DAH JADI MODELING...KO NAK KALUT APA LAGI ?


 KUALA LUMPUR, FEB 20 - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menggesa kerajaan supaya memberi kata putus dan tidak berteka-teki mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.




Syed Saddiq menjelaskan, dia sudah lima kali mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, namun setakat ini belum menunjukkan perkembangan positif.


Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa bersetuju untuk menjadi model sebagai usaha mendapatkan dana bagi menampung keperluan rakyat di kawasannya.


“Surat demi surat telah dihantar. Lebih 400 hari sudah berlalu tapi bantuan daripada kerajaan ke Parlimen Muar kosong ringgit.


“Saya dah cuba (berunding) banyak kali (tapi) tak berjaya...sebab itu saya lari dari Muar ke Parlimen, baru-baru ni jadi model, ada MP (ahli Parlimen) marah saya sebab saya jadi model, (sedangkan) saya terpaksa jadi model...akhirnya, alhamdulillah dapatlah sumbangan lebih RM1 juta bagi Parlimen Muar,” katanya. 


#BeritaKS



No comments: