Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum produk terbabit dieksport.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah berkenaan dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi lebih meluas.
“Umpamanya apabila saya pergi ke China baru-baru ini, beberapa rundingan meja bulat dilakukan. Mereka (China) mahu menggunakan logo JAKIM yang diterima oleh seluruh dunia sebagai lambang untuk pasaran antarabangsa kerana logo ini lebih dipercayai di serata dunia," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews