*HORMATI PROSES PARLIMEN BERPELEMBAGAAN.*



16 February 2020

Saya maklum beberapa hari kebelakangan tentang respon saya terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan Berita Harian telah menimbulkan banyak persoalan. Kenyataan saya telah di nukilkan dalam sebuah artikel di berita harian pada hari Selasa 11 febuary 2020.

Kenyataan ini menjadi tular setelah salah seorang pimpinan PAS Pusat telah melakukan kesilapan dalam meneliti dan mentafsir keratan akhbar tersebut. Beliau dalam kenyataan di media sosial dan akhbar rasmi PAS iatu HARAKAH, telah menyatakan bahawa saya telah melampaui ruang lingkup kuasa yang diberikan oleh perlembagaan dengan menolak usul menyokong Perdana Menteri kekal sehingga ke hujung penggal ke 14 ini.

Saya selaku Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat 1 yang telah dipilih secara undian dalam dewan yang mulia akan tetap menjunjung peranan dan kuasa yang di berikan seadilnya

Seperti yang saya nyatakan dalam keratan akhbar tersebut,

*".. Jika mereka mahu membawa usul dan menjadi usul persendirian ia perlu mendapat persetujuan Yang di Pertua Dewan Rakyat"*

Ia jelas bahawa saya tidak mendahului apatah lagi membuat sebarang keputusan.

yang lebih menghairankan bagaimana keputusan boleh dibuat sedangkan usul belum di bawakan? Saya kira terdapat segelintir usaha jahat untuk mencalarkan institusi parlimen yang mulia ini.

Akhir sekali, kita harus sedar cadangan usul sebigini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Apatah lagi dibawa oleh Pembangkang. Saya berpendirian bahawa usul ini bukanlah keperluan kerana kerajaan dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir berada pada landasan yang betul. Kestabilan ini dicemburui oleh sesetengah pihak yang merasa tergugat dengan kejayaan kerajaan ini.

Dato Hj Mohd Rashid Hasnon
Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat.


No comments: