KITA JUGABTIDAK GENTAR. AKAN KAWAN UMNO SEPERTI DULU DULU.

 


ONN HAFIZ TERBUKTI TIDAK GENTAR KEPADA PH


1 Jun 2026


Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa hari ini, 1 Jun 2026.


Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dalam pengumumannya berkata, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri atau PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.


“Watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa hari ini selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor,” katanya dalam sidang akhbar khas, hari ini.


Menurut Onn Hafiz lagi,  pembubaran tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi dan memastikan rakyat Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil serta kukuh. 


Beliau turut menyeru semua parti politik, penyokong dan masyarakat supaya menghadapi proses pilihan raya dengan penuh kematangan, berhemah serta menghormati prinsip demokrasi. 


Onn Hafiz sebelum ini menggegarkan hubungan BN dengan PH apabila mengumumkan UMNO/BN Johor akan bertanding solo serta akan meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN di Johor.


Kenyataan itu bermaksud UMNO/BN tidak mahu berbahagi kerusi dengan PH meskipun kedua-dua gabungan saling bekerjasama di peringkat Pusat.


Kenyataan beliau itu kemudian mendapat reaksi panas daripada Perdana Menteri yang menyatakan jika itu kemahuan UMNO/BN Johor, beliau tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya secara serentak diadakan di seluruh negara.


DAP pula memberi amaran bahawa PH akan bertindak balas di Negeri Sembilan dengan gabungan itu turut bertanding solo di semua 36 kerusi di negeri itu.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menegaskan, PH akan bertindak balas terhadap sebarang pembubaran DUN Johor dengan langkah yang sama akan di Negeri Sembilan di mana gabungan itu juga akan bertanding di semua kerusi secara solo dan tanpa bekerjasama dengan BN.


Apa pun, sekarang terbukti Onn Hafiz telah menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikit pun berganjak daripada apa yang pernah ditegaskannya sebelum ini.


Beliau nampaknya tidak tergugat atau goyang sama ada langkah UMNO/Johor ingin bertanding solo itu akan membawa kepada PRN di Negeri Sembilan atau PRU serentak di seluruh negara.


Syabas atas pendirian yang ditunjukkannya itu dan sebagai jangkaan awal, pengundi Bangsa Johor diyakini akan membalas keberanian itu dengan memberi sokongan lebih padu kepada kepimpinannya untuk terus mentadbir negeri tersebut.


Cuma yang ditunggu kini, apakah DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan sebagai tindak balas kepada langkah UMNO/BN Johor sebagaimana dinyatakan Anthony Loke sebelum ini?


Atau apakah Parlimen akan turut dibubarkan supaya pilihan raya serentak di seluruh negara dapat diadakan?


Perkembangan hari-hari berikutnya pasti lebih menarik untuk kita tunggu. -ShahbudinHusin 01Jun2026..

 #ayuhbangsajohor


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1299811075475342&id=100063393840098





No comments: