Walkabout Taman Yayasan dan sekitarnya
Pagi ini saya memulakan langkah menyantuni para peniaga dan penduduk di sekitar Buloh Kasap. Saya memilih untuk turun sendiri melihat denyut nadi ekonomi rakyat. Ada yang berniaga kecil-kecilan, ada yang bekerja sendiri, semuanya gigih mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup keluarga.
Setiap pertemuan membuka ruang untuk mendengar suara dan keluhan mereka. Di sebalik senyuman, tersimpan pelbagai cabaran yang perlu diberi perhatian dan diperjuangkan.
Saya dengan rendah hati memohon sokongan, doa dan dukungan daripada seluruh warga Buloh Kasap. Berilah saya peluang dan amanah untuk menjadi suara yang memperjuangkan nasib rakyat, membela kebajikan masyarakat serta membawa perubahan yang memberi manfaat kepada Buloh Kasap.
Rozy Razit
No.2 Buloh Kasap
Johor ke Depan, Undi HARAPAN 

No comments:
Post a Comment