PUKAS MALAYSIA.
Sejak zaman Al-Arqam lagi konsep berkahwin sesama ahli jemaah dan saling bersilang keluarga diamalkan. Kini GISBH masih meneruskan tradisi ini terutama bagi pemimpin tertinggi mereka. Dalam kes ini PUKAS memberi contoh bagaimana hubungan kekeluarga Nasiruddin Ali dengan keluarga Abuya Ashaari.
1) Nasiruddin Ali berkahwin dengan adik Ipar Abuya Ashaari. Iaitu adik kepada Ummi Nur (Isteri kedua Abuya Ashaari). Dengan itu Nasiruddin menjadi biras dengan Abuya.
2) Setelah Nasiruddin Ali berkahwin dengan Azura (isteri ketiga), mereka mendapat anak bernama Siti Hajar. Siti Hajar dikahwinkan dengan Adib yang merupakan anak Abuya Ashaari. Dengan itu Nasiruddin menjadi besan dengan Abuya dan Adib menjadi menantunya.
3) Nasiruddin Ali berkahwin pula dengan Mubarokah (Isteri keempat) yang merupakan anak Abuya Ashaari. Mubarokah ialah adik kepada Adib. Kini Adib merupakan abang Ipar kepada Nasiruddin.
Kesimpulannya, Nasiruddin Ali merupakan besan, menantu, dan biras kepada Abuya Ashaari. Begitulah konsep keluarga 69 yang diamalkan dalam GISBH. Ini antara kes yang nampak, jika agensi agama mengorek lebih dalam pasti akan menemui banyak sisi gelap masalah institusi kekeluargaan ahli GISBH.