SIAPA BAKAL GANTI ANWAR??

Kes penghakiman ke atas DSAI  yang dijangka berlangsung 6 dan 7 Mac kan menyaaksikan beberapa perkara yang boleh dibuat kesimulan.

1. Jika didpati bersalah, DSAI akan ditahan beberapa hari di penjara sebelum ikat jamin dibenarkan . Keputusan yang dijangkakan pada petang Isnin memungkinkan DSAI  tidak akan dapat menghantar borang penamaan calon.

2. PKR harus bersedia untuk melakukan perubahan nama calon. Antara nama calon yang disebut ialah Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah.

3. Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim?  Untuk sementara beliau selamat , namun belum dijangka beliau akan menjadi mntei besar kerana kepercayaan perjnjian air Langat 2 masih diragui dan kes hutang beliau yang diselesaikan diluar mahkamah menjadi liabiliti diatas sikap kerjasama dengan kerajaan pusat.

[LIVE tertunda ][BM16][040314] Janji Dicapati - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 5 MAC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima.

Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD Mat Zain.

“Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya.

“Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu dokumen yang tidak bernilai.
“Malahan menjadikannya sebagai dikumen keterangan dengar-cakap (hearsay-evidenge) sahaja,” kata Mat Zain dalam laporan yang dibaca Keadilandaily.

Menurut Mat Zain, penghujahan itu dibuat Shafee di hadapan Mahkamah Rayuan pada 18 Disember 2013 yang menyentuh perkara mustahak untuk memperdayakan Mahkamah Rayuan supaya membuat keputusan memihak kepada Shafee.

Kenyataan lain dalam kandungan laporan itu turut menyatakan, Shafee disyaki melakukan kesalahan menggunakan keterangan yang tidak benar dan/atau palsu dan mengelirukan dalam penghujahan bertulis bertarikh 18 Disember 2013.

Laporan polis dibuat pagi ini di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Kajang

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59861


“Mengapa Mahkamah tergesa2 tetapkan tarikh rayuan Fitnah II?

“Mengapa Mahkamah tergesa2 tetapkan tarikh rayuan Fitnah II?

n_surendranKUALA LUMPUR 5 MAC: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoalkan rasional Mahkamah Rayuan tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan minoriti BN.

Menurut Surendran, perbicaraan rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat, 6 dan 7 Mac ini.

Tambahnya, rayuan untuk pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari, namun peguam Anwar menerima panggilan dari Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan meminta tarikh bicara antara 7 Mac dan 10 Mac 2014.

“Kami terganggu dengan penetapan tarikh yang luar biasa cepatnya di mana telah ditetapkan pada 6 dan 7 Mac.

“Perlu diingatkan bahawa tarikh yang tetapkan Mahkamah Rayuan adalah pada malam hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kajang,” kata Surendran dalam kenyataan.

“Mahkamah berkeras menetapkan 6 dan 7 Mac sebagai tarikh rayuan. Tarikh itu ditetapkan walaupun peguam Anwar menyatakan bahawa mereka tidak ada masa pada tarikh itu,” ujarnya.

mahkamah_Katanya, lebih menghairankan pada 12 Februari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan rayuan Fitnah II sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan atas permohonan untuk memanggil semula Jude Pereira.

Walaubagaimanapun melalui tindakan luar biasa, Shafee Abdullah memfailkan permohonan membatalkan rayuan Jude Pereira.

Malah kata Surednran, sehingga 6 Mac, Anwar memfailkan petisyen rayuan untuk memanggil Jude Pereira di Mahkamah Persekutuan.

“Lebih menghairankan Mahkamah Persekutuan dibenarkan menolak rayuan Jude Pereira pada 4 Mac, keputusan jelas salah dalam undang-undang,” kata Surendran.

“Mengapa tergesa-gesa menetapkan tarikh rayuan itu walaupun sebelum mendengar keterangan Judy Pereira? soal Surednran.

fitnah2“Harus diingat bahawa rayuan Fitnah II adalah perkara yang mempunyai kepentingan awam. Mahkamah perlu jujur dan telus dalam menguruskan rayuan Fitnah II.

“Rakyat Malaysia mempunyai hak sepenuhnya untuk mengetahui pendedahan berkaitan permohonan ini.


“Kami dengan ini menyeru Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk mendedahkan sebab penetapan yang begitu tergesa-gesa berhubung tarikh rayuan Fitnah II,” kata Surendran.


VIDEO: DAIM ADALAH MENTERI KEWANGAN PALING KORUP





ADAKAH BENAR LANGKAH KAJANG LANGKAH KE PUTRAJAYA?

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/is-anwar-joining-forces-with-najib-asks-ex-nst-editor


Oleh:  wrlr


A. Kadir Jasin yang terkenal dengan wartawan veteran dan rapat dengan Umno mengulangi dalam posting terbaru belaiu bahawa pilihanraya Kajang ini adalah merupakan satu langkah bagi membawa anwar ke kabinet kerana ianya seolah-olah wujud satu fenomena di mana yang menyebabkan daim zainuddin dan mahathr mohammad menggelupur kepanasan apabila anwar mengumumkan bertanding di kajang dan akan melantik beliau sebagai menteri besar.

menurut kadir jasin lagi, jika ini berlaku,  anwar akan diberikan jawatan yang begitu berpengaruh dan berkuasa sekali dalam kabinet najib. Beliau mengambil beberapa pendekatan dengan tindakan yang sedang dan berlaku sekarang.

1. Tidak adanya serangan berterusan antara Anwar dan Najib.Manakala Anwar seorang berjaya menghentam Daim Zainuddin dan juga Mahathir. Najib masih selamat dan bercakap soal Rekonsilasi Nasional yang dahulunya beliau diam membisu.

2.Kabinet Najib akan bertambah kukuh dengan kemasukan Anwar kerana berpendapat bahawa tanpa Anwar sebagai peneraju Pakatan Rakyat, (PR) perpecahan akan berlaku dan gelombang pilihanraya ke 14 akan berakhir dan Anwar akan menyelamatkan Najib dari tekanan dari Daim  dan Mahathir.


3.Perlantikan khalid ibrahim bagi menandatangi perjanjian air dilihat sebagai langkah permualaan kearah itu tegas Kadir Jasin. Adakakah seorang seperti khalid tidak faham dengan  perjnjian kerana beliau seorang yang begitu memahami dengan perjanjian dan adakah Anwar tidak benar-benar faham?


4. Jika di zama Tunku dan Hussein Oon , Anwar yang pernah mengadakan demontrasi pelajar di Baling, dan kemudiannya dibawa semula ke kabinet , dan adakah ini sesuatu yang dianggap mustahil?


5.Bagaimana pula jika Anwar yang diberikan kuasa yang besar dalam kabinet Najib sehinggakan tiada sesiapa yang akan berani menyentuh Najib dan menentang beliau.??


6.Menurut Kadir lagi.....jika Anwar bersetuju dengan rancangan yang berjalan ini, maka ianya menjad isesuatu yang begitu baik buat Anwar dan juga Najib.



JAWAPAN BUAT MUHYIDDIN...NAMA SAJA MENTERI PELAJARAN SPS PUN MENCELARUKAN GURU

  • TPM: Anwar, nama saja penasihat ekonomi... Koh Jun Lin | 1:52PM Feb 28 "Agak aneh kalau sudah jadi penasihat ekonomi, tak tahu apa yang berlaku di Selangor," katanya.


    Oleh: wrlr

  • Muhyiddin menempelak Anwar dengan menyatakan bahawa anwar tidak lain selain hanya nama saja pada penasihat ekonomi. Namun Muhyiddin  harus melihat pada diri beliau sendiri. Beliau bukan sahaja Timbalan Perdana menteri,namun Menteri Pelajaran, Semua urusan dilepaskan kepada Timbalan beliau Idris Jusoh dan Juga Kalamanthan.Baru-baru ini Kalamanthan yang ditumbuk oleh penyokong Umno telah mencuba" reseipi"  mengisi markah murid melalui sistem sps , beliau dapati bahawa memang wujudnya kesukaran yang amat sangat. Jika seorang murid mengambil masa 2 minit dan lebih, bayangkan jika sebuah kelas mempunyai 35 murid dan guru mengajar 4 kelas yang berlainan. Mana Muhyiddin???Beliau seperti Najib, diam membisu.

    Muhyiddin  diam membisu, Muhyiddin jarang menyatakan sistem sppbs ini membebankan kaum guru kerana beliau yang mengambilnya dari JPN Perak? Khabarnya semasa beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran, diketika itu,  Jabatan Pelajaran negeri Perak sudah membuat sistem online yang mirib kepada sisitem  sppbs .Tujuannnya untuk kegunaan Jabatan Pelajaran Perak.  Khabarnya Muhyiddin mahu menggunakan sistem ini kerana beliau dilatik sebagai Menteri Pelajaran , sedangkan sistem ini baru peringkat percubaan di Jabatan Pelajaran Perak, wallahulaklam.

    Apa yang pastinya Muhyiddin lagi buta tentang sistem ini dan hanya mengeluarkan pandangan tapi tidak pernah mengetahuinya. Beliau juga menggelabah apabila para pegawai PPD dibawah beliau membuat latah. Banyak Pegawai PPD bertindak seperti ketua bahagia umno dengan menukar guru. Di Jerantut PPD memandai menukar Cikgu Mohd Izzat, Manakala ada Pegawai Pedidikan Daerah pula bertindak menghantar sms kepada Pengetua dan juga Guru Besar agar memantau dengan rapi pergerakan guru jika ada yang mahu menggulingkan kerajaan. "Bodoh" sangatkah yang menjadi pegawai PPD ini? Tidak peka kah? tidak membaca kah? tidak punya pertimbangan kah???Bagaimana guru nak menghormati PPD seperti ini? Makcik di kampung pun memahami real pollitik Umno, pegawai PPDmelatah mengalahkan Makcik di kampung...


    Sama sahaja Menteinya , sama juga pegawai PPDnya...sama-sama Dungu....jadi? jangan mengatakan Anwar jika sendiri punya masaalah belum selesai...banyak yang menyumpah Muhyiddin dari menyumpah Anwar...sekurang-kurangnya air diSelangor puas juga membasuh kereta dan mandi manda serta menyiram pokok bunga di musin panas ini.......Johor bagaimana?




VIDEO: AWAS SABOTAJ DARI LUAR








PPD DI ANGGAP LEBIH SUDU DARI KUAH

 Ada Pegawai PPD mengeluarkan arahan melarang guru menghadiri perhimpunan dan ianya seolah-lah bersifat politik kepartian.



Saya tak keluar arahan hukum guru anti-PBS' Farah Noor Samat | 2:49PM Feb 24
dikemaskini Arahan itu dibuat pejabat pendidikan daerah dan TPM sendiri kurang jelas mengapa ia dikeluarkan.

Pengerusi Penaja SGMM ditukar sekolah serta merta

Walau tidak memberi liputan menyeluruh kepada portal Malayisakini,Malayisan insider, malah kurang senang dengan Suara Keadilan...beliau tetap juga ditukarkan.

Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari 
Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari 
 
Penganjuran 'Himpunan222: MansuhPBS' oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan apabila Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari, ditukarkan ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta-merta.Pertukaran sekolah itu dibuat tanpa alasan kukuh.

Mohd. Izzat berkata, tindakan kementerian itu dilihat tidak profesional dalam menangani isu tersebut.
"Perjuangan SGMM adalah semata-mata demi masa depan pelajar-pelajar terutama pelajar Tingkatan 3 yang terkesan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah disalahertikan oleh kementerian.

"Kita tidak melibatkan mana-mana parti politik dan hanya mahu dasar pendidikan negara memberi manfaat kepada para pelajar telah dianggap sebagai penentang kementerian yang akhirnya dengan sesuka hati membuat keputusan pertukaran sekolah ini," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Beliau dan seorang lagi guru yang merupakan penyokong kuat SGMM telah menerima surat pertukaran sekolah bertarikh 17 Februari lalu.

Mohd. Izzat berkata, langkah terbaru yang dibuat oleh kementerian ini tidak akan mematahkan semangat beliau dan SGMM untuk terus berjuang sehingga PBS dimansuhkan.

"Perjuangan akan tetap diteruskan kerana masa depan generasi akan datang adalah lebih penting berbanding hukuman yang diberikan mereka.


"Tindakan mereka hanya membuka pekung sendiri dan tidak lama lagi kezaliman kementerian akan terdedah juga satu demi satu," ujarnya. - MalaysiaGazette



DUA WAJAH SATU JASAD... SEBELUM PRU13 & SEBELUM PRK KAJANG...

USTAZ DUNIA KATA.......


Sebelum PRU13 haram undi PAS/PR... PAS jual agama, bersekongkol dgn kafir harbi, PAS perosak akidah...

Sebelum PRK Kajang... PAS ada roh kepimpinan Islam, PAS adalah parti terbaik untuk memerintah Selangor...
 

 

TANYA MAMAT NI SEBAB DIA BANYAK MENGETAHUINYA.


Mengikut pendedahan WIKILEAKS yang terbaru, bekas Duta Amerika ke Malaysia melaporkan:
'Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behavior; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation'

CERAMAH ANWAR TERBARU








MAHATHIR MEROYAN BILA ANWAR BERTANDING


222 GURU BERHIMPUN DI MASJID BANDAR BARU BANGI

Isu Sistem Pendidikan Sekolah Carca Merba : Tahap Pendidikan Semakin Jatuh! Sampai Bila Guru & Murid Jadi Bahan Eksperimen?

Isu PBS Sekolah
Isu Sistem Pendidikan Sekolah Carca Merba : Ikuti pendedahan ekslusif seorang YDP PIBG mengenai realiti sistem pendidikan Malaysia yang porak peranda sekarang ini…
” …….negara Jepun yang tewas dalam perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat. Begitu juga Korea yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia…masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ……..”
Begitulah…..
Pendidikan Ungku AzizBegitulah perbandingan yang cuba diselitkan oleh YDP PIBG ini saat menghantar pandangan dan isu permasalahan Sistem Pendidikan Sekolah di Malaysia.
Carca Merba. Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi tokoh akademik negara, Prof Ungku Aziz….

Luahan YDP PIBG Yang Kecewa : Kemana Halatu Sistem Pendidikan Negara?

Ikuti apa yang cuba dikongsikan oleh rakan pembaca Berita Semasa melalui aduan yang disuarakan oleh seorang YDP PIBG seperti di bawah ini yang dirasakan masih tidak berkesudahan  :
Assalamualaikum,
Saya fikir ada benarnya fakta & di atas tadi, yang mana Malaysia masih lagi masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan!
  1. Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak memartabatkan bahasa Melayu…
  2. Kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)….kerana alasan istilah Sains banyak dalam bahasa Inggeris…
  3. Kemudian dihentikan PPSMI…tukar pulak MBMMBI….import guru dari India ajar bahasa Inggeris…..sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI…..apa yang berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi mat salih tu yang pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi!
  4. Nama kementerian pun telah bertukar berapa kali. Mula-mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yang terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan!
  5. Banyaknya ringgit yang dibelanjakan untuk menukar-nukar tu tak dapatlah nak dihitung!
  6. Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat….kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru…..
  7. Sekarang ada pulak PPPM, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan….dan macam-macam lagi…
Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Apabila ranking pendikan Malaysia jatuh merudum, Kementerian Pendidikan Malaysia lebih mengambil sikap menyalahkan pelajar dan guru-guru (SEPERTI KLIK SINI) Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata-mata
  • Tambah 3 lagi aspek pentaksiran….sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru-guru terpaksa berjaga ke 3 pagi…..kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan guru dari negara jiran.
  • Tajuk liputan berita “SPPBS 2013 Sekolah Rendah Menengah Teruk! Lembab, Tak Selamat, Teknologi Lama, Membazir! Setuju?” (KLIK SINI)
  • Tajuk liputan berita “PBS Tingkatan 1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!” (SUMBER KLIK SINI)
Yang menyentuh hati ialah…hingga kini…kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan.
Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang! Produk pendidikan kita juga terkial-kial tidak menjadi…..murid-murid semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka….di sekolah, masalah-masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan-peraturan disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an….
Denda Hukuman pelajar

Sistem Pendidikan Malaysia Hancur Angka Politik & Perniagaan?

Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan…. Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di “politik” kan serta di”business” kan…. Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan…maka akan punah-ranahlah urusan itu!
Ini kerana politik dan business lebih menjurus kepada kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi!
Masalah SPPBS
Maka kuasa diguna semahunya untuk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yang memudaratkan! Itu belum belum kita bicara mengenai VLE FROG, Sistem Pengurusan Sekolah (SEPERTI ADUAN DI SINI) bagi mengantikan Sistem Emis dan APDM…kemana hala tuju masa depan Pendidikan Negara…sama-sama kita nilai…Apa kata kalangan bekas pelajar, guru-guru dan ibubapa mengenai kupasan isu kali ini?

KENAPA SPPBS HARUS DI HAPUSKAN DAN DIPERBAKI DENGAN SISTEM BARU.

Bolehkah guru terus menjadi lilin?

TANGGUNGJAWAB guru dalam membangunkan generasi besar sekali.

Di sekolah, guru mengajar, menjadi kerani, mengisi data dan maklumat murid, menjadi jurulatih, dan pelakon di pentas. Pun begitu, guru tetap seronok dengan tugas mereka.

Namun, dengan terlaksananya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2011, keseronokan guru berubah.

Guru tidak senang dengan PBS bukannya kerana beban tugas yang bertambah, tetapi tidak tahan dengan karenah merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat.

Ini kerana sistemnya lembab dan selalu tergantung.

Keadaan inilah yang menyebabkan terdapat guru yang bangun sebelum Subuh sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem PBS kementerian.

Kementerian menyedari rungutan guru ini dan berjanji untuk mengatasinya pada April 2014 nanti.

Maka, guru diminta bersabar. Pun begitu, terdapat guru yang hilang sabar.

Pada 22 Februari ini, sekumpulan guru yang menamakan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya.

Persoalannya, mengapa mereka mahu mengadakan bantahan ini?

Apa masalahnya dengan sistem PBS ini? Perlukah sistem ini diteruskan atau
dihapuskan?

Bagi saya, sistem ini mempunyai banyak kelemahan yang mewajarkan Kementerian melihat semula pelaksanaannya?

Apa kelemahannya? Saya perturunkan hujahnya di bawah.

Masalah dengan sistem PBS?

1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?

2. Sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang. Di sekolah pedalaman misalnya, bagaimana mereka mahu mendapatkan kemudahan internet untuk merekodkan maklumat pelajar?

3. Sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi. Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat
sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri
kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka.

4. Cara pembahagian band tidak konsisten. Guru-guru sendiri mengakui
hal ini dengan mengatakan sistem ini sebenarnya tidak jujur; adakalanya mereka terpaksa meluluskan band setiap pelajar atas dasar simpati dan hendak mengejar band.

5. Sistem ini menyebabkan tugas utama guru mengajar menjadi semakin kurang kerana masa banyak ditumpukan kepada merekodkan maklumat pelajar dan membuat kerja-kerja perkeranian. Jika macam ini, bagaimanakah kita boleh menghasilkan insan yang cemerlang?

6. Sistem ini mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, malas berusaha, malas berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik. Ini kerana murid-murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan.

Ibu bapapun tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?

Mengatasi kelemahan PBS?

Hujah di atas menunjukkan kelemahan sistem PBS. Bagi mengatasinya saya
mencadangkan dua perkara.

Pertama, sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula. Bagi saya buatlah sistem PBS atau apapun, tetapi jangan hapus bentuk peperiksaan yang sedia ada sekarang.

Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka, tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka.

Saya menekankan keperluan peperiksaan ini kerana saya tidak mahu melihat pelajar menjadi semakin malas dan tidak suka berfikir.

Bagi saya, UPSR dan PMR sudah elok, cumanya jika hendak menilai kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum, buatlah 50 peratus peperiksaan dan 50 peratus kokurikulum dan kerja kursus, selesai masalah.

Kedua, jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru-guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar.

Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer.

Semoganya dengan mengembalikan keseronokan mengajar guru, maka guru kekal menjadi lilin yang menerangi perjalanan generasi akan datang. Amin

PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

10 Februari 2014

USAHA MEMBODEK OLEH PEGAWAI PPD BERMULA...ALAHAIIIIIII

Warga pendidik diingatkan usah sertai himpunan mansuhkan PBS

February 15, 2014
Para guru mendakwa sistem PBS membebankan mereka disebabkan aplikasi pengkomputeran itu yang sering tergendala.  - Gambar fail.Para guru mendakwa sistem PBS membebankan mereka disebabkan aplikasi pengkomputeran itu yang sering tergendala. - Gambar fail.Warga pendidik diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan menyertai himpunan mansuh pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pada 22 Februari depan di Putrajaya.
Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM) Shafruddin Ali Hussin berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.

"Kita akan ingatkan setiap pengetua dan guru besar melalui infoblast, khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, e-mel dan surat supaya memastikan guru-guru tidak terlibat dalam perarakan," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Bersama Guru-guru Besar Hulu Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata KPM akan mengkaji semula dan menangguhkan sehingga April pelaksanaan sistem aplikasi PBS selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

PBS adalah transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.

Bagaimanapun, sejak tahun lepas, para guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam. – Bernama, 15 Februari, 2014.

Mahathir Sokong PAS Jadi MB di Selangor Untuk UMNO Senang Rampas

Mahathir Sokong PAS Jadi MB di Selangor Untuk UMNO Senang Rampas

Adapun Dr Mahathir telah bersuara.

Dia meminta PAS mengembalikan kerusi MB Selangor kepada PAS.

Diberitkan Dr Mahathir berkata:


Kalo Mahathir dah sokong PAS jadi MB di Selangor maka konfirm la idea tu menguntungkan UMNO.

Bukankah anak Dr Mahathir berjaya menjadi MB Kedah dengan merampas kerusi tersebut dari PAS.

Jawatan MB Kedah itu tidak dirampas dari DAP mahupun PKR tetapi dari PAS.

Dr Mahathir ni penipu kelas satu.

Penipuan terbesar beliau adalah berjaya menyakinkan jutaan ahli UMNO bahawa beliau adalah berbangsa Melayu.

Sehingga hari ini jutaan orang Melayu menganggap beliau berbangsa Melayu.

Maka, "skill" silap mata Dr Mahathir ini adalah terbaik di Malaysia. 

Rasanya tiada orang dalam sejarah Malaya dan Malaysia yang mampu melakukan silap mata macam Dr Mahathir.

Namun bukan semua Melayu boleh berjaya ditipu Mahathir.

Bagi Tulang Besi, kenyataan ini adalah bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Mahathir takut Anwar menjadi MB Selangor memandangkan ia mampu mengagalkan perancangan untuk menjatuhkan Najib (mengikut maklumat yang TUlang Besi dapat)

Harap2 tiada lah dalam PAS yang akan termakan umpan Dr Mahathir ni.

Khabarnya sudah ada rombongan dari PAS (suspek puak2 UG) yang berjumpa Tan Sri Khalid dan menjemput beliau masuk PAS.

Punyalah beriye-iye puak UG dalam PAS untuk menghalang Anwar menjadi MB. 

Dari luar, UMNO hentam. Dari dalam kita ada puak2 UG buat sabotaj.

Semuanya satu geng yakni geng UMNO.

Takut sangat hilang kerja kat Perangsang sampai sanggup buat kerja kotor untuk UMNO.

Rekod PAS menyerahkan 3 negeri pada UMNO tidak terkejutlah Mahathir beriye-iye mahukan PAS menjadi MB Selangor.

Maksudnya lagi cepat Selangor akan dirampas oleh UMNO.

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)


negara terkaya dunia
Negara Terkaya Di Dunia 2014 : Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.
Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

Senarai Negara Terkaya Di Dunia 2014

  1. #Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
  2. #Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
  3. #Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
  4. #Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
  5. #Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014 :

  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  2. Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
  • Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.
  • Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.
Harapan Berita Semasa pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah Berita Semasa mahu melihat :
  • Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
  • Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.
Kami terus ternanti-nanti saat ini. Apa pandangan & harapan anda pula anda pula?



Rafizi: PKR akan keluarkan bukti baru salah laku keluarga Taib Mahmud

Rafizi: PKR akan keluarkan bukti baru salah laku keluarga Taib Mahmud

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
February 13, 2014
Rafizi mengatakan dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar fail.Rafizi mengatakan dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar fail.PKR akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaitkan anggota keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan syarikat yang terlibat dalam salah laku berkaitan konsesi balak.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM.

"Pendedahan terbaru Sarawak Report mengenai syarikat yang mengundang kontroversi iaitu Regent Star Company Limited menguatkan lagi tuduhan-tuduhan mengenai salah laku melibatkan konsesi balak di Sarawak," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

"Pehin Seri Taib Mahmud pernah membuat kenyataan di Dewan Undangan Negeri Sarawak menafikan beliau tahu atau kena mengena dengan Regent Star. Kenyataan itu digunakan sebagai alasan untuk menutup skandal yang panas ketika itu."
 
Sementara itu, Rafizi mendakwa syarikat milik adik Taib juga pernah disiasat di Jepun atas dakwaan mengelak cukai atas komisen yang dianggapnya rasuah – bernilai ¥1 bilion (RM32.6 juta).

"Dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, jelas bahawa tuduhan rasuah terhadap Taib Mahmud akan terus berlegar. Malah, saya mengambil keputusan untuk membuat satu laporan SPRM baru terhadap Taib Mahmud supaya perkara-perkara ini digunakan di dalam siasatan yang dibuat.

"Oleh itu, saya menggesa supaya Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri yang bertanggungjawab menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlulah diisytiharkan SPRM bahawa tiada siasatan yang masih belum ditutup terhadap calon itu," katanya.


Menurut Rafizi, beliau akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari ini untuk mengesahkan masih ada siasatan yang dibuka terhadap Taib  dan selagi beliau tidak diisytiharkan tiada sebarang siasatan terbuka, beliau tidak boleh dipertimbangkan sebagai TYT. – 13 Februari, 2014.

Konsensus Nasional: Reaksi BN lembab

Konsensus Nasional: Reaksi BN lembab

saifuddinPETALING JAYA 13 FEB: Dalam keadaan rakyat dihidangkan dengan sentimen politik perkauman yang membimbangkan, reaksi kerajaan terlalu perlahan untuk menyambut cadangan Konsensus Nasional yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

“Proses menyambut gesaan untuk mencapai Konsensus Nasional berlangung amat perlahan.
“Reaksinya lembab di pihak BN ketika diluar sana rakyat terus dihidangkan dengan sentimen politik perrkauman yang semakin membimbangkan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini, sekurang-kurangnya, tiga gesaan secara rasmi melalui kenyataan media dibuat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Majlis Presiden.
Kata Saifuddin, pelawaan Pakatan Rakyat dibalas kerajaan melalui kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi 27 Januari lalu

Manakala yang terbaru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pada 2 Februari yang bercadang membawa cadangan tersebut ke jemaah Menteri.

Tambah Saifuddin, tema politik perkauman dan sentimen agama melampau pernah berlaku di negara ini dengan yang terakhir pada 1997 di Kg Rawa, Pulau Pinang.

Namun, ketika ini lebih serius apabila insiden berbaur perkauman berlaku hampir setiap minggu dengan seperti himpunan di depan gereja, aksi provokasi memotong ayam dan melumur darah di poster terpapar imej pemimpin Pakatan Rakyat.


“Kami meneliti perkembangan dan menggesa pemimpin BN melajukan (proses) supaya rakyat betul-betul dapat melihat kita serius dalam menangani isu-isu yang menggugat perpaduan,” kata Saifuddin.

KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib

PETALING JAYA 13 FEB: KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah terbaru membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pendedahan terbaru laman Sarawak Report mengenai syarikat Regent Star Company Limited melibatkan konsesi balak di Sarawak.
Katanya, Regent Star adalah syarikat dikawal Onn Mahmud, iaitu adik kepada Taib dan pernah disiasat di Jepun atas tuduhan mengelak cukai mencecah 1 bilion yen.

Semalam, kata Rafizi Sarawak Report menunjukkan dengan jelas kaitan di antara Regent Star dengan Jamilah Taib, anak kepada Taib Mahmud sendiri.

Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud (seperti juga Regent Star) kepada Sakto Development Corporation yang dimiliki oleh Jemilah Taib dan suaminya telah ditampilkan.

“Saya difahamkan bahawa bukti-bukti terbaru dalam bentuk dokumen yang mengaitkan Pehin Seri Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat pelaburan luar negara yang disiasat oleh pihak berkuasa di sana akan dikemukakan untuk membantu siasatan.

KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib

“Ini bermakna siasatan di Jepun mengenai tuduhan mengelak cukai sudah tentu akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Rafizi, dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, beliau akan membuat satu laporan SPRM terhadap Taib Mahmud di Putrajaya, esok.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong agar membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan bebas daripada siasatan SPRM.
“Ini untuk mengelakkan salah guna jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan dari pendakwaan,” katanya yang akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari


Sehubungan itu, Rafizi berkata, selagi siasatan masih berjalan, Taib tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru selepas bersara sebagai ketua menteri.

ASTRO TIPU PENGUNA?

Sejak sebulan lepas ramai pengguna astro merungut kerana tidak dapat menikmati siaran dan seringkali tergendala.Walau pun bantuan teknikal dilakukan, namun masih gagal mendapat siaran.Apa yang memuskilkan pelangan astro ialah jika pembayaran lewat dibayar, pihak astro akan segera memotong, namun jika pihak astro gagal menyiarkan siaran sedangkan pelangan berhak mendapatkan siaran 24 ja, tindakan segera dan bantuan teknikal dari vendo lambat sampai, malahan mengambil masa semingu.Jika inilah servis yang semakin bercelaru, pelangan berhak menuntut gantirugi dari pihak astro.

PHIR BIR HEI HINDUSTANI-FILEM ARAHAN SHAHRUK KHAN/AZIZ MIRZA TENTANG REFORMASI

SAJA AKU NAK MAKLUMKAN BAHAWA FILEM LAMA KALU TAK SILAP THUN 2000-2001 ARAHAN SHAHRUK KHAN MENGENAI REFORMASI. BAGI GENERASI REFORMASI, ANDA PASTI INGAT TENTANG PERBICARAAN DAN REGIM MENTERI YANG MEROGOL RAKYAT,MALAM INI DI PRIMA JAM 11.GENERASI MUDA BOLEH MENONTONNYA.


Beliau datang atas jemputan Mahathir/Mahazalim waaktu itu,mungkin memahami kes DSAI yang terpenjara dan kisah menteri yang merogol perempuan, maka perbicaraan dan Hakim HACKS turut di ketengahkan....anda saksikan malam ini jam 11 di Prima.

PSM tak tanding PRK Kajang, sedia kerjasama lawan BN

PSM tak tanding PRK Kajang, sedia kerjasama lawan BN

PSMKAJANG 12 FEB: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Dalam kenyataannya hari ini, PSM tidak berhasrat memecahkan undi atau memberikan sebarang peluang untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRK ini.

“PSM mungkin menggunakan peluang ini untuk terus berkempen kepada isu-isu yang kami rasa lebih penting untuk majoritu rakyat Malaysia iaitu isu membantah cukai GST, membantah perjanjian TPPA, pendidikan percuma dan memperkasakan Akta gaji Minima.

“Kami tidak sekali-kali menyokong atau menyeru rakyat menyokong BN yang merupakan punca kepada pelbagai masalah di negara kita,” kenyataan PSM dipetik.

Dalam pada itu PSM menyatakan berpegang kepada Resolusi dalam Kongres PSM ke 15 pada Jun 2013 iaitu PSM sedia berdialog dengan Pakatan Rakyat atas dasar saling hormat menghormati dam melawan Umno-BN.

Tambahnya, PSM komited membina gabungan dengan parti, individu dan organisasi kiri untuk melawan polisi neo-libeal dan kapitalisme di dalam dan luar negara.

“PSM akan terus menjana kuasa rakyat untuk mencapai keadilan sosial dan ekonomi bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju dan saksama.


“Kami sedia berjuang bersama rakyat untuk mencapai matlamat murni ini,” tegas kenyataan tersebut.


DEBAT NOH KHALID.....ADOIII NOH ..




Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini

Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini

SPPBSPUTRAJAYA 11 FEB: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari ini membantah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan yang dinamakan #Himpunan222MansuhPBS turut mengalu-alukan sokongan warga pendidik dan ibu bapa dari seluruh negara.

“Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih ramai guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini,” katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang.

Difahamkan himpunan tersebut turut mendapat sokongan Solidarti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Badan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda Pas Pusat.
Dalam pada itu, Izzat membantah kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Mary Yap bahawa SGMM mahukan SPPBS ditukar kepada sistem matrikulasi.
“Tindakan Mary Yap ini sangat memalukan kerana tidak mengikuti perkembangan kehendak SGMM yang mahu PBS dimansuhkan serta-merta.

“Jika beliau tidak tahu isu, lebih baik dapatkan nasihat pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia) sebelum mengeluarkan kenyataan yang memalukan diri,” kata Izzat dalam kenyataan.
Izzat berkata, Mary Yap dilihat cuba mengalih perhatian supaya tumpuan SGMM dalam kempen mansuhkan PBS disalah erti.

“Sebagai Timbalan Menteri, beliau jangan menipu rakyat dengan memanipulasi cerita yang tidak pernah disebut oleh SGMM.

“Saya malu ada Timbalan Menteri yang suka putar belit dan cuba mengada-adakan cerita.
“Sekali lagi, jika beliau mahu tahu perkara sebenar, sila tunggu Himpunan 222 pada 22 Februari ini,” tegasnya.

Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib?

Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib?

semangat_46KUALA LUMPUR 11 FEB: Sebuah pertemuan bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 akan diadakan di ibu negara pada hari Ahad, 23 Februari ini bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keadilandaily difahamkan, pertemuan semula bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 itu akan turut dihadiri ahli parlimen Gua Musang yang juga bekas Presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Pertemuan tersebut juga dikatakan bagi membincangkan peranan kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam politik tanahair sejak kebelakangan ini.

Namun. sumber yang memaklumkan Keadilandaily tidak memberitahu lokasi sebenar pertemuan tersebut di Kuala Lumpur.

KENAPA KAJANG KE PUTRAJAYA?



FLIP FLOP! Menjelang demonstrasi guru, Muhyiddin umum sistem penilaian pelajar dikaji semula

FLIP FLOP! Menjelang demonstrasi guru, Muhyiddin umum sistem penilaian pelajar dikaji semula

decrease font size
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekali lagi "flip-flop" apabila Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh hari ini seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran mengumumkan perkara itu pada selepas mendapat reaksi buruk dari golongan guru yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi hujung bulan ini.
Katanya keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS."Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS.
"Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini.
"Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.
Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari bagi mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.
Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem PBS, kata jurucakap Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa PBS satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.
Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM di Putrajaya.
"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang. - TMI

Scroll For More Headlines

DAP: Everyone loves Malaysia, only a few are traitors

Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa Koya

Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa Koya

Latheefa_KoyaPUTRAJAYA 11 FEB: Biro Guaman & Undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kepentingan peribadi dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tingi Kuala Lumpur yang memutuskan melepas dan membebaskan Anwar .
 
Kata Latheefa, Shafee antara individu yang hadir ketika Saiful Bukhari Azlan bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediaman Perdana Menteri itu.

“Adalah jelas Shafee mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini,” kata Latheefa.
Malah kata Latheefaa, Shafee pernah bertindak sebagai penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu pemecatan Anwar pada 1998.

Tindakan Shafee adalah pelanggaran etika profesional peguam seperti terkandung dalam peraturan Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Selain diketahui rapat dan pernah mewakili beberapa pemimpin Umno dalam kes mahkamah terdahulu, Shafee turut melakukan kesalahan serius sebelum ini apabila tidak membuat laporan tentang tuduhan yang ditimbulkannya terhadap Peguam Negara.


Shafee gagal melaporkan salahlaku Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung kes Pulau Batu Putih dan kes mata lebam Anwar seperti disebut dalam afidavid bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.


Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

(Lyn Nasir)
n25_kajangPUCHONG 9 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor, selain menangkis isu perkauman yang kini menjadi agenda Umno BN.

“Jika ditanyakan kepada saya adakah saya sanggup untuk hadapi risiko dalam politik, ya kerana saya tidak mahu mengorbankan rakyat.

“Saya juga nak jadikan Kajang sebagai landasan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi, ada jaminan untuk setiap anak Selangor dan hak dapat dipertahankan.

“Takkan izinkan sesiapa pertikaikan hak sama ada dia Melayu, Cina, India atau orang Asli serta bangsa lain seperti Kristian yakin bahawa kita takkan khianati amanah dan hak mereka,” jelasnya dalam syarahan bertajuk “The Asian Renaissance Courses di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong hari ini.

Merujuk kepada pemerintahan di zaman Saidina Umar Al Khatab, Anwar berkata tiada makna demokrasi sekiranya pemerintah tidak  berlaku adil kepada semua rakyat.

Beliau merujuk kejadian di mana Saidina Umar melepaskan seorang pencuri daripada hukuman potong tangan, sebaliknya mencari keadilan atas kesalahan tersebut.

“Saidina Umar berkata, kalau kamu (pencuri) mencuri lagi, saya akan memotong tangan orang kaya kerana membiarkan rakyat susah sehingga terpaksa mencuri,” kata Anwar.

Beliau dalam pada itu membidas tindakan kerajaan menaikkan harga barang keperluan harian, sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat, termasuk harga padi bagi golongan pesawah.

“Kita tengok sekarang ni harga barang naik, gula naik, minyak naik, ikan naik, sayur naik kecuali kangkung.
“Mungkin anak muda di KL tidak pernah terfikir akan perkara ini, tapi kalau kita di tempat mereka (pesawah), apa yang kita akan rasa?,” soalnya menambah BN hanya mengkayakan kroni seperti jutawan beras, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

“Sebab itu demokrasi tidak bermakna kalau negara tidak mengamalkan keadilan dan keadilan itu tidak mungkin berlaku jika tidak mengaitkan dengan semua kaum,” ujarnya.


“Tapi apa yang berlaku hari ini, curi balak RM1 juta, kes PKFZ, semuanya dinaikkan pangkat. Yang menjadi mangsa secara berterusan adalah rakyat dan di mana keadilannya?,” soalnya.

Anwar Ibrahim: Mahu Orang Cina Hormat Bahasa & Islam, Tapi Saya Pun Kena Hormat Orang Cina


PRK KAJANG: ANWAR. Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN


Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar menyeru seluruh pemimpin dan rakyat Selangor agar bangkit mempertahankan hak setiap rakyat negeri itu daripada dirampas Umno-BN yang menunggu peluang untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan jentera PRK Kajang di Dataran Prima Saujana di sini malam tadi.

Anwar juga menemplak golongan yang mendakwa diri mereka sebagai memperjuangkan Islam dan Melayu tetapi pada masa sama menunjukkan moral diri yang rendah kepada golongan bukan Islam.

“Terangkan tentang Islam tidak mahu, perangai teruk, maki orang, fitnah orang, aibkan orang, tunjuk punggung pada orang; kemudian kamu kata, kami pejuang pembela Melayu dan Islam,” kata Anwar lagi.

Beliau turut mengingatkan haram bagi rakyat negara ini terus menyokong mana-mana pihak bernafsu sama ada memegang jawatan mahu pun mempertahankan jawatan sedia ada dalam pentadbiran kerajaan disebabkan nafsu membolot kekayaan untuk diri sendiri.

Peringatan Anwar yang juga Ketua Umum PK itu turut terpakai terhadap mana-mana pemimpin PR termasuk beliau sendiri yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.~ Selangor Ku

“Bagi orang tengok selepas ini, bagi setahun dua, orang Negeri Sembilan, orang Perak boleh tengok Selangor. Kita tunjukkan Selangor mempunyai lanskap politik, ekonomi, kebersihannya yang betul-betul berubah,” katanya.


Kredit buat Pakatan Harapan Rakyat  from FB Laman reformasi Laman rakyat

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

 Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail. Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail.Sebuah persatuan guru tetap akan meneruskan protes di hadapan Kementerian Pendidikan bagi mendesak sistem pentaksiran pelajar yang baru dimansuhkan, walaupun kerajaan meminta mereka kembali ke meja dialog.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini.
Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini.
“Masa sudah kita berikan selama tiga tahun. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kementerian yang dikatakan membuat penambahbaikkan kepada PBS bukan menyelesaikan masalah, tetapi menutup kelemahan PBS itu sendiri.

“Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit.

“Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang,” kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut.

Dilaporkan sebelum ini  SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi.
Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan.

Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari.

Ini supaya tidak menggangu perjalanan waktu sesi sekolah dan bagi memberi peluang guru di seluruh negara untuk hadir.

Di dalam respon beliau pada Februari 7, Idris meminta agar kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka selain menyuarakan pendapat mereka kepada kementerian melalui saluran yang lain.

“Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kami, kerana ini sistem yang dikehendaki, selepas dahulu berkata kami terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada yang tidak kena beritahulah dan kami akan baiki.

"Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran, malah dengan saya juga boleh. Kami berharap anda jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya dilaporkan Bernama.

SPPBS mula dilaksanakan pada peringkat darjah satu di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan pada 2011.

Setahun kemudian, ia dilaksanakan pada peringkat tingkatan satu di semua sekolah.
Sistem tersebut adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik.
Berbanding dengan sistem lama, tiada peperikasaan tahunan di bawah SPPBS.

Prestasi pelajar dinilai setiap hari dengan menggunakan satu garisan markah enam peringkat yang dinamakan “band”.

Pelajar di dalam Band Satu (paling rendah) diklasifikasikan sebagai memahami subjek yang diajar, manakala Band Enam (paling tinggi) diklasifikasikan sebagai “mithali”.

Data mengenai prestasi pelajar dimasukkan setiap hari oleh guru ke dalam satu pangkalan pusat.
Pelajar tingkat tiga tahun ini adalah kelompok pertama pelajar menengah yang melalui dua tahun SPPBS, mulai 2012.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pahang berkata, antara isu utama adalah bagaimana guru hendak menyediakan pelajar tingkatan tiga bagi menghadapi PMR, yang merupakan legasi sistem lama yang berasaskan peperiksaan.

Biasanya, PMR menilai pengetahun pelajar terhadap subjek yang dipelajari selama tiga tahun mulai tingakatan satu.

Tetapi persoalannya sekarang adalah adakah PMR kali ini akan mengikut sistem lama atau sistem baru.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pendidikan seni berkata, taklimat terbaru oleh kementerian beberapa minggu lepas masih tidak dapat menjawab soalan ini dan menenangkan kekeliruan guru.

Taklimat tersebut menunjukkan kementerian masih tidak mengambil ketetapan berhubung format, bentuk dan jadual PMR.

“Mereka hanya mempunyai cadangan tetang tarikh PMR, format kertas peperiksaan, sistem penilaian dan sebagainya. Tetapi tiada ketetapan.


“Dan kita sudah berada dalam bulan kedua tahun persekolahan dan guru masih tidak mahu bagaimana hendak menyediakan pelajar dan apa yang patut diajar. Kita dah buang banyak masa.” – 9 Februari, 2014.


NGO tawar RM1,200 tampar Najib?

najib razak dan mahathir


Berikutan isu Menteri KDN Zahid Hamidi enggan siasat ugutan tampar Teresa Kok: Kepada admin MRM Teresa Kok pun satu melampau guna CNY untuk hasil video satira yg tiada kaitan langsung dengan CNY tak kena tempatnya dan ini adalah cara politik mengajarnya.
Ana Ghoib yang salah kita kata salah bukan susah….Orang bijak ialah mereka yg bercakap dengan raja sultan perdana dan si miskin gelandangan dengan nada dan bahasa biasa sahaja. Renungkan….
Baca apa kata Lim Kit Siang di bawah yang mencabar minda melayu UMNO terhadap isu ini:
Soalan ajaib: “Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” tanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang.

Di samping itu, katanya dikemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa,” ujarnya yang juga Ketua Parlimen DAP dalam satu kenyataan.
Ini, katanya kerana bukan saja melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Berikut kenyataan penuh Lim Kit Siang.

Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa, bukan saja kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Malah, kemungkinan enam NGO yang diwakili oleh 30 orang itu dengan pantas akan disumbat ke dalam “Black Maria” sehingga tidak sempat menyembelih ayam dan malah tidak sempat pun berhimpun kerana polis telah mendapat maklumat tentang rancangan mereka jauh lebih awal.

Tidak diragui lagi bahawa Cawangan Khas Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia di kalangan unit khas sejenisnya, berkat warisan penjajah British dan kedudukan istimewanya dalam hirarki polis dengan himpunan maklumat risikan yang dikumpul dengan tujuan utama melindungi rejim yang berkuasa sekarang, sedangkan dalam masyarakat yang benar-benar demokratik, perkara paling utama bagi polis ialah untuk memelihara demokrasi berparlimen dan hak asasi manusia.

Tidak masuk akal sama sekali jika polis tidak mendapat apa-apa maklumat tentang demonstrasi kelmarin sebelum wakil-wakil media cetak dan media elektronik turun memberikan liputan penuh tentang demonstrasi itu yang diisi dengan acara menyembelih ayam dan melumur darah – jika benar polis tiada maklumat awal, maka Cawangan Khas patut dirombak sepenuhnya dan malah pengarah Cawangan Khas sepatutnya dipecat.
Namun, saya tahu Cawangan Khas adalah cekap, bererti polis telah mendapat maklumat awal tentang demonstrasi yang dirancang oleh enam NGO yang menggelar diri mereka sebagai Majlis NGO Islam, terdiri daripada Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sehingga kini, Polis dan juga kerajaan Barisan Nasional membisu seribu bahasa tentang demonstrasi kelmarin yang melampau, menghasut, dan secara terbuka mengapi-apikan kebencian perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan satu lagi peristiwa 13 Mei dalam negara berikutan video “Onederful Malaysia CNY 2014” yang mengkritik kegagalan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengaitkan mana-mana kaum atau agama.

Video Teresa didakwa anti-Melayu dan anti-Islam. Saya telah menjemput pihak yang membuat dakwaan sebegini untuk tampil secara terbuka menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu dan anti-Islam.

Jika mereka boleh menunjukkan ada bahagian dalam video itu yang anti-Melayu dan anti-Islam, saya secara terbuka akan meminta Teresa untuk mengambil tindakan yang wajar. Namun, sehingga kini belum ada siapa menyambut permintaan saya.

Paling menyedihkan, dua pemimpin MCA yang baru dipilih untuk memegang jawatan tertinggi, iaitu Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, seperti pemimpin-pemimpin MCA yang lain yang menurut jejak Barisan Nasional menyerang video Teresa, gagal menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi mereka terus menggalakkan dan malah membantu protes puak ekstremis terhadap video Teresa.

Saya percaya semua rakyat Malaysia yang sihat akal fikirannya berhak untuk bertanya kepada KPN, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, serta pimpinan Umno dan MCA mengapa layanan berbeza akan diberikan jika ada enam NGO menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Perdana Menteri dan melumur darah pada sepanduk bergambar Menteri Umno berbanding layanan yang diberikan terhadap enam NGO kelmarin yang menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa Kok dan melumur darah pada sepanduk yang memaparkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

Sikap pilih bulu diamalkan oleh polis dan institusi utama negara, sedangkan mereka seharusnya bersikap tidak berpihak, saksama, dan profesional. Keadaan ini membuatkan rakyat semakin tidak yakin akan adanya urus tadbir yang baik, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Malaysia. KL Today