30 TAHUN KIOK


MSO


 Beberapa tawaran atau manifesto PN yang dibaca oleh calonnya adalah tetorik dan janji kosong. Kerana kalau kerajaan Pas dan PN Kelantan ikhlas  jujur semua tawaran itu sudah lama dilaksanakan. Sebab Pas memerintah Kelantan lebih 30 tahun.



Sepekara lagi tawaran berkenaan bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ia membabitkan kewangan yang  banyak. Usahkan untuk laksanakan tawaran dibaca itu tetapi hendak bayar gaji kaki tangan kerajaan pun terpaksa mengemis daripada kerajaan pusat.


Tawaran dibuat oleh PN itu hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat, justeru kalau BN menang dalam pilihan raya itu nanti kerajaan Madani boleh pertimbangkan untuk  dilaksanakan.


Kalau diharap kepada Pas tawaran itu tidak ubah seperti majlis perletakan batu asas untuk sesuatu projek yang akan tinggal batu asa tetapi projek tidak akan dibangunkan, contohnya seperti lebuh raya rakyat. Contohnya juga bandar baru Dabung yang kini kawasan projek sudah jadi tempat hantu berpesta sedangkan batu asasnya telah dekat 20 tahun diletak. Trims.



No comments: