Nasib baik tak meletup dalam lori tu !
Apa terjadi sebenarnya ?
Pemandu lori RORO, Md Raduan Ghani, 41 tahun, kerja macam biasa jam 4 pagi Jumaat (2 Okt) kutip sampah.
Dia pergi buang sampah di Sungai Balak, Kajang, dan ternampak satu bungkusan plastik merah yang berat, dia asingkan ingatkan barang besi buruk boleh jual.
Tak sedar, bungkusan tu terus terbawa balik ke rumah dia di Kampung Dato' Ahmad Razali, Sepang.
Sampai rumah baru dia buka satu persatu, terkejut tengok rupanya 3 butir disyaki bom mortar dalam tu.
Jiran terus call polis, dia terus ke Balai Polis Dengkil buat laporan jam 3.30 petang.
Polis Dengkil buat kawalan awal, lepas tu Unit Pemusnah Bom (UPB) KLIA datang, sahkan dan bawa keluar 3 butir tu ke tempat selamat.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman kata keadaan terkawal dan bom tu akan dimusnahkan hari ini, Sabtu.
Ini kali pertama dia jumpa benda macam ni sepanjang kerja kutip sampah. Kata dia sendiri : "Saya langsung tidak tahu apa isinya"
Info awam : Kalau jumpa bungkusan berat mencurigakan macam ni, jangan buka sendiri terus call 999 / balai terdekat.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
No comments:
Post a Comment