MAKI CINA KAPIAQ HARBI BAGAI... CINA ITU INI... HANGPA NAK SOH CINA UNDI? MEMANG DAK LA....

 


PAS AKHIRNYA SEDAR PENTINGNYA UNDI BUKAN MELAYU


Dalam podcast bersama Zaid Ibrahim beberapa hari lalu, kami ada membangkitkan tentang perlunya Pas memperuntukkan sebahagian masanya untuk mula mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu.


Ini kerana kami berpandangan jika Pas hanya bergantung kepada sokongan pengundi Melayu semata-mata, hasrat untuk mereka pergi jauh atau menawan Putrajaya adalah sukar.


Sokongan pengundi Melayu saja tidak cukup, sebaliknya ia mesti dilengkapkan dengan sokongan pengundi bukan Melayu.


Tetapi, di Muktamar Pas yang bermula semalam di Temerloh, ternampak Pas sudah mula berubah sikap ke arah itu dan menyedari kepentingan sokongan pengundi bukan Melayu.


Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda Pas semalam telah mengarahkan sayap parti itu untuk memulakan langkah mendekati pengundi bukan Melayu.


Beliau berkata, untuk menawan Putrajaya, Pas tidak boleh semata-mata mengharapkan undi Melayu.


“Pemuda Pas perlu perbanyakkan penglibatan dengan masyarakat bukan Islam.


“Ini boleh dilakukan dengan misalnya membuat rombongan membawa mereka ke Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (negeri-negeri yang diterajui Pas), “ ujar beliau.


Menurutnya lagi, masyarakat bukan Islam telah menjauhkan diri daripada Pas akibat pembohongan dan fitnah yang ditaburkan oleh lawan politiknya dan dengan itu sudah tiba masanya untuk menunjukkan kepada mereka realiti kehidupan di bawah pentadbiran Pas.


“Mereka (bukan Islam) merasa takut untuk mendekati kita dan tidak mengenali kita berpunca pada fitnah yang  melampau. 


“Digambarkan Pas parti ekstrem, parti pelampau, digambarkan gelombang hijau membahayakan negara, akan mengganggu kestabilan negara dan hak beragama.


“Mereka (musuh Islam) melakukan pelbagai penipuan pembohongan kepada masyarakat khususnya kalangan masyarkat bukan Islam.


“Lantaran itu perlunya dedahkan realiti pentadbiran di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada masyarakat bukan Islam.


“Maka kerana itu saya mencadangkan supaya Dewan Pemuda memperbanyakkan “engagement” dengan rakan-rakan kita yang bukan Islam, termasuk rakan-rakan daripada badan-badan bukan kerajaan, (buat) rombongan ke negeri Kelantan, dan Terengganu untuk  mereka melihat sendiri bagaimana kehidupan masyarakat bukan Islam di negeri-negeri berkenaan,” kata Tuan Ibrahim lagi.


Dalam responnya berkaitan perkara tersebut, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menasihatkan anggota sayap terbabit agar memberi kefahaman kepada orang bukan Melayu terhadap perjuangan PAS untuk meningkatkan sokongan.


Beliau mendakwa semakin ramai orang bukan Melayu kini berani berterus-terang mengkritik DAP secara terbuka termasuk di TikTok yang perlu dimanfaatkan PAS.


“Jika perlu ada kelas belajar Mandarin, belajar, kalau perlu bercakap Tamil, silakan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Pemuda Pas.


Dalam hal ini, selain perubahan sikap Pas itu adalah sesuatu yang baik, parti itu juga perlu bersikap lebih lantang dalam menjuarai isu-isu yang berbentuk keadilan dan kemanusiaan sejagat tanpa mengira kaum dan agama.


Tidak kurang pentingnya adalah Pas harus kembali kepada slogan “Pas For All” dan “Negara Berkebajikan” yang pernah mereka bawa sebelum ini.


Pas jangan lagi bermusuh atau terlalu keras dengan bukan Islam, terutama apabila timbul isu-isu berkaitan Melayu dan Islam, tetapi perlu tampil dengan rahmah dan memberi kefahaman yang sebenar berkaitan Islam kepada mereka.


Jika itu dapat dilakukan, dengan sokongan pengundi Melayu sedia ada, ditambah sudah menguasai empat negeri dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai ketika ini, laluan untuk menawan Putrajaya pasti akan menjadi lebih mudah bagi Pas. – ShahbudinHusin 12September2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/09/12/pas-akhirnya-sedar-pentingnya-undi-bukan-melayu.html



No comments: