghargaan buat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang menerima kunjungan. Saya boleh beri arahan dan peruntukan, tetapi tanpa bantuan dan sokongan MPPD maka hal-hal mustahak tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan efisien.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang berdiri dan sutImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, gelanggang bola keranjang dan dalaman


Menggesa usahawan profesional atau syarikat-syarikat besar untuk turun ke bawah dan ke desa, terutama ke sekolah-sekolah untuk bantu ringankan beban dan baiki prasarana.
Aspek pendidikan yang harus ditumpu adalah dalam meningkatkan mutu pendidikan, penguasaan ilmu dan bahasa; bukan soal perbedaan kaum dan percanggahan bahasa.
Penguasaan Bahasa Melayu sangat penting namun jangan diremehkan penguasaan bahasa-bahasa lain yang juga penting untuk masa depan. Anak-anak harus ingat bahawa masa depan kita bergantung kepada tahap penguasaan ilmu.

Saya juga ingatkan nilai kemanusiaan mesti diterapkan dalam proses pembelajaran dan pendidikan di sekolah.

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman