Umno,Pas, Reset sedia benam Bersatu di Johor


 


OLEH AHMAD MURSI

Bila geng Hamzah (Reset) memilih untuk sokong BN di Johor, ini bukan sangat soal mahu kalahkan PH.

Yang lebih utama ialah mahu menanam paku terakhir pada keranda parti lama mereka, Bersatu.

Kerana Johor adalah tapak politik paling penting kepada Mahiaddin dan Bersatu sejak ditubuhkan, negeri yang pernah dipimpin oleh MB Bersatu.

Begitu juga Pas, Bersatu bukan lagi aset seperti dulu, Bersatu kini adalah ancaman dan pesaing kepada Pas kerana mereka merebut segmen pengundi dan kerusi yang sama.

Tak dapat tidak, Reset, Pas dan Umno mesti menguburkan Bersatu.

Sebab itu Pas larang ahlinya membantu calon Bersatu walaupun kedua-dua parti menggunakan logo PN.

Bersatu hanya bertanding di 16 kerusi pada PRN Johor ini, ini bagi pilihan yang jelas kepada penyokong Bersatu.

Namun bagaimana pula di 40 kerusi yang lain? Jika mereka mengundi BN dan Umno, mereka sebenarnya sedang menguatkan pesaing yang mahu menyerap akar umbi Bersatu.

Jika mereka mengundi Pas, mereka akan menguatkan parti yang tidak lagi mahu bersama dan merampas PN dari tangan mereka.

Jika penyokong Bersatu serius untuk pastikan survival parti mereka di Johor, pilihan terbaik sebenarnya adalah memastikan BN tidak menang secara mutlak di Johor.

Misalnya di Machap, untuk mengalahkan Onn Hafiz dan Umno, strategi tactical voting kepada PH oleh penyokong Bersatu adalah pilihan rasional.

1Kerana majoriti Onn Hafiz 6,543 pada PRN 2022 bukan majoriti kekal BN di Machap. Bila PH bertanding dalam PRU15, BN hanya mendahului PH sebanyak 1,655 undi dalam saluran DUN Machap. 

Kini pengundi PN dalam saluran itu terpecah dan boleh menjadi penentu kemenangan 1 lawan 1 di DUN Machap.

Kesimpulannya, undi penyokong Bersatu bukan sekadar menentukan siapa menang di Johor. Ia menentukan sama ada Bersatu terus hidup, atau dikuburkan oleh bekas kawan dan pesaingnya sendiri.




No comments: