PMX BERHUBUNG DENGAN PM THAI YANG BARU



 Petang tadi saya telah berdiskusi bersama Paetongtarn Shinawatra menerusi panggilan telefon bagi merakamkan ucapan tahniah susulan upacara mengangkat sumpah beliau sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada 6 September 2024 yang lalu.

 


Malaysia dan Thailand berkongsi banyak kepentingan bersama mencakupi pelbagai bidang kerjasama. 


Justeru, saya menzahirkan keyakinan saya bahawa hubungan erat Malaysia-Thailand akan terus berkembang dan utuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri Paetongtarn.

 

Saya juga menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Paetongtarn bagi  melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand demi kemajuan dan kemakmuran kedua-dua negara serta rantau ini secara keseluruhannya.


-


This afternoon, I spoke to Her Excellency Paetongtarn Shinawatra via a phone call to personally congratulate her after being sworn in as the 31st Prime Minister of Thailand on 6 September 2024.


Malaysia and Thailand share numerous commonalities that are founded on a wide range of cooperation. I am confident that Malaysia-Thailand bilateral ties will continue to elevate to greater heights under Prime Minister Paetongtarn’s able stewardship.

 

I also reiterated my commitment to working closely with Prime Minister Paetongtarn for the progress and prosperity of our countries and the region as a whole.


#MalaysiaMADANI