Mazlan Muhamas
Inilah projek Tan Sri Syed Mokhtar yang buatkan Singapura bengang kejap dengan negara kita.
Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.
Pada peringkat awal projek ini hadapi masalah kerana ekonomi negara merudum masa itu.
Tapi Syed Mokhtar dapat atasinya.
Seperti biasa beliau cari rakan kongsi yang ada kepakaran urus pelabuhan tersebut.
Dan pada 2000, industri pelabuhan serantau terkejut bila beliau umumkan syarikat perkapalan terbesar dunia, Maersk dari Denmark jadi rakan kongsi dengan pegangan 30 peratus.
Berita ini buat Singapura terkejut.
Sebabnya ini bermakna Maersk pindahkan kesemua operasi kapalnya dari pelabuhan di Singapura ke pelabuhan Tanjung Pelepas.
Syed Mokhtar kemudian berjaya dapatkan syarikat perkapalan Evergreen (Taiwan) dan CMA CGM (Perancis) untuk pindahkan operasi mereka.
Sebenarnya, sebelum itu Singapura ada ditawarkan pegangan saham pelabuhan itu.
Tapi ditolak mentah-mentah. Mungkin kerana tidak yakin dengan keupayaan negara kita.
Ini jadi testimoni kepada kepakaran Syed Mokhtar dan timnya berunding dengan syarikat antarabangsa.
Kini Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah salah satu pelabuhan kontena tersibuk dan paling cekap di dunia.
.
.

No comments:
Post a Comment