1. Setakat aku berkawan dan beberapa kali hadir program makan/rumah terbuka dengan GISB ni..tak nampaklah kesongsangan mereka. Cuma pelik dan eksklusif tu ada.
2. Disebabkan aku sendiri sebagai Pengamal Perubatan Homeopathy..dan GISB ni pun ada grup serta rangkaian Pusat Homeopathy, maka aku kenal lah beberapa orang Pengamal dari kumpulan mereka.
Sebab itu aku katakan setakat berkawan dengan mereka, tiada isu. Bahkan mereka baik dengan akhlaknya sekali.
Yang isteri aku risau takut ada tawaran poligami pun tak wujud😝
3. Tuduhan-tuduhan terhadap GISB itu perlu disiasat kerana ia melibatkan pelbagai isu, bukan sahaja akidah. Isu akidah kita bagi pihak lain komen.
4. Cuma kenyataan Media KPN yang ada aktiviti meliw@t tu sebaiknya hanya dinyatakan dengan bukti seperti pemeriksaan klinikal. Bila umum sangat macam tu jadi fitnah pula.
5. Jadi biarlah pihak berkuasa siasat. PDRM, JKM, LHDN ke..KKM ke..JAKIM dan agensi Agama Negeri..KESUMA semua boleh siasat.
6. Eloknya siasatan ni..kalau ada kes, maka ia menyelamatkan yang dizalimi. Jika tiada kes pula.. maka GISB bebas dari fitnah.
7. Ramai juga yang pertahankan GISB ni sebab ekonomi umat islam katanya.
8. Sedaghe..kalau ekonomi kau utamakan elok kau ikut yahudi atau cina. Mereka kuat dalam ekonomi.
9. Takkan kita nak biarkan orang lain dizalimi hanya kerana nak kau puas melihat kosmetik luaran mereka.
10. Tunggu sahajalah keputusan siasatan. Ada kes atau tiada. Ini belum apa-apa dah dipertahankan atas alasan ekonomi.
11. Pada pandangan aku.. GISB ni licik. Sistem dia memerangkap. TV Ikhwan ada buat video pendek tajuk KONGKONG.
https://www.facebook.com/share/v/YXKgLDbsgT7feFqL/?mibextid=oFDknk
Dari situ kau boleh faham apa idea mereka.
12. Bagi peluang pekerjaan, tapi katanya tiada gaji atau elaun sekadar RM300 (rujukan dari pengakuan pengasuh) dalam video tiada sebut jumlah gaji.
13. Bagi pakaian, makan dan tempat tinggal.
14. Dalam video digambarkan makan 6x sehari dan tinggal di Villa.
15. Diberikan isteri (jodoh disusunkan) dan poligami.
16. Dari segi logik, kos pakaian, makan, tempat tinggal (villa) tu semua dah berapa..jadi disitu pekerja atau ahli GISB 'terperangkap' disitu. Bagaimana perangkap itu, jom baca lagi.
17. Bila dapat anak, anak diasuh di taska mereka dan disekolahkan di sekolah mereka.
18. Dekat sini pekerja tadi dah jimat duit kos upah jaga anak dan yuran sekolah.
19. Poligami digalakkan dan jodoh disusun. Maksudnya walaupun dah berkahwin, digalakkan berpoligami dan ada wanita bujang yang disusun untuk jadi isteri pekerja.
20. Dapat anak lagi dan lalui proses sama.
Anak-anak hanya membesar ditempat dan jemaah yang sama. Sesi doktrinisasi berlaku.
21. Latihan kemahiran sejak kecil di kilang-kilang GISB. Apabila capai umur remaja dah bekerja dengan rangkaian GISB.
22. Besar, jadi pekerja dan kahwin dan dapat anak dan masuk dalam pusingan 'hamba moden' GISB.
23. Kelebihan (jika tiada isu akidah) hidup dalam jemaah bersyariat.
24. Tidak terpengaruh dengan media sosial ( dari video KONGKONG, pekerja tak dibenarkan ada handphone dan media sosial)
25. Tidak perlu fikir kos sara hidup. Walaupun dekat luar ramai yang tiada kerja dan kena bayar kos sara hidup yang tinggi.
Masalah.
26. Antara aduan yang diterima ialah Anak-anak dipisahkan dari ibubapa. Ibu bapa kena kerja. Anak-anak dijaga sepenuhnya di taska atau rumah amal mereka.
27. Ibu bapa sukar untuk jumpa Anak-anak. Ini bertentangan dengan ciri-ciri keluarga dan melawan fitrah.
28. Anak-anak yang dijaga dikatakan anak yatim. Kutip derma untuk 'anak yatim'
Ini memanipulasi masyarakat dan mungkin kesalahan bawah akta lain.
29. Hak untuk memiliki keluarga dan harta dinafikan apabila Anak-anak tidak dapat dijaga sendiri dan menerima elaun yang sangat rendah atau tiada langsung gaji.
30. Dalam aduan netizen, ada rumah sewa mereka yang tak bayar sebab pekerja tiada gaji.
31. Disebabkan elaun terlalu rendah, tak boleh miliki aset sendiri. GISB kaya, pekerja bagai hamba. Ini tidak selari dengan Islam. Sahabat Nabi Muhammad s.a.w seperti Uthman Affan, Abdul Rahman Auf..mereka boleh bisnes dan kaya.
32. Dalam video KONGKONG kononnya duduk di villa. Dalam serbuan pihak berkuasa tempat tinggal anak yatim mereka teruk, tiada katil dan tilam nipis.
33. Ketua keluarga (lelaki) tidak mampu tinggalkan kumpulan kerana tanggungjawab besar (banyak isteri dan anak) dan mungkin tidak mampu tinggalkan kerana kelebihan berpoligami.
34. Anak-anak dari taska/sekolah/rumah amal mereka didoktrin dengan inilah sistem terbaik dan mesti berada dalam jemaah mereka sahaja.
Kesimpulan
35. Biarlah siasatan telus tanpa niat dengki dan dendam.
36. Membetulkan jangan sampai memusnahkan.
37. GISB perlu dipantau dan dibetulkan.
38. KESUMA kena pastikan bayaran gaji minimum dilaksanakan. GISB boleh tolak balik berdasarkan kos makan, tempat tinggal dan kos asuhan.
39. Pastikan juga caruman Perkeso dan KWSP serta umur pekerja.
40. Pastikan semua taska mereka berdaftar dengan JKM kerana ada kanak-kanak, dengan KKM untuk isu kesihatan, dengan PBT dan Bomba untuk keselamatan dan KPM untuk silibus pendidikan.
41. KKM bahagian kualiti makanan perlu pantau kilang-kilang mereka. Dimana ya kilang GISB dengan rangkaian produk yang besar?
42. Halal JAKIM juga mesti pantau kerana mereka isytiharkan produk halal. Memang lah orang Islam buat halal. Tapi tak bermaksud untuk bisnes besar tak perlu pensijilan halal, apatah lagi bila ada keraguan 'air berkat'. Sebab ada akta halal yang boleh didenda sehingga RM5 juta untuk mereka yang mengelirukan soal halal ni.
Akhir sekali, memang sukar untuk kita tentukan cara hidup orang lain selagi tidak salah undang-undang. Ada sahaja yang suka hidup dalam jemaah sendiri dengan semua keperluan dijaga.
Yang penting patuh undang-undang negara dan tiada kezaliman kepada mana-mana pihak serta tiada ancaman dalam apa jua sudut kepada mereka yang memilih untuk keluar dari jemaah.
Sekian.
Fairul al Qasas
Jengka