NASIB LA ....NAK BUAT MACAMANA

 




Untuk pertama kalinya (seingat aku), aku bersetuju dengan Wan Fayhsal ni. Katanya, yang batil tetap akan hancur. Betul. Dan sebab itulah Bersatu kini sedang menuju kehancuran.


Aku tak tahulah kalau Fayhsal ni tujukan posting tu kepada siapa. Mungkinkah kepada Saddiq selepas keputusan perbicaraannya untuk kes pengubahan yang haram tu diputuskan?


Kalau ya, cuma nak bagi ingat. Saddiq sendiri yang kata dulu dia didakwa kerana tak mahu menyokong Mahiaddin. Bererti dia dianiaya Mahiaddin. Jadi tak payah nak kecoh sangat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.