Utusan bantai Najib, apa cerita?


Utusan Malaysia menerusi tulisan Awang Selamat yang selama ini kuat mengkritik Pakatan Harapan dan mengangkat dakyah serta propaganda UMNO nampaknya sudah menukar haluan dengan menyalah bekas presiden parti itu.
Jika sebelum ini, akhbar berbahasa Melayu dan dinaungi UMNO itu sering mempertahankan watak utama skandal 1MDB, Datuk Seri Najib Razak, ia kini seolah-olah lepas tangan dan berputus asa.
Pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam berkata Najib Razak berbohong apabila mengatakan tidak tahu-menahu mengenai sumber wang yang masuk ke dalam akaun banknya dalam wawancara dengan media antarabangsa, Al Jazeera baru-baru ini.
“Pendedahan Najib Razak yang beliau sebenarnya tidak tahu sumber wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya menyebabkan rakyat Malaysia terutamanya ahli UMNO berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima kenyataan beliau bahawa wang itu sebenarnya adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.
“Adalah tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu… Akhirnya pembohongan Najib terbongkar dalam wawancara bersama Mary Ann Jolley dalam siaran Al Jazeera baru-baru ini.
“Najib harus memohon maaf kepada semua ahli UMNO kerana pembohongan inilah sebenarnya yang telah menghilangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN dan akhirnya menyebabkan parti komponen itu hilang kuasa memerintah,” tulis Awang Selamat.
Dalam masa sama, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata penyokong tegar Najib, Datuk Lokman Noor Adam mempunyai “IQ yang rendah pada tahap lobak”
Semua ini gara-gara bidasan Lokman terhadap Khairy yang menyalahkan 1MDB sebagai punca kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
http://
Menerusi Twitter, Khairy mendakwa kekalahan BN adalah disebabkan oleh 1MDB sambil berkongsi pautan berita yang melaporkan kenyataan Najib Razak bahawa kekalahan gabungan itu adalah disebabkan dakwaan serta janji palsu PH.
Tidak cukup dengan itu, kedudukan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO turut digugat. Beliau adalah bekas timbalan kepada Najib Razak dan secara langsung mempertahankan bekas Presiden UMNO itu berhubung skandal 1MDB. Beliau juga dihadapkan ke mahkamah dengan pelbagai tuduhan pecah amanah.
Segala tindakan ini, secara halus memperlihatkan UMNO kini mahu meninggalkan bagasi politik lama dan mencari jalan untuk meneruskan survival, apatah lagi selepas timbul khabar angin bahawa 40 Ahli Parlimennya sedang disunting parti lawan.
Namun tidak seorang pun yang berani ke hadapan dan menyatakan dengan jelas dan tuntas bahawa 1MDB adalah punca kekalahan BN, seperti mana yang dikatakan Khairy.
Justeru kenyataan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang agak menarik untuk disingkap.
“Benarkan setiap Ahli Parlimen Pembangkang menyatakan pendirian mereka semasa perbahasan Belanjawan yang akan bermula pada 12 November, sama ada skandal 1MDB adalah bencana besar negara dan sama ada Najib harus bertanggungjawab kerana menyebabkan Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi global atau semua perkara yang dikatakan oleh kerajaan Pakatan Harapan berhubung skandal 1MDB adalah penipuan dan fitnah?”
Adakah UMNO berani untuk menyahut cabaran ini bagi menghumban bagasi politik lama dan membina haluan baharu dengan kepimpinan yang lebih segar? 

MASALAH KEWANGAN BELENGGU BERSATU PANTAI TIMUR?

MT UMNO MESTI BERANI PADA 9 NOVEMBER INI



MT UMNO telah menetapkan 9 November ini sebagai tarikh mesyuarat untuk membincangkan kedudukan Zahid Hamidi sama ada beliau perlu bercuti atau sebaliknya sebagai Presiden UMNO.

Difahamkan MT UMNO biasanya mengadakan mesyuarat bulanannya pada Jumaat terakhir setiap bulan, tetapi kali ini ia sengaja dilewatkan kerana Zahid Hamidi baru saja didakwa di mahkamah dengan 45 pertuduhan pada 19 Oktober lalu.

Beberapa pihak dalam UMNO, termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Hassan dan Pergerakan Pemuda  lebih cenderung mahukan Zahid Hamidi bercuti sementara kesnya selesai.

Alasannya ialah Zahid Hamidi harus diberi ruang menyelesaikan kesnya secara peribadi tanpa melibatkan nama UMNO.

Begitupun, selain ada pihak lain yang mempunyai pendapat berbeza, Zahid Hamidi juga tidak menunjukkan sebarang tanda mahu berundur, malah dalam beberapa ucapannya beliau bertegas untuk terus bertahan dengan jawatannya.

Selain itu, beliau juga sudah menjelajah ke beberapa negeri untuk bertemu akar umbi bagi menjelaskan kewajarannya tidak mahu berundur atau bercuti seketika sebagaimana yang dituntut itu.

Dalam hal ini, mesyuarat MT pada 9 November ini dijangka akan menyaksikan wujudnya perbezaan pendapat di mana satu kumpulan mahukan Zahid Hamidi terus kekal dan satu kumpulan lagi berkehendakan beliau berundur daripada jawatannya.

Tetapi, demi kebaikan dan masa depan parti itu, adalah penting untuk MT UMNO membuat keputusan yang betul pada 9 November nanti.

Setelah kehilangan kuasa dan melihat bagaimana UMNO ditolak rakyat kerana terlalu membela Najib Razak yang terkait dengan skandal 1MDB sebelum ini, MT UMNO seharusnya belajar daripadanya dalam membuat keputusan berkaitan Zahid Hamidi pada 9 November ini.

Mengekalkan lagi Zahid Hamidi di sebalik 45 kes mahkamah yang sedang dihadapinya hanya memberi makna UMNO masih tidak berubah dan kekal dengan sikap mahu mengekalkan pemimpin, biarpun dalam keadaan imejnya sudah tercalar sekali pun.

Dalam keadaan begitu, bagaimanakah rakyat mahu kembali memberi sokongan kepada UMNO?

Lagi pula, dengan 45 pertuduhan yang sedang dihadapinya adalah tidak logik untuk mengatakan pendakwaan terhadap Zahid Hamidi itu adalah semata-mata bermotif politik dan merupakan pendakwaan terpilih.

Bagi mereka yang mahu berfikir pula, kes yang sedang dihadapi Zahid Hamidi adalah suatu kes yang mudah, jelas dan ternampak sukar bagi beliau untuk terlepas daripadanya.

Untuk itu, MT UMNO perlu, malah wajib menunjukkan keberaniannya dalam membuat keputusan yang lebih mementingkan masa depan parti berbanding membela mana-mana individu pada 9 November ini.

Jika tidak, bersiaplah untuk UMNO terus ditolak yang sekaligus memberi peluant kepada Pakatan Harapan memerintah negara ini dengan lebih lama lagi. (ShahbudinHusin 05/11/2018)

PASCA BAJET: PH KHUATIR KAKITANGAN AWAM, PEMBANGKANG TERUS BERMUSUH

BANK DUNIA PUJI BELANJAWAN 2019

‘BAJET PERTAHANAN KURANG TETAPI CUKUP JIKA DIGUNA SECARA BETUL’

APA ASET 1MDB YANG TINGGAL?, TANYA KHAIRUDDIN KEPADA NAJIB



LANUN BUGIS' @ NAJIB TUN RAZAK TOLONG SENARAIKAN APA ASET SYARIKAT 1MDB ADA UNTUK DICAIRKAN BAGI BAYAR HUTANG?! KENAPA DULU DIA TAK BUAT?!

Saya nampak 'lanun bugis' @ najib tun razak dah semakin sewel dan cuba nak 'tegakkan benang yang basah!!'

Beliaulah penyangak bersama jho low serta kuncu-kuncu mereka yang menyamun khazanah kerajaan dan duit rakyat!!

Tetapi pada hari ini penyangak najib tun razak yang berkeperibadian 'penyamun' cuba nak bercakap seolah-olah beliau adalah tok imam masjid!!

Mana boleh seorang 'penyamun' seperti najib tun razak nak mempamerkan keperibadian seperti ulama?!

Tolong tanya 'lanun bugis' najib tun razak aset apa yang syarikat 1mdb ada untuk dicairkan bagi melupuskan hutang-hutang1mdb  natijah dari perbuatan samunan beliau berserta kuncu-kuncunya?!
Saya minta najib tun razak senaraikan secara terperinci aset-aset syarikat 1mdb dengan nilaiannya sekali untuk dipamerkan kepada pengetahuan  keseluruhan rakyat di tanahair kita yang boleh dicairkan untuk membayar hutang-hutang ciptaan beliau ketika memimpin kerajaan kleptokrasi dulu!!

Dulu penyangak najib tun razak terpaksa salahguna kuasa untuk menggunakan duit-duit dari pelbagai agensi-agensi kerajaan untuk bayar kadar faedah hutang-hutang syarikat 1mdb!!

Kenapa pada waktu itu 'lanun bugis' najib tun razak tidak mahu  lupuskan aset-aset syarikat 1mdb untuk melangsaikan semua kadar faedah serta hutang-piutang syarikat tersebut?!

Mengapa beliau tidak buat sepertimana dia bercakap pada hari ini?!

Kini penyangak najib tun razak nak cuba cakap pandai pulak semata-mata berniat untuk tutup kemungkaran dia sendiri!!

Sebab itu saya katakan bahawa pihak penguatkuasa undang-undang harus tangkap penyangak najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz, jho low serta kuncu-kuncu mereka di bawah akta SOSMA di atas pengkhianatan mereka mensabotaj ekonomi negara!!

Kesemua mereka harus ditangkap tanpa bicara sepertimana beliau buat pada saya dahulu!! Kemudian kesemua penyangak-penyangak ini mesti dipaksa untuk pulangkan semua hasil samunan yang mereka masih simpan di luar negara!!

Bagi tahu 'lanun bugis' @ najib tun razak agar duduk diam-diam dan hanya bercakap dalam kamar mahkamah apabila dia didakwa pada bulan februari tahun 2019 nanti!!

Sekarang suruh dia duduk senyap-senyap cukuplah kerana suara penyangak najib tun razak ini pun amat memualkan keseluruhan rakyat malaysia!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
3 November 2018

BR1M VERSI PH, GOLONGAN B40 DAPAT RM1,000

KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAPAT PERUNTUKAN TERTINGGI RM60 B

SUBSIDI PETROL 30 SEN UNTUK 100 LITER MOTOR, KERETA KUASA RENDAH