
Memang patut AG hold dulu hari Jumaat lepas. Punya banyak kesalahan. Sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
PENDAPAT, 9 Nov – Ramai sudah peguam dan akvitis yang bersuara tentang Perintah Mahkamah Tahanan Rumah Dato’ Seri Najib.
Peguam2 yang memula dulu membantai AG, sekarang sudah mula beri komen betapa teruknya Perintah tersebut. Ayat caca marba, silang rujukan seksyen takde kena mengena. Nama pesalah pun berterabur.
Kita ni isi borang pejabat Kerajaan “binti” dengan “bte”, “mohd” dan “mohammad” pun mereka berkira. Ini kan pula perintah mahkamah bagi kes yang mendapat perhatian dunia.
Bukan tujuan untuk menambah garam di luka, tetapi sebab terlampau berbaur ikan (fishy), sis terpaksa tunjukkan.

Cer tengok Perintah ini.
Ada tertera Perintah Tahanan Rumah ini punya lampiran. Lampiran syarat2 tahanan rumah. Yang kita pun tak tahu lagi apa isinya.
Namun yang lebih berbaur ikan, seperti yang sis dah tolong highglight di bawah, dalam kotak merah.
Kalau DS Najib langgar syarat Tahanan Rumah, Perintah ini jadi terbatal. Maka dia kena masuk balik penjara atau mana2 tempat yang ditetapkan oleh Komissioner Jeneral Penjara… ATAU
Wait for it…
Tetiba ada klausa, dia boleh TINGGAL SAHAJA di rumah Langgak Duta.

Apa ke bendanya ni?
Bukankah Titah Tuanku, kalau langgar syarat Tahanan Rumah, DS Najib kena pulang ke penjara? Apasal pula Perintah ni bagi opsyen dia stay di rumah?
Tengokkan akai pembuat draf Perintah ini. Punya berbelit.
Memang patut AG hold dulu hari Jumaat lepas. Punya banyak kesalahan. Sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Saya harap AG persembahkan dan dedahkan kepada Tuanku YDPA, siapa sebenarnya bersekongkol memanipulasi Titah tuanku untuk tekak sendiri.

Ini kesalahan sangat blatant, mempermainkan Titah Tuanku dan cuba buldoze melalui Perintah di Mahkamah.
Pohon UMNO dan PAS buat laporan polis lagi se-antero Malaya. Ini lagi glaring derhakanya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
No comments:
Post a Comment