UMUM BALWA BLACKROCK TERHADAP PASARAN KEWANGAN GLOBAL





Pegangan ekuiti Blackrock dalam syarikat² besar di Malaysia telah lama berlaku. Benda ini sudah jadi umum balwa dalam kitaran perniagaan global. Bukan suatu hal yang mudah diubah. Perbincangan mengenai spekulasi domimasi unsur haram dalam dunia umat Islam sudah sebut oleh Imam al-Haramain dalam kitabnya Ghiyathul Umam fil Tiyath al-Zalam. Apabila umat Islam tersepit, tahap keperluan involvement dalam circle haram diturunkan daripada had daruriyyat kepada hajiyyat. Ia membawa kepada terciptanya kaedah al-Hajah Tunazzalu Manzilat al-Darurah Ammatan Kaanat aw Khaassah (Keperluan tahap hajat disetarakan dengan kedudukan tahap darurah sama ada ianya bersifat generik atau spesifik).


Maka kerana itu, apabila tiada pilihan disebabkan pegangan Blackrock seperti keadan sebelum ini, kita terpaksa untuk membiarkan ianya berjalan setakat yang ada. Nak buat macamana.


Namun kegusaran sebahagian orang ramai dengan tindakan terkini pihak kerajaan ingin membenarkan pemilikan saham MAHB kepada Blackrock pada ketika umat Islam di Gaza teruk dibantai oleh tentera 5I0Nist perlulah dipertimbangkan oleh kerajaan yang sentiasa komited dengan perjuangan saudara di Palestin. Situasinya berbeza sebelum ini dengan apa yang terjadi sekarang. Pentaksub politik janganlah buta hati sangat dengan berkata apa beza pegangan syarikat pro I3Rael sebelum ini. Sama saja.. Janganlah kata begitu.. Ada beza sebenarnya.


Walaupun kita berhadapan keadaan umum balwa kewangan global seperti saya sebutkan di atas, masih ada ruang dan kuasa yang tersisa di tangan kerajaan untuk bertindak. Sebagaimana kita terpaksa berhadapan dengan aurat wanita yang terdedah di tempat² awam, bukan bermakna kita mesti menjamu mata setiap kali melihatnya atau kita pula sengaja menyingkap pakaian sedia tertutup sehingga menampakkan paha.


Sebab itu ada kaedah fiqh susulan menyebut ;

ما لا يدرك كله لا يترك كله 

Apa yang tidak dapat diperolehi semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya. 

 الميسور لا يسقط بالمعسور

Perkara yang mudah (masih boleh dilakukan) tidak tergugur kerana perkara yang susah.


Aplikasi kaedah ini boleh kita praktik bahawa penguasaan saham oleh Blackrock dalam senarai syarikat sebelum ini, janganlah menjadi alasan untuk diserahkan semua kepentingan negara kepada syarikat itu.


Namun, ianya terserah kepada kebijaksanaan pemimpin kerajaan untuk memutuskannya kerana mereka lebih jelas penampakan maslahah mafsadah dalam skala lebih luas. Adapun kita, rakyat hanya menjalankan tugas memberikan nasihat demi kebenaran dan kesabaran.


Dr.HK

24.6.2024



No comments: