Leon Wen.
Standard gerombolan Toyol Biru kalau berkuasa: Kerja rasmi negara pun buat cara geng kilat, semberono asal boleh jalan! 🤭
Baca laporan peguam Asiah Abd Jalil & Liyana Marzuki ni buat kita tergelak besar. Dokumen pelepasan VVIP boleh jadi rojak mamak:
Nama mahkamah guna “Tinggi Court” (ingat kelas tuisyen ke?).
Nama Najib bertukar tiga fesyen dalam satu helai kertas.
Seksyen pertuduhan denda rasuah hilang, yg ditarah keluar Seksyen 409 pula!
Inilah standard pasukan guaman & pengikut taksub yg kerjanya mahu 'main wayang' di media sosial je lebih, tapi bab ketelitian habuk pun tak ada. Buat malu orang undang-undang! Tapi tak apa, asalkan ketua SAKAU lepas, dokumen rasmi negara nak buat macam tampal poster ceramah pun tak kisah.
Rakyat pula terus disuruh jadi pak turut, diumpan dgn cerita derma sana-sini utk selamatkan tembolok ketua SAKAU, sementara maruah undang-undang negara dibuli sesuka hati.
Wahai gerombolan Toyol Biru, kalau nak selamatkan bos pun, buatlah kerja tu cerdik sikit. Takkan bodoh sombong ni nak diwariskan sampai cucu cicit? 😅😂🤣
SAMBUNG BERITA. DI. BAWAH
No comments:
Post a Comment