KATA KERAJAAN LEMBAB MARAH. DIA NI PATUT LAMA DAH DISAMAN.



 


Haim Hilman menipu lagi: Konon warga asing curi tempat anak-anak di universiti awam, ini faktanya

OLEH AHMAD MURSI

Selepas Haim Hilman didakwa kerana memfitnah universiti awam “menjual tempat kepada orang kaya”, dia buat fitnah baru kononnya pelajar asing sedang mencuri tempat anak-anak kita di universiti awam.

Fakta dan konteks yang Haim sengaja tak cerita: Di lima universiti penyelidikan yang dia jadikan isu, majoriti besar pelajar asing berada di peringkat pascasiswazah seperti Master dan PhD.

Bukan semua pelajar asing datang untuk berebut tempat ijazah pertama dan kebawah dengan anak Malaysia.

Untuk elakkan kebodohan Haim ni berjangkit, elok saya jelaskan.

Pelajar asing ramai buat apa di sini?

Data Universiti Awam tahun 2025: 

Jumlah pelajar: 634,706 

Pelajar asing: 56,565

Maksudnya, pelajar asing cuma sekitar 8.9% daripada keseluruhan enrolmen UA.

Haim highlight angka sekitar 41,000 pelajar asing di lima paling top iaitu UM, USM, UKM, UPM dan UTM.

Yang dia tak bagitau: Lima universiti itu bukan universiti biasa. Ini universiti penyelidikan.

Fungsinya memang untuk menarik pelajar sarjana, pelajar PhD, penyelidik, makmal, penerbitan dan jaringan akademik dari seluruh dunia.

Nak bagi fitnahnya nampak lebih dramatik dan meruntun jiwa, Haim pilih contoh UM.

Untuk UM tahun 2025, jumlah keseluruhan 46,514, pelajar asing 12,043 orang atau 25%. Katanya, dari 4 orang pelajar, seorang pelajar asing katanya.

Tapi yang dia tak bagitau, 40% pelajar UM keseluruhan belajar di peringkat Master, PhD dan Diploma Lepasan Ijazah. 60% je degree ke bawah.

UM ni ranking #56 QS dunia, #1 di Malaysia. Memang bukan universiti yang hidup dengan program degree semata-mata. Ia pusat besar Master, PhD dan penyelidikan.

Sepatutnya kita puji bila lima Universiti Penyelidikan (RU) kita berjaya tarik 28,383 pelajar antarabangsa pascasiswazah datang buat kajian di sini pada 2024.

Mereka membentuk 46.7% daripada semua pelajar pascasiswazah di lima universiti itu.

Daripada keseluruhan enrolmen lima RU, 15.8% ialah pelajar antarabangsa pascasiswazah, manakala pelajar antarabangsa prasiswazah cuma 5.5%.

Jadi apa sebenarnya yang Haim cuba takut-takutkan rakyat? 

Pelajar asing di peringkat yang kononnya “berebut tempat” dengan anak kita cuma 5.5% daripada keseluruhan pelajar lima universiti itu.

Anak kita berebut tempat prasiswazah

Menteri KPT sendiri pernah jelaskan tahun lepas berdasarkan rekod UPU 2024:

Pelajar prasiswazah tempatan: 497,020 orang — 97.26%

Pelajar antarabangsa prasiswazah: 13,986 orang — 2.74%

𝗠𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱𝗻𝘆𝗮, 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝟭𝟬𝟬 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗽𝗿𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮𝘇𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗿𝗲𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗨𝗔, 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟵𝟳 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟯 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲.

Jadi di mana kononnya pelajar asing dah “curi tempat” anak-anak kita? senang je Haim tipu orang kampung.

Kenapa bagus ada pelajar antarabangsa 

Pelajar antarabangsa membayar yuran penuh tanpa subsidi kerajaan. KPT kata hasil yuran itu digunakan bagi menambah baik fasiliti universiti yang turut digunakan oleh pelajar tempatan.

Mereka juga menyumbang kepada pengantarabangsaan universiti, penyelidikan, penerbitan, jaringan akademik dan ekonomi setempat melalui sewaan rumah, makanan, pengangkutan serta perbelanjaan harian. 

Patutnya kita bangga bila universiti awam kita mampu menarik pelajar dan penyelidik dari luar negara.

Tetapi pemimpin Pas lebih suka petik angka besar, sorok konteks Master dan PhD, kemudian takutkan orang Melayu.

Warga universiti mesti bengang dengan sikap Haim ni.

Konon nak perjuangan pendidikan, yang sebenar Pas jadi jaguh menipu rakyat. Malu lah.





No comments: