Geran Padanan RM10 Juta Bagi Pemandu Teksi Tingkat Pendapatan Hingga RM7,000 – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka pada 3 Julai 2026.

KUALA LUMPUR, 3 Jul – Sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi pelaksanaan Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama, khusus kepada pemandu teksi, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peruntukan tambahan RM10 juta itu diumumkan sempena Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional, di sini, yang menyaksikan pemandu teksi diberi kemudahan pembiayaan kereta baharu, Proton S70.

Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif teksi MADANI, ia mampu melonjakkan pendapatan bersih pemandu daripada RM5,000 hingga RM7,000 melalui pengurangan kos pembaikan dan penyelenggaraan, serta kemudahan pinjaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka pada 3 Julai 2026.

Katanya, selain itu Perdana Menteri berkata, kerajaan juga berusaha memberikan permit teksi terus kepada pihak pengendali, berbanding syarikat besar sebelum ini.

“Daripada dulu kalau saudara lihat, ucapan saya di Parlimen, di antara isu saya bangkitkan, mengapa permit teksi diberi kepada orang kaya dan diharapkan pemandu mendapatkan rezeki yang halal.

“Mengapa tidak boleh permit diberi langsung kepada pemandu supaya dia jadi pemilik. Ini isu dibangkitkan puluhan tahun. Kerajaan sekarang mengatakan permit patut diberi bagi yang mampu mengendalikan,” katanya berucap pada majlis itu, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka pada 3 Julai 2026.

Terdahulu, pada majlis itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam ucapannya memohon peruntukan tambahan RM10 juta bagi pelaksanaan geran padanan terbabit.

Ia berikutan geran padanan berjumlah RM10 juta yang dilaksanakan tahun ini sudah habis digunakan dalam tempoh tiga bulan.

Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama adalah insentif kerajaan membabitkan pemberian geran sehingga RM4,000 untuk menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan berusia lebih 20 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka pada 3 Julai 2026.

Bantuan itu merangkumi geran kerajaan sehingga RM2,000 yang dipadankan dengan nilai sama oleh pengeluar kenderaan yang mengambil bahagian, antaranya PROTON dan PERODUA.

Selain Loke, hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pemandu teksi yang memiliki S70 melalui program terbabit bagi mencari rezeki, perlu diberi program latihan supaya mereka peka dengan teknologi baharu termasuk penggunaan aplikasi terkini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka pada 3 Julai 2026.

Beliau berkata, pegawai berkaitan termasuk daripada Kementerian Pengangkutan perlu turun ke stesen teksi untuk memudahkan urusan dan menjimatkan masa pemandu bagi mendapatkan kursus supaya golongan berkenaan tidak ketinggalan bersaing dengan pemandu alternatif lain.

“Ia tidak mudah, kerana teknologi dan sistem berubah, jika dulu, paling tidak ada prebet sapu. Sekarang banyak alternatif lain dan kita tidak boleh halang, jadi harus beri galakan yang sama kepada pemandu teksi.

“Tadi, saya juga bersetuju tidak perlu semuanya pergi ke pusat. Mereka boleh turun ke tempat diperlukan untuk baik pulih dan penyelenggaran kecil supaya kos dapat dikurangkan serta tidak membebankan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka pada 3 Julai 2026.

Anwar berkata, dalam mencapai hasrat meningkatkan imej pemandu teksi, kerajaan negeri dan majlis perbandaran juga diminta menyediakan tempat lebih selesa di stesen teksi.

“Dulu ketika di Port Dickson, jika tempat singgah pemandu teksi, stesen nampak macam reban robek saja. Jadi kita minta kerajaan negeri dan perbandaran (bantu).

“Sebab itu, selain menteri di Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri juga penting dan saya ke Johor esok.

“Jadi, jika dasar Persekutuan begini, di negeri tak diberikan perhatian kepada yang di bawah, semua sibuk soal projek besar (walaupun) projek besar kita tak abaikan,”



No comments: