PAS NI NAK MENUMPANG PARTI BESAR SAJA .BIAR PAS BERTANDING SENDIRI.



 Ketidakhadiran PAS dalam mesyuarat penting melibatkan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) mencetuskan spekulasi besar apabila dilihat sebagai isyarat jelas bahawa Perikatan Nasional kekal sebagai wadah utama pembangkang. 






Perkembangan ini bukan sahaja menghangatkan arena politik, malah menimbulkan persoalan sama ada wujud “pertembungan senyap” dalam blok pembangkang sendiri.


Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Syaza Shukri, berpandangan langkah PAS itu mungkin bertujuan mengelakkan persepsi kewujudan dua pusat kuasa dalam pembangkang. 


Menurutnya, tanpa penyertaan PAS sebagai parti terbesar, kredibiliti IPR boleh dipersoalkan, sekali gus membuatkan ramai masih kabur tentang hubungan sebenar antara kedua-dua entiti tersebut.


Situasi ini menjadi lebih menarik apabila mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Azmin Ali tanpa kehadiran wakil PAS, sekali gus menguatkan andaian bahawa IPR lebih cenderung kepada kem tertentu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 


Dalam masa sama, ia membuka ruang tafsiran bahawa IPR mungkin dilihat sebagai cabaran kepada dominasi PN yang kini diterajui PAS.


Seorang lagi penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali, pula melihat PAS lebih selesa dengan naratif politik Melayu-Islam berbanding pendekatan lebih inklusif yang cuba dibawa IPR.


Ketidakhadiran ini dijangka memberi kesan besar kepada konvensyen akan datang, malah berpotensi menjadikan inisiatif tersebut hambar tanpa penglibatan parti paling dominan dalam blok pembangkang.




No comments: