Pas tidak pernah tentang sekolah vernakular: 'Jangan putar belit' - Chean Chung



 Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang terbaharu bahawa parti itu tidak pernah menentang sistem sekolah vernakular di Malaysia amat mengejut dan mengelirukan.



Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, kenyataan berkenaan seolah olah mahu 'membeli keyakinan' bukan Melayu yang sejak beberapa tahun ini menyimpan kebimbangan mengenai hala tuju politik Pas yang kelihatan anti sistem pendidikan vernakular.



Kata Chean Chung, kenyataan terbaharu Fadhli mungkin dibuat untuk cuba meraih kembali sokongan bukan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) selepas pemimpin Pas-PN mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pendidikan calon DAP, Pang Sock Tao sebelum ini.



"Saya terkejut membaca kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas, bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular bahkan menyatakan sekolah vernakular boleh wujud tetapi dengan beberapa pembaharuan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Bagi Chean Chung, sikap Pas terdahulu telah jelas memperlihatkan penentangan terhadap sistem vernakular apabila pada 2019 lalu Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia ketika itu, Salamiah Md Nor berkata, parti itu mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular kerana dasar terbabit tidak menyumbang kepada perpaduan kaum, dalam tajuk berita Sinar Harian “Hapuskan sistem pendidikan vernakular – PAS” (22 Jun 2019)



Sebelum itu, katanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang (kenyataan 26 Jun 2019) juga telah mengeluarkan kenyataan menyatakan Badan Perhubungan Pas Pahang menyokong penuh kenyataan dan cadangan Ustazah Salamiah Mohd Nor yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang wantu itu yang mendesak kerajaan PH menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.



Tegas Chean Chung, kenyataan terbaharu Fadhli tidak akan menutup banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pas sebelumnya dan masih boleh ditemui di beberapa portal berita atas talian.



"Tidakkah kenyataan Ahmad Fadhli bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular bercanggah dengan beberapa contoh yang saya berikan ini?" tanyanya.



Sikap pemimpin Pas, kata

No comments: