Kita jangan budayakan curi wang rakyat berbillion dimaafkan
APA MAKSUD YANG TERSIRAT?
Ini gambar terkini …. Mereka berdua mendekati rakyat di Melaka walaupun di Johor sdg berperang BN, PH dan PN. Setakat ini saya belum nampak kedua pimpinan Melaka ini menyerang PMX atau PH.
Begitu juga saya lihat MB Pahang dan MB Perak tidak menyerang PMX dan PH. Malah menurut rakan saya di dlm pentadbiran Perak, MB Perak sgt senang dgn kerjasama Exco bersama PH.
Seolah olah keputusan UMNO Johor itu tidak direstui UMNO di negeri2 lain.
Ramai bertanya isu Najib…” Bagaimana Najib akan dibebaskan.”?
Saya beritahu ia sukar ditulis di public. Mesti ingat bila Onn tanpa angin tanpa ribut bubarkan DUN dan terus memberitahu rakyat Johor rindukan Najib… apa signal tersebut?
Bila anak Najib beritahu jika kemenangan besar BN, "UMNO BN perlu menang besar PRN Johor untuk bebaskan Najib"… itu paling ketara walaupun kita lebih tahu daripada itu hanya tidak sampaikan penulisan di public sahaja.
Menang besar maksudnya BN kembali kuat dan mereka akn boleh lakukan apa sahaja. Jika mereka gagal pertahankan 40 kerusi… signal rakyat bahawa Najib tidak boleh dibebaskan!
Pimpinan UMNO spin, tuduh Anwar gunakan sentimen Najib dlm kempen. Siapa yg mulakan isu Najib? Tak lain kaum keluarganya dan anaknya sendiri. Mereka heret 5 juta rakyat Johor utk dgn promosikan pembebasan Najib.
PERCAYA kata saya, jika BN menang besar bukan sahaja Najib mahu dibebaskan malah mereka akn tarik sokongan di pusat. Ayuh Bangsa Johor kita hentikan kerakusan BN Johor ini… tunjukkan kuasa Rakyat!
Ini bukan negara yg hanya mengikut telunjuk parti dan pihak tertentu. Ini negara yg mengikut kehendak rakyat. Kita sudah lepas dari kesengsaraan cengkaman kuasa kletopkrasi… jgn kembali.
Negara baru pulih jgn bawa kembali ke zaman kegelapan 1MDB…! Kata cukup kpd BN kerasukan dan kerosakan dilakukan mereka puluhan tahun kpd negara.
Norman Radzuan

No comments:
Post a Comment