DAH LAMA ADA LAPORAN.


Ahmad Mohammad Hafiz


 Saya amat marah kepada Bahagian Dakwah, Jakim (nak tag JAKIM tak dapat, saya tag bahagian dakwah) kerana lembab menangani isu ini walaupun kajian tentang GISB sudah ada dari tahu 2013.

.


Saya menahan diri dari menulis pasal GISB (walaupun sebenarnya sangat ketar jari nak tulis) sebab nasihat dari sahabat baik saya.

.

Kepada PMX, rombaklah pengurusan Menteri Agama dengan buah mula menukar Menteri Agama itu sendiri.

.

Saya amat takut jika tiba tiba, rakan saya yang bukan Islam melabel Islam di Malaysia ini membenarkan ustaz meliwat budak. Nak jawab apa?

.

Bertahun saya melawan ulama jahat melalui penulisan, ugutan dari pentaksub ulama jahat jangan katalah, tak terkira.

.

Dengan DS Anwar Ibrahim menjadi PMX, saya cuba cuba untuk perlahan kerana akhirnya Malaysia dibawah pentadbiran yang betul.

.

Namun ingin saya sangat sedih dengan isu GISB yang agak lembab diambil tindakan oleh JAKIM. Sampai gemuk seperti badak pemimpin GISB menunggang agama kononnya wakil imam Mahdi.

.

Kerosakan akhlak atas nama agama ini bermula apabila orang baik baik enggan menulis mengutuk perbuatan jahat orang jahat.

.

Sesiapa yang tahu isu GISB tapi memilih untuk diam atas apa alasan sekalipun, moga Allah SWT menyesatkan dia di Mahsyar kelak. Aaminnn.