Dalang utama Dato??
[Melalui operasi ini, JSJN berjaya menumpaskan Geng Upik, sindiket dadah terbesar di Sabah yang mempunyai rangkaian antarabangsa di Indonesia dan Filipina. Seramai 15 ahli, termasuk dalang utama Dato' Maslan bin Sani, telah didakwa di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.]
MAJLIS APRESIASI OP MORAVA ( Sindiket Dadah Terbesar di Sabah)
Pada Jan 2022, selepas saya dilantik sebagai Pengarah Narkotik…saya telah mengadakan kunjungan hormat keatas YB Dato Seri Hamzah Zainudin MDN & YB Datuk Jonathan Jasin Timbalan MDN. YB Datuk Jonathan berpesan kepada saya agar mengambil tindakan keatas sindiket dadah terbesar di Sabah kerana ancaman dadah di Sabah amat serius. Saya masih ingat kata-kata YB Datuk Jonathan Jasin “Dato kena ambil tindakan keatas sindiket dadah di Sabah! …sekiranya tidak…Sabah akan jadi macam Columbia”
Saya balik ke pejabat dan menubuhkan Task Force untuk mengambil tindakan di atas sindiket Upek dibawah Jenayah Terancang. Walaupun ada kalangan pegawai kanan Narkotik yang agak skeptikal dan tidak yakin memandangkan sindiket Dato Maslan Sani@Upek amat terancang/tersusun dan mempunyai rangkaian kerja yang tersusun sejak 2014. Saya meneruskan juga siasatan dibawah Task Force yang diterajui oleh Supt Saifudin dan teamnya.
Pada 25 Disember 2023, kami telah mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [SOSMA] dikuatkuasakan terhadap sindiket jenayah terancang yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.
Pelaksanaan OP MORAVA yang terpaksa dilancarkan lewat pada Dis 2023 semasa saya memegang jawatan sebagai DIG kerana beberapa isu teknikal , merupakan satu titik perubahan besar strategi penguatkuasaan PDRM sebagai usaha memerangi masalah dadah dalam negara dengan mengiktiraf pengedaran dadah berskala besar sebagai ancaman keselamatan yang dilakukan oleh kumpulan jenayah terancang.
Melalui operasi ini, JSJN berjaya menumpaskan Kumpulan Jenayah Terancang Geng Upik, yang merupakan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah yang turut mempunyai rangkaian operasi antarabangsa meliputi Indonesia dan Filipina setelah beroperasi sekian lama.
Seramai lima belas (15) ahli sindiket, termasuk dalang utama, Dato' Maslan bin Sani, telah ditangkap, didakwa dan dibicarakan di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.
Hasil prosiding mahkamah, dua (2) tertuduh termasuk ketua sindiket telah mengaku bersalah di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan, manakala sebelas (11)yang lain mengaku bersalah di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan. Manakala dua (2) lagi tertuduh " pegawai Polis" telah diperintahkan membela diri dan perbicaraan dijangka selesai pada penghujung tahun 2026.
OP MORAVA menjadi penanda aras baharu dalam sejarah penguatkuasaan undang-undang negara serta membuktikan keberkesanan pendekatan dalam memperkasakan tindakan terhadap sindiket dadah melalui kerangka perundangan jenayah terancang.
Pada 10 Jun 26, satu majlis aprisiasi bagi menghargai komitmen seramai 44 pegawai/anggota PDRM yang terlibat dalam menjayakan Op Morava telah diadakan di Bkt Aman. Kejayaan ini juga membuktikan tiada yang mustahil sekiranya ada kesungguhan, komitmen, dan berfikir luar kotak. Saya SALUTE semua pegawai/anggota yang terlibat!!!
"INTEGRITI DIJAGA, RAKYAT DILINDUNGI"
No comments:
Post a Comment