Pempengaruh media sosial, Caprice mempersoalkan tindakan beberapa calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya enggan ditemu bual sepanjang kempen PRN Johor.
Beliau berkata, sebanyak tiga program BN telah dihadirinya sebelum ini, namun percubaan untuk mendapatkan reaksi daripada calon tidak berjaya.
Beliau memuat naik rakaman video yang menunjukkan situasi ketika beliau cuba menemui calon BN di DUN Kempas.
Menurut Caprice, sebaik tiba di lokasi program, seorang pegawai memaklumkan bahawa acara itu tertutup dan beliau tidak dibenarkan masuk untuk menjalankan sesi temu bual.
“Ramai tanya kenape Cap (Caprice) hanya ade content PRN dengan PH, Bersama, Bersatu, Pas, tapi kenapa tak ada BN?
“Here’s the truth, kita dah sampai 3 program BN tapi tidak dibenarkan tanya apa-apa soalan. Tengah hari tadi (semalam) DUN BN Kempas ada muat naik di sosial media jadual dia hari ini.
“Apabila Cap sampai restoran tu, Cap tanya elok-elok boleh tak kita interview calon BN. Satu pegawai datang dan bagi tahu program ini tertutup dan Cap tak boleh masuk.
“Jurugambar Cap sempat rakam sikit sebagai bukti kenapa Cap tak ada content BN,” kongsinya di TikTok sambil meluahkan rasa kecewa.
Caprice berkata, tujuan video didedahkan adalah bagi memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa kebanyakan kandungan videonya lebih banyak memaparkan sisi calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang disifatkannya sangat memberi kerjasama untuk ditemu bual.
Beliau menyifatkan BN tahun ini tidak berani, dan sangat takut dengan temu bual.
“Tapi jujur cakap, BN Johor tahun ni tak ada telo. Tak sangka mereka takut dengan interview je..,” katanya lagi di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, Caprice berkata kepada seorang pegawai bahawa keengganan calon BN untuk ditemu bual menggambarkan sikap sombong parti itu, memandangkan beliau tidak berdepan masalah untuk mendapatkan temu bual daripada calon parti-parti lain.
“That shows me that you guys are quite sombong lah. How come every calon I can interview but BN cannot. Macam mana kita nak maju Johor kalau kita tak boleh interview BN. Saya tak faham benda tu,” katanya.
No comments:
Post a Comment