Tajuk portal kawan saya ni silap.

 






Tajuk portal kawan saya ni silap.

Beza kritik dengan fitnah. Saya kata FITNAH.
Fitnah itu salah di sisi agama dan Undang Undang, kritik takda masalah.
Saya dah arah pegawai khas saya set masa dengan kawan2 lama kami di Malaysiakini minggu depan.
Bab debat ni, saya dilatih sejak di Kampus, masa di kampus, dan merupakan bekas Pengarah Pilihanraya Kampus bagi semua Universiti di Malaysia dulu. Pernah la merasa AUKU.
Itu 20 tahun lepas. Setakat debat dengan depa tu takda masalah lah.
Debat itu budaya baru politik dunia.
Hanya pengecut je jenis maki hamun dan guna akaun fake.
Lepas ini kita hidupkan balik mcm zaman arwah Tok Guru Nik Aziz buat dulu, WACANA PERDANA di Kelantan.
Dia panggil tokoh lawan dan kawan debat terbuka, nyatakan idea dan pandangan.
Kalah dapat 1, menang dapat 2. Takda Istilah kosong.
Paling bagus silaturahim terjaga, rakyat nak lihat idea dan gagasan yang nak dibawa.
Bukannya badi maki hamun, yang melemahkan akal.
Kita bina Negara Malaysia lebih baik.




No comments: