Kes Bunuh Pelajar: Fadhlina Arah Semua Pihak Diperiksa Secara Menyeluruh

 

IMG_7233

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek meminta semua pihak di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) diperiksa secara menyeluruh susulan kes membabitkan kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, semalam.

Menerusi hantaran di media sosial, Fadhlina berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan termasuk rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan dan aspek kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

Selain pentadbiran sekolah, kerjasama daripada syarikat kawalan keselamatan turut diminta melakukan semakan terutama aspek keselamatan.

“Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil.

“KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

“Sokongan kaunseling juga sedang diberikan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan,” katanya.

Susulan itu, Fadhlina bergegas ke Yong Peng, pagi tadi bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden yang menggemparkan seluruh negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menerima taklimat daripada pihak PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan pihak sekolah mengenai kronologi kejadian serta tindakan yang sedang dijalankan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

“Saya turut bertemu keluarga mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Dalam saat begini, tiada siapa yang merasakan kehilangan ini lebih dalam daripada keluarga. Seorang anak sudah pergi. Keluarganya berhak mendapat jawapan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta perkara sebenar berhubung kematian pelajar perempuan berusia 16 tahun itu.

Arahan tersebut dikeluarkan Anwar menerusi hantaran di media sosial seraya berkata, sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar berkenaan serta mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham pada 4 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku.

“Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” tegas Anwar.

Sebaik menerima berita sedih itu, Anwar turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar cemerlang dalam akademik itu serta mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham.





No comments: