RESPON TERKINI ISMAIL SELEPAS DISIASAT! ZAFRUL BERSUA MUKA DENGAN PRESID...



Berdepan siasatan SPRM, bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmen untuk terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai. "Hari ini, saya telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan. "Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai," katanya dalam kenyataan media ringkas, hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan selepas dia memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya. Malaysiakini pagi tadi melaporkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.45 pagi. Difahamkan proses siasatan terhadap Ismail Sabri berlangsung lebih empat jam dan tamat pada jam 3 petang. Ismail Sabri dijangka hadir sekali lagi memberi keterangan esok.







No comments: