PMX DS ANWAR ARAH SIASAT SEGERA! PENDEDAHAN PANAS MUFTI PERLIS ISU GISB!



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) disegerakan. Kata Anwar, isu itu penting diselesaikan segera kerana melibatkan akidah serta membabitkan dakwaan serius termasuk penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan nama agama dan penderaan kanak-kanak. “Ramai yang tanya mengapa ada kelewatan dan kelengahan dalam mengambil tindakan. “Jadi saya telah membawa kepada badan (pihak berkuasa) ini supaya ambil tindakan segera siasatan dan laporan,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Kampung Desa Putra, Sungai Merab, Kajang, hari ini. Kelmarin media melaporkan pihak berkuasa menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik GISBH, dalam serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. ================================================================================== Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lambat bertindak terhadap isu penyelewengan akidah membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH). Mohd Asri mendakwa isu berkaitan GISBH telah dibentangkan kepada Jakim sebelum ini, namun mereka tidak melakukan tindakan. "Mereka tidak mengangkat kes ini mungkin di atas sebab-sebab tertentu...sebahagiannya enggan mengambil risiko, sebahagian juga mungkin melihat tidak begitu besar. "Mungkin sebahagian kepercayaan kumpulan (GISBH) ini ada pada individu terbabit dan mungkin juga atas sebab musabab yang lain," katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok ProMedia Tajdid.





No comments: