PRN Melaka: Pengundi Muda Terus Dapat Perhatian Pakatan Harapan

 


IMG_0631

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Kamil Munim berkata, Pakatan Harapan (PH) mempergiat usaha meraih sokongan pengundi muda menerusi pendekatan bersasar pada 8 November 2026. Foto Bernama

ALOR GAJAH, 8 Nov – Berbaki lima hari kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Pakatan Harapan (PH) giat mendekati anak muda menerusi beberapa pendekatan secara berterusan.

Gabungan itu yang meletakkan seramai 24 calon daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, kini meneruskan misi memahami kehendak pengundi muda khasnya bagi mereka yang pertama kali mengundi bagi mendapatkan pandangan serta keperluan yang mereka hasratkan di kawasan masing-masing.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim, pendekatan kempen perlu disesuaikan dengan perubahan kaedah komunikasi masa kini, terutamanya dalam mendekati golongan muda yang lebih terdedah kepada penggunaan media sosial.

“Walaupun media sosial penting sebagai medium kempen, pendekatan tradisional menerusi pertemuan secara langsung dengan pengundi tidak boleh diketepikan.

“Kita ini berurusan dengan manusia, mereka memerlukan sentuhan peribadi. Setiap calon yang bertanding kena sedaya upaya berjumpa dengan semua pengundi di kawasan masing-masing,” katanya.

Kedua-dua bentuk kempen berkenaan disasarkan bagi menerangkan tawaran yang boleh diberikan kepada mereka merangkumi peluang pekerjaan, bantuan sosial dan peningkatan kemahiran dalam bidang TVET bagi memperkasa ekonomi masing-masing.

Kamil Munim membawa suara anak muda yang inginkan suara pembaharuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menjelang hari pengundian pada 14 November 2026. Foto Kamil Munim

Tanpa melupakan pengundi senior yang juga menjadi keutamaan, beliau berharap jentera kempen digerakkan secara lebih agresif mengundi PH bagi mencerahkan peluang memenangi seberapa banyak kerusi pada 14 November ini.

“Kita berharap momentum kempen yang baik ini dapat diteruskan sehingga hari mengundi, dan sudah tentu lebih agresif pada baki hari berkempen untuk pastikan kita dapat meyakinkan lebih ramai pengundi,” katanya.





No comments: