Menyantuni warga Felda Palong Timur
Pagi ini saya memulakan hari dengan bersarapan bersama warga setempat di Kedai Encik Khanafi, Felda Palong Timur. Suasana yang sederhana namun penuh kemesraan memberi ruang untuk berbual, bertanya khabar dan mendengar sendiri pelbagai pandangan serta harapan daripada masyarakat.
Saya meneruskan program Ziarah Kasih HARAPAN dari rumah ke rumah. Setiap kunjungan bukan sekadar hadir bertemu, tetapi mengeratkan ukhwah, bertanya khabar, berkongsi cerita dan menyelami kehidupan mereka. Dari setiap pertemuan, saya belajar bahawa perhatian yang ikhlas dan kesediaan untuk mendengar memberi makna yang besar.
Terima kasih kepada seluruh warga Felda Palong Timur atas layanan yang begitu mesra. Insya-Allah, saya akan terus turun padang, menyantuni masyarakat dan membawa suara rakyat dengan penuh amanah.
Rozy Razit
No.2 Buloh Kasap
Johor ke Depan, Undi HARAPAN 

No comments:
Post a Comment