Berpolitik biarlah ada batas dan adabnya.


Alif Jamil






Nak lawan PMX ke Madani ke DAP silakan. 

Itu hak kamu dalam negara demokrasi. 


Tapi janganlah sampai mengheret org yg dah meninggal dunia kedalam kancah politik kebencian kamu.


Dan setakat yg sy semak, kenyataan dalam poster Roket Kona ini tak pernah dikeluarkan secara bertulis atau lisan oleh Allahyarham Shazni Munir.. 


Jika ada bukti sahih,  sila kemukakan sumber asalnya. 


Jika tiada, maka menyandarkan kenyataan palsu  dan mengfitnah org yg dah meninggal dunia adalah satu tindakan yg jahat. 


Perbezaan politik ni tak sepatutnya menghilangkan rasa hormat terhadap org yg dah meninggal dunia.


Apatah lagi org yg meninggal itu saudara seagama kita. 


Dan mengfitnah org yg dah meninggal dunia sebagai modal politik itulah akhlak sejahil² manusia.


Jangan sampai politik menjadikan kita hilang pertimbangan dan kewarasan.




No comments: