Pembinaan Negara Bangsa Tuntut Usaha Lahirkan Insan Berintegriti – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada 6 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 6 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembinaan negara bangsa menuntut usaha melahirkan insan yang berjati diri, berintegriti dan berpegang kepada nilai murni demi mengangkat martabat Malaysia.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan hari ini, yang turut menyentuh kepentingan penerapan nilai kenegaraan agar semangat cintakan negara terus subur dalam kalangan rakyat yang dikongsikan di laman media sosial hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada 6 Julai 2026. Foto PMO

“Saya turut mendengar taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan serta mendapat sambutan amat baik daripada peserta dan ibu bapa lantas program ini wajar terus diperkasa sebagai wadah membina jati diri, disiplin serta ketahanan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada 6 Julai 2026. Foto PMO

Selain itu ujarnya, peranan Felo Kenegaraan turut diketengahkan sebagai platform menghimpunkan tokoh dan negarawan daripada pelbagai latar belakang untuk menyumbang idea bagi memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri kabinet dan para pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada 6 Julai 2026. Foto PMO




No comments: