Betul ke Malaysia gadaikan standard halal untuk dapatkan kadar tarif yang lebih rendah?
Tak betul! Kita cuma memudahcara proses tersebut agar ia lebih pantas dan efisien. Import produk halal dari Amerika Syarikat masih perlu memenuhi standard Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.
Betul ke Malaysia akan bekalkan bahan nadir bumi/REE secara eksklusif kepada Amerika Syarikat?
Haa, yang ni pun tak betul! Perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan semasa rundingan tarif dengan pihak Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuma meminta agar Malaysia tidak menyekat eksport nadir bumi atau REE ke Amerika Syarikat. Pada masa ini memang kerajaan tidak mengenakan sekatan ke atas eksport nadir bumi yg telah diproses.
Habis tu, apa yang Malaysia perlu beri untuk dapat tarif lebih rendah?
Amerika Syarikat meminta agar produk-produk tertentu dikenakan tarif yang lebih rendah, jadi kita bersetuju dengan permintaan tersebut khususnya bagi produk yang tidak menjejaskan industri tempatan.
Inilah antara soalan cepumas yang diterima semasa sidang media tentang tarif timbal balas Amerika Syarikat.
Dalam rundingan yang diadakan, kedua-dua pihak berbincang secara jujur dan terbuka. Alhamdulillah, keterbukaan inilah yang membawa kepada keputusan menang-menang bagi kedua-dua pihak.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini, khususnya team burung hantu MITI. Rundingan dengan US ni kita buat ikut masa mereka, jadi dari malam sampai ke pagi pun #TeamMITI masih lagi berunding dengan rakan mereka di Amerika Syarikat, dah macam burung hantu!
Takpa, sekarang ni dah boleh tidur malam balik!
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #tarif #trump #USA

No comments:
Post a Comment