PETRONAS Kini Berstatus Pengimport Bersih Minyak – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 negeri Perak di Ipoh pada 4 April 2026.

IPOH, 4 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS) kini berstatus pengimport bersih bahan api, bukan lagi merupakan pengeksport yang difahami selama ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab kecaman pihak tertentu yang merasakan Malaysia sepatutnya tidak menghadapi krisis minyak memandangkan negara merupakan pengeluar minyak melalui PETRONAS.

“PETRONAS itu bukan net exporter (pengeksport bersih), sekarang ialah pengimport bersih. Kita kena beli minyak. Kita ada simpanan sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimhadir pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 negeri Perak di Ipoh pada 4 April 2026.

“Kita jamin April, Mei cukup. Bulan Jun tunggu dulu, belum tentu,” katanya semasa berucap merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak di sini hari ini.

Jelasnya, beliau kini hampir setiap hari bermesyuarat dengan pemikir dan ahli ekonomi serta PETRONAS untuk mengetahui perkembangan semasa ekoran perang antara Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

“Di ASEAN ini ada negara yang terpaksa membuat catuan minyak. Ada yang 400 stesen minyak ditutup. Ada yang menuntut golongan pekerja yang tinggal di sekitar kota untuk berjalan ke pejabat.

Pakistan melaksanakan pengangkutan awam percuma selama sebulan susulan kenaikan harga minyak diesel pada 3 April 2026.

“Tetapi kita di sini asyik marah, tengking, benci dan tak fikir yang kita ada masalah dan tak berbuat apa-apa. Setiap hari kita bersidang mencari jalan,” katanya.



No comments: