Apa yang orang Melayu kena tahu tentang jiwa Anwar ANWAR BUKAN HANYA SELAMATKAN KARIER M. NASIR

 


Apa yang orang Melayu kena tahu tentang jiwa Anwar 

ANWAR BUKAN HANYA SELAMATKAN KARIER M. NASIR 


Banyak cerita sebenarnya (untold story) bagaimana Anwar telah menyelamatkan atau membantu ramai pihak. Tapi Anwar jenis org yg tidak mahu menghebahkan bentuk bantuan yg dihulurkan.


Sb itu ada yg bertanya kenapa Najib dlm penjara sanggup ucapkan Selamat Ulang Tahun kpdnya. Hanya yg tahu sahaja budi pekerti Anwar memahami kenapa kawan dan lawan menghormati beliau.


Dlm parti ahlinya menggelar Presiden mereka ‘pemaaf tahap dewa’. Ada yg suka pendirian itu ada yg kurang senang. 


Sebab itu dicaci hina bagaimana sekalipun oleh Sanusi Anwar tetap turun ke Kedah memberi bantuan dan membawa pelaburan utk negeri tersebut. Begitulah juga di Kelantan, Perlis dan Terengganu.


Perjuangan beliau bukan utk peribadi. Baginya biarlah Sanusi hinanya tetapi org Melayu yg miskin di Kedah itu mesti dibela. Ia bukan soal Anwar vs Sanusi tetapi baginya rakyat marhaen mesti dibela.


Bila M. Nasir sambut birthday Anwar baru2 ini ramai yg terkejut. Akhirnya dibuka kisah lama apabila M. Nasir pada tahun 1996 pernah digam kerana mengatakan ‘Siapa Mahathir’. 


Teruk M. Nasir dikritik kerana dianggap penghinaan. Cerita sebaliknya disalah erti oleh wartawan kerana tidak menghormati keadaan keluarga M. Nasir ketika itu. 


Megat Junid mahu menghalang karya M. Nasir tetapi dihalang oleh Anwar yg ketika itu memangku tugas PM yg keluar negara. Alhamdulillah M. Nasir insan yg tidak pernah lupa dan menghargai jasa beliau.


Tapi ramai tak tahu cerita yg hampir serupa apabila kumpulan KRU sembilan daripada 10 lagu dari album debut mereka album ‘Canggih’ diharamkan dari radio pada 1992.


Malah konsert KRU turut diharamkan selepas mendapat bantahan dari beberapa ahli politik. Isu KRU diperkatakan begitu meluas sehingga ianya turut dibahaskan pada mesyuarat Jemaah Menteri.


Pada tahun 1997 isu KRU sekali lagi menjadi isu panas apabila membuat lagu duet bersama Allahyarham P. Ramlee. Pada masa Anwar menjadi pemangku Perdana Menteri mengumumkan KRU seharusnya dibenar meneruskan kerjaya muzik mereka.


Peristiwa terbesar dlm sejarah yg tidak boleh dipadamkan apabila Mahathir ingin mengharamkan UMNO, iaitu parti yg mencampakkan Anwar dari jawatan TPM. Kalau setengah pemimpin politik,biar mati sahaja parti UMNO.


Tapi Anwar berbeza bila mengetahuinya beliau terus pergi ke pejabat Muhyiddin. File sudah ada di atas meja Muhyiddin. 


Anwar beritahu jika kerajaan mengambil keputusan utk mengharamkam UMNO beliau dan parti komponen PH akn menarik diri. Sb itu memang sewajarnya UMNO membawa Anwar duduk di atas pentas UMNO di WTCz


Itu belum cerita beliau memaafkan Mahathir di mahkamah, memaafkan musuh2 politiknya yg lain. 

Cuba amati kenapa Najib ucapkan ulang tahun kpd Anwar. Masih anda ingat cara Mahathir dan Anwar melayani Najib. 


Mahathir memang dikenali oleh mereka yg rapat dgn beliau seorang yg pendendam. Jika dia marah dia akn buat apa sahaja utk menghukum musuh politiknya. Sb itu kata Tun Musa dia tak berani lawan Mahathir.


Mahathir sebaik sahaja menjadi PM habis rumah Najib diselongkar. Anwar walaupun Najib mencampaknya di penjara tidak menggunakan kuasa yg ada utk menekan Najib dan keluarganya. Dia dendam insan yg bernama Anwar. 


Lagi peristiwa yg menjadi pengajaran yg baik dan betapa tinggi nilai hati budi Anwar kisah yg dipanggil Nadir sebagai 'Misi Gila' membawa balik keluarganya dari Gaza. 


Anwar tidak pernah menghebahkan cerita tersebut hingga Nadir sendiri maklumkan. Nadir yg terkejut dan tersangat terhutang budi dgn Anwar yg menggunakan hubungan baiknya dgn negara Arab utk membawa balik keluarganya telah mengucapkan ribuan terima kasih secara terbuka.


Sdgkan umum tahu Nadir antara pembangkang yg kuat mengkritik Anwar. Jika mahu diceritakan satu persatu kisah Anwar memaafkan musuh2 politiknya boleh dibukukan.


Walaupun rakan2 sering mengkhianatinya tetapi Anwar tetap Anwar. Dimaki, dicaci dia tetap bekerja bersungguh sungguh utk membantu para petani, nelayan dan org miskin.


Satu hari generasi cucu kita akn membaca sebuah buku yg akn dibukukan ramai penulis bagaimana Malaysia boleh cemerlang, bagaimana org miskin Melayu mendapat pembelaan, bagaimana kapitalis ketakutan dan pelbagai kejayaan lagi. 


Ketika itu cucu2 kita hanya dpt mengenali Anwar dlm buku dan di media sosial sahaja. Insan hebat itu sudah tiada dan hanya quotes hebatnya yg menjadi peneman dan ingatan erti sebuah perjuangan buat bangsa Melayu agar minda tidak dijajah.


Percayalah nama Anwar akn menjadi sebahagian legenda di kalangan org Melayu sebaris P. Ramle, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Za’ba dan lain2. Itu menjadi manusia hebat dia tidak perlu mengatakan dirinya hebat… tetapi jalan ceritanya membuat manusia akn berkata dia hebat.


Bagi Anwar perjuangannya bukan kerana Anwar. Anwar tetap akn pergi meninggalkan kita tetapi pengorbanan dan perjuangannya utk mengangkat darjat bangsa Melayu dan bangsa Malaysia itu sendiri.


NR



No comments: