TERKINI : LIVE DARI 2 PILIHANRAYA: siri 1


9.00 am: Selamat bertugas kpd pegawai SPR di PRK Sg Besar & K. Kangsar hari ini dan selamat menunaikan tanggungjawab kpd semua yg aakan mengundi.


9.47 AM:     Sejak awal lagi pengundi telah tiba awal   RT @AsyrafAWANI Pengundi mula tiba di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar sejak pukul 7.30 pagi lagi @501Awanipic.twitter.com/kl9Y1yfH3A



9.50 AM...Kami mulakan persiapan terakhir di post mengundi dgn memohon restu Ilahi, semoga Allah memberikan kemenangan buat parti AMANAH....TAKBIR! HJ MOHAMAD YAHYA



9.57AM: Selamat mengundi warga Sg Besar dan Kuala Kangsar!

9.59 AM:Di bawah Akta Pilihan Raya, pondok panas tidak dibenarkan pada hari pengundian. Harap maklum kepada semua calon dan parti bertanding

SILA REFRESH KOMPUTER ANDA UNTUK MAKLUMAT TERKINI.TERIMA KASIH.

10.03 AM: Not too late for every voter to make historic trip home to vote in 2most important by-elections in nation's history goo.gl/0OExbb


10.07  AM: DISKUSI Kita berharap ada INSTITUSI yg mengawal title ULAMAK sepertimana ada kawalan di atas title ENGINEER/IR, Doktor/Dr atau apa2 bidang professional yg lain..
supaya ada INTEGRITI..
Sekarang ni ramai org claim/diclaimkan dgn background apa asalkan pakai serban n kopiah terus dapat title tu, cakapnya merepek2 entah apa...

10.19 AM:Datin Mastura
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin di sini kira-kira pukul 8.40 pagi. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/datin-mastura-selesai-mengundi-1.344009#sthash.zP1j8NuI.dpuf

10.20 AM: Terus balik tanpa menemui pengundi???

10.25 AM: 

Petugas SPR memeriksa daftar nama pemilih pengundi di Sek Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar

10.30 AM: KOMEN PENULIS.....SAKSI SEMALAM...
Esok pengundian di dua PIRAKE (Pilihan raya kecil) Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Tempoh berkempen telah pun tamat kira2 satu jam setengah tadi. Pirake ini agak pelik sedikit terutamanya di sebelah parti agama. Parti itu bergerak bersendirian dalam stail yang diciptanya. Kesendirian dan kesepian dalam kempen2nya, tak melibatkan mana-mana vvip atau personaliti hebat, seperti di sebelah BN dan Amanah.
BN ada timbalan perdana menteri dan sekalian menteri. Amanah ada Dr Mahathir dan MB Selangor Minali. Disebelah Pas tak ada sesiapa, MB Kelantan pun tak nampak batang hidung. Yang ada Naib Presiden Ulama Dunia dan timbalan presiden parti itu serta dua orang pembantunya yang masih telor berpolitik.
Dalam keadaan bEgitu sama2 kita tengok siapa yang KENA esok. Selamat mengundi. Trims.

10.32 AM: Yang kena semalam ...PIS DAN UMNO  TAPI PESURUHJAYA PAS PERAK  BEGINI DI FBNYA





Inilah punca cerita. Bermula denan Pengerusi PAN provok markas PAS diikuti oleh UMNO Nampak betol PAN DAP sekutu Madey berpakat hidupkan umno.


SILA REFRESH KOMPUTER ANDA

10.53 AM:Undi PAS membazir ....
Jika mahu lihat UMNO/BN kecundang sila beri undi kepada Amanah.
Perjuangan dan halatuju PAS sangat kabur ...
Di Sg Besar... Dr Rani kempen berseorangan, jentera PAS tidak membantu
UMNO pulak hanya kuat di Sg Panjang dan lemah di Sekinchan
Di K Kangsar... Calon PAS tidak popular langsung dan dia bukanlah anak tempatan.
Calon UMNO/BN kurang turun berkempen dan banyak cawangan UMNO yang protes secara senyap.
Amanah yang mewakili PH di sokong dan di bantu kuat oleh Dr M, PKR dan DAP...
walaupun pada permulaan nya Amanah nampak tercorot...namun sejak akhir akhir ini prestasi Amanah
melonjak...dan tidak mustahil dapat memenangi PRK ini.
Isu isu yang di bawa oleh Dr M dapat membantu sokongan daripada protes senyap ahli UMNO..
Oleh itu ..inilah peluang anda sebagai pengundi untuk menghantar mesej yang jelas kepada Najib.
Undi lah Amanah.

10.58 AM:











Adakah warna yg dipakai dan boleh digelar sami?? Lain kali lebai bila nak bercakap pandang dulu.

11.11AM:
30 minutes ago
Peratusan keluar mengundi sehingga jam 10.00 pagi: : 22% : 24%





11.20 AM:  


11.23 AM  : Hanya 22 peratus yang keluar mengundi setakat jam 10 pagi hari ini. Mohon semua pemilih, ayuh datang. We need you 😊



11.33AM:  Sehingga jam 11 pagi, sebanyak 34 peratus sudah keluar mengundi bagi PRK Sungai Besar: SPR

11.35 AM: Petugas SPR menggunakan buggy car untuk membawa pengundi warga emas ke pusat mengundi SK Seri Utama


11.40AM: Asmah menunjukkan kad pengenalannya selepas membuang undi di PDM Sekolah Kebangsaan Sungai Limau hari ini. - Foto Sinar Harian Usia 107 tahun bukan halangan

11.42AM: : Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11pagi :
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sg Besar : 34% - SPR




SILA REFRESH KOMPUTER ANDA


11.47AM:








SPR sasar 75 peratus



11.51AM:

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat turut meninjau perjalanan proses pengundian di SK Seri Utama

1.10PM: Mohamad Asri A. Bakar (GAMBAR DARI FB)
28 mins near Kuala Kangsar


SUASANA DI KUALA KANGSAR




1.16PM:Datuk Jamal Yunos nampak sedikit termangu. Entah apa difikirnya ketika bergambar dengan dan .



















1.20 PM:Beginilah UMNO berkempen di Kuala Kangsar. Apabila diminta supaya jangan biadap dan kurang ajar, mereka balas dengan bersikap samseng; mencekik Adun Pasir Pinji Howard Lee dan mahu memukulnya..


PEMAKAN DEDAK TUNJUK SAMSENG




1.27PM:
3 minutes ago
50 peratus sudah keluar mengundi di Sungai Besar

Photo published for Voter turnout at by-elections nears 50 percent:










1.30 PM: Peratusan keluar mengundi sehingga jam 1 ptg : Pilihan Raya Kecil Parlimen Sg Besar : 53% - SPR


1.44PM:Sejam lalu Dr Tarmizi membuang undi










1.53PM: Peratus keluar mengundi sehingga 1 petang 53% di Kuala Kangsar.


2.00PM: SILA REFRESH KOMPUTER ANDA

2.05: Polis siasat kes pergadohan penyokong parti Pas dan Umno..Cuma Pesuruh Jaya Pas Razman Zakaria tahu insiden tersebut??? Posting macam orang sewel...




2.11PM:   Wfauzdin Ns shared Tarmizi Mohd Jam's post — with Tok Usin UG Ceroi and 5 others.
28 mins
Hargai kesihatan dan nyawa manusia tak kira siapa mereka....Tahniah YB Dr Mariah Mahmud
Tarmizi Mohd Jam added 2 new photos.Follow
44 mins
Ahli Parlimen Amanah Kota Raja, Selangor, YB Dr Mariah Mahmud tekun membantu seorang petugas wanita BN yg jatuh pengsan di pondok panas mereka di salah satu PDM di Sg Besar. Alhamdulillah senuanya selamat. 




SILA REFRESH KOMPUTER ANDA


Mohamad Asri A. Bakar
Kenal tak? Nik abdoh melawat PDM UMNO Menora...jumpa aku la..


2.32PM:  *INFO P.067 KUALA KANGSAR*
Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam *2.00 tengah hari* *Jumlah : 59%*


3.00 PM:





3.06 SUASANA DI SG BESAR TENANG KERANA PAS-BN BERSAMA


Suasana Sungai Besar tenang kerana BN dan PAS bersama - KM Melaka


3.11PM:  Hutang negara kini mencecah RM800 bilion, dakwa Nga


3.17PM
Dapat hadiah sebelum undi di kuala kangsar dedak la tu...






IPIC demands US$6.5b from 1MDB

Husam Musa Terkini 2016" PAS Sendiri Hilang Arah Tuju Perjuangannya"

GAMBAR -GAMBAR PRESIDEN PKR DI DUA PRK


















Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi

Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi


17 Jun 2016 oleh Al-Filfilany


Tuan Guru yang mulia, kami para mahasiswa sangat tertanya-tanya tentang tindakan, perancangan, strategi, dan hala tuju apa dan ke mana yang Tuan Guru sedang halakan kapal yang sedang dinakhoda.
Apabila Pakatan Harapan di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama semua Ahli Parlimen pembangkang utama dalam Parlimen membawa usul menolak belanjawan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tuan Guru dan semua Ahli Parlimen PAS kecuali beberapa orang bertindak berkecuali.
Begitu juga, apabila saya membaca jawapan Tuan Guru, ketika dipelawa Tun Dr Mahathir untuk gerakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkir Najib Razak, Tuan Guru juga tidak bersetuju.
Saya juga membaca tulisan Tuan Guru sebelum ini yang berpedomankan fatwa Al-Azhar dan ulama Syria yang menolak gerakan menjatuhkan pemimpin, kerana akan menggugat keamanan dan kestabilan negara.
Bukankah situasi Mesir, Syria, dan negara Timur Tengah yang terlibat dengan ‘Arab Spring’ merupakan situasi yang berbeza dengan keadaan Malaysia?
Satu persoalan pokok di dalam warkah ini, mengapa Tuan Guru tidak menentang isu 1MDB secara terang-terangan hingga memberi isyarat kepada Perdana Menteri bahawa rakyat menyampah dengan skandal syarikat bermasalah ini.
Skandal 1MDB sedang disiasat oleh berbilang agensi antarabangsa, dan terkini telah mengundang saman arbitrasi di London, menuntut jumlah keterhutangan yang amat besar.
Sekiranya Tuan Guru inginkan keamanan dan kestabilan negara, mengapa tidak menentang syarikat yang merosakkan dan menjatuhkan ekonomi dan maruah negara?
Saya ingin menarik perhatian Tuan Guru terhadap apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tentang penjualan aset negara kepada China, persetujuan menandatangi TPPA, dan pelbagai kerosakan yang terjadi pada era Najib Razak yang menggugat keamanan dan kestabilan negara. Ramai melihat, mengekalkan Najib Razak lebih berpotensi menghancurkan negara.
Namun kenapa Tuan Guru masih bertegas dengan pendirian untuk tidak kita turunkan Najib Razak dengan pelbagai kaedah dalam kerangka demokrasi yang boleh kita pilih tanpa kita bertindak seperti Arab Spring?
Dalam keadaan harga barang meningkat naik, nilai Ringgit naik turun tidak menentu, kos sara hidup yang membebankan rakyat, 1MDB, hutang negara, kenapa perlu kita dahulukan berbincang soal perundangan? Bukankah lebih baik kita pilih fatwa penangguhan hudud yang dipilih oleh negara umat Islam lain bagi membangunkan kehidupan rakyat kepada satu keadaan selesa.
Saya juga terkejut melihat di media sosial, apabila ada yang disaman oleh ‘polis syariah’ kerana berpakaian ketat dan sebagainya. Kenapa harus dilakukan pendidikan melalui penguatkuasaan undang-undang? Kenapa tidak dengan pelbagai kaedah dakwah lain yang sangat banyak untuk dipilih bersesuaian dengan keadaan rakyat dan negara ini.
Sedangkan saman trafik dan polis rakyat tak mampu bayar, ini ditambah pula dengan saman oleh polis syariah. Akhirnya, rakyat hidup dalam keadaan susah hati dengan saman yang pelbagai, adakah ini keamanan yang dituntut?
Maka saya mohon dengan kebijaksanaan, pengalaman, dan keilmuan Tuan Guru untuk memilih kaedah, fatwa dan mengistinbat ayat ahkam yang bersesuaian dengan waqi’ atau situasi negara kita.
*Al-Filfilany tidak menggunakan nama sendiri kerana masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir.

LIVE UP DATES PRK KK DAN SG BESAR

Pihak team WRLR  akan membuat live updates susana terkini bergambar dan juga maklumat melalui responden dan juga teman teman dari KK dan juga SG Besar...lawati WRLR esok jam 11 Pagi.

Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN, kata Mohamad Sabu


Mohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan PasMohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan Pas
Menjelang hari pengundian esok, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu memberitahu sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan kini melepasi 50 peratus mendahului calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini.
"Kita harap menang sahaja, sekarang ni 55/45 peratus, BN dibelakang kita, Pas dah jauh terkebelakang.
"Kalau kita menang, Amanah akan teruskan keyakinan politik di kalangan pengundi dan penyokong baru yang akan menambah bilangan ahli kita kelak," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Beliau ditemui ketika menghadiri siri Kempen Tun Mahathir bersama grup Deklarasi Rakyat di Tali  Air Lapan, Sekinchan pagi tadi.
Dalam kempen yang berbaki hanya sembilan jam lagi sebelum malam ini,Pakatan Harapan katanya akan terus berkempen seperti yang telah dijadualkan.
"Daripada hari penamaan calon kita (Amanah) hanya underdog, orang lihat calon kita terkebawah kerana Amanah parti yang belum lagi setahun usianya.
"Bila bermula kempen kita tonjolkan calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kerja keras dalam kempen sudah nampak sokongan itu.
Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka."Esok nak mengundi harapan kita begitu memberangsangkan untuk memotong BN kali ini di dua PRK," ujarnya.
Mohamad mengakui kekuatan calon Amanah kerana kerjasama semua pihak terutama daripada NGO dan penyokong Deklarasi Rakyat.
"Provokasi mengenai calon Amanah itu perkara biasa. Dalam keadaan BN yang terdesak mereka boleh provok apa saja, kerana mereka anggap polis tidak akan menunjukkan sikap yang adil.
"Jika kami yang buat (provokasi) sama seperti mereka buat sudah ramai yang masuk dalam lokap sepanjang tempoh kempen ini," ujarnya.
Pagi hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Malaysia Dateline hari ini melaporkan, Parlimen Sungai Besar menyaksikan wujudnya taktik kotor memfitnah Amanah dan Pakatan Harapan.
Tinjauan Malaysia Dateline selepas Subuh tadi mendapati empat kain rentang tersebut digantung di persimpangan Jalan Parit 1 Barat berdekatan Masjid Makmuriah.
Kain rentang bersifat provokasi itu dilihat rentetan daripada propaganda yang mengaitkan Amanah sebagai diperalat oleh DAP.
Tertera ungkapan, "Pakatan Harapan? Pakatan DAP (Pan + DAP + PKR)", kain rentang itu turut menampilkan enam gambar tokoh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.
Mereka ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Turut ditonjolkan Penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang; Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Pakatan Harapan meletakkan calon Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad  Termizi Ramli di Kuala Kangsar.