Yusoff Rawther! KANTOI DAN AKAN DI DAKWA! SATU DEMI SATU KARMA KEPADA PE...



Muhammad Yusoff Rawther yang menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung serangan seksual akan dihadapkan ke mahkamah jenayah esok. Bekas pembantu penyelidik Anwar itu dijadualkan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, selepas siasatan terhadap dakwaan pemilikan senjata api dan dadah, maklum peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali. Peguam itu berkata butiran tuduhan akan diketahui esok. Bekas pembantu Anwar itu ditahan sekitar jam 9.30 pagi pada 6 September dan telah direman sejak itu. Rafique berkata polis didakwa menemui dua pucuk pistol dan 305g dadah dalam kenderaan yang didakwa dinaiki oleh Yusoff. Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan penahanan Yusoff mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. “(Dia) dijangka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya. Menurut Rusdi polis menahan Yusoff selepas menemukan dua pucuk pistol dipercayai tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja, di dalam kenderaan dinaiki suspek di Jalan Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, Jumaat lepas. Dalam perkembangan berkaitan, Rafique berkata Yusoff memberitahu penyiasat senjata api dan dadah itu bukan miliknya dan dia tidak ada kaitan dengan bahan larangan tersebut, malah ujian air kencingnya menunjukkan keputusan negatif. Peguam itu berkata Yusoff memberitahu pihak polis senjata api dan dadah itu diletakkan di dalam keretanya oleh pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengannya. "Dia telah menamakan mereka yang dipercayai bertanggungjawab dan kaitan mereka dengan kepimpinan politik negara. "Yusoff telah menulis surat untuk memohon kebenaran membuat laporan polis mengenai perkara ini, dan ini perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengelakkan ia dianggap sebagai tindakan 'terlewat' atau rekaan," kata Rafique. Yusoff mempunyai tuntutan sivil yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung dakwaan Anwar menyerangnya secara seksual di pejabat presiden PKR pada Oktober 2018.
Bekas pembantu penyelidik itu menjadi tumpuan apabila dia mendedahkan akuan bersumpah yang mengandungi dakwaan serangan seksual tersebut pada sidang media 4 Disember 2019. Tiga belas hari kemudian, Yusoff pergi ke Bukit Aman untuk menjalani ujian poligraf berhubung siasatan polis terhadap dakwaannya mengenai salah laku seksual Anwar. Pada 14 Januari 2020, Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar di mahkamah jenayah atas kejadian yang didakwa berlaku dua tahun sebelum itu. Setahun kemudian, Yusoff menyaman Anwar. Pada 7 Mei tahun ini, mahkamah sivil menolak permohonan Yusoff untuk memaksa polis mendedahkan keputusan ujian poligraf yang