KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA MADANI TETAP MENDENDANGKAN KEPADA YANG TIDAK MENDENDANGKAN..


Mohd Syuza Amsyaari




Merujuk kepada data yg telah dibentangkan oleh Datuk Dr Haji Abdul Latiff Ahmad (Mantan Menteri Tugas² Khas, Jabatan Perdana Menteri) pada Julai 2022 dalam Sidang Dewan Rakyat ketika itu..


Drp 1.2 Juta lebih penjawat awam Malaysia, 92.5% adalah terdiri drp kaum bumiputera (Dengan pecahan kasarnya Bangsa Melayu:82%, Bumiputera Sarawak:5%, Bumiputera Sabah:5% & Orang Asli:0.5%)..


Jika dibandingkan drp statistik keputusan pilihanraya (PRU & PRN) yg lepas dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yg naik lebih 13% serta tertinggi dalam sejarah negara ini adalah satu keputusan yg dilihat sangat tidak selari & terlalu ketara perbezaannya..


Sebagai seorang berbangsa Melayu & berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.. YAB Perdana Menteri & Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani jelas mencerminkan teladan yg sangat baik, tidak beremosi & tidak mengikut telunjuk mana² pihak dalam memperjuangkan nasib bangsa terutamanya orang Melayu Islam.. Juga jauh tersasar seperti mana yg telah didendangkan & sedang dicanangkan kepada kita semua agar rakyat sentiasa beremosi dalam membuat penilaian serta keputusan..


Apa² pun, terima kasih & tahniah jua kepada YAB PM serta seluruh pimpinan kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yg terus menunjukkan sikap & teladan yg baik sebagai sebuah kerajaan yg bertanggungjawab kepada rakyatnya yg berbilang bangsa serta agamanya..





No comments: