ADA TRANSAKSI KEMASUKAN KE AKAUN WAN SAIFUL.



 Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM78,800 daripada Wan Saiful & Associates Sdn Bhd ke akaun sebuah syarikat automobil, dua tahun lepas.



Pengurus Perkhidmatan Perbankan Low Mong Tuan, 44, yang berkhidmat di Public Bank Berhad, Jalan Sultan Sulaiman turut mengesahkan transaksi kemasukan wang berkenaan ke dalam akaun Public Bank atas nama Tagami Auto Enterprise Sdn Bhd, dibuat melalui pindahan wang pada 12 Ogos 2022.


Low, yang sebelum ini bertugas di Public Bank Berhad, Cawangan Sg Chua berkata akaun itu telah dibuka atas nama Tagami Auto Enterprise di bank Cawangan Sg Chua, pada 7 Jan 2008.


Berita penuh: https://mk.my/Z6PkMKy



No comments: