MENERIMA MEHGADAP TNM/

 

Menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Perdana Putra hari ini.



Saya sampaikan amanat supaya beliau menjunjung tinggi prinsip tatakelola dalam menggalas amanah dan perlu bekerja keras untuk memastikan dasar-dasar Kerajaan berjalan dengan baik untuk memastikan kemakmuran rakyat dan negara.


Perbincangan kami turut menyentuh mengenai struktur gaji baharu penjawat awam yang bakal diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dan dalam pembentangan Belanjawan 2025, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI