MALAYSIA. PMX DIKENALI








I

 Di Instagram, sebuah portal berita Timur Tengah telah melaporkan kepada masyarakat dunia, tentang pendirian Kerajaan Malaysia dalam konflik di "G".


Kejap je posting tersebut mencecah 55 ribu sukaan- antara posting dengan sukaan tertinggi sejak portal tersebut mula beroperasi.


Dalam erti kata lain, pendirian PMX dalam konflik di "G" diminati masyarakat dunia.


Didapati rakyat negara asing dan negara jiran Indonesia sangat berbangga dengan pendirian tegas Malaysia.


Tidak kurang juga komen orang bukan Islam dan bukan Melayu dalam posting terbabit.


Mereka bantai PMX? Tak. Mereka mengaku konflik ini telah membuka mata mereka.


Itu mood masyarakat bukan Islam di Instagram, sebuah platform media sosial yang lebih diminati oleh masyarakat bukan Islam berbanding TikTok.


Di dunia nyata, melalui sembang santai saya bersama kawan-kawan bukan Islam sejak sebulan yang lalu, saya pun dapati perkara yang sama.


Orang bukan Islam ini.... ramai tidak faham tentang konflik di "G". Saya faham sejak lama lagi sebab berpeluang mendampingi kawan-kawan dan pemimpin-pemimpin yang elok, tetapi pada masa yang sama sedar bahawa ramai kawan-kawan bukan Islam tidak faham.


Segenap masyarakat bukan Islam, khususnya yang muda-muda juga tidak faham sebab apa passport Malaysia boleh masuk semua negara kecuali "I".


Maklumlah, pendedahan, pendidikan, budaya, persekitaran dan pergaulan orang Islam dan bukan Islam adalah sangat berbeza.

(Namun begitu, jangan salahkan orang bukan Islam. Bertukar pandangan, ambil peluang mendidik mereka.)


Tetapi konflik pada kali ini dan tindakan tepat Kerajaan telah membuka mata masyarakat bukan Islam.


Ada yang pada mulanya bersikap sinis dan kritik PMX, khususnya apabila PMX membuat perhimpunan solidariti "P" di stadium tertutup.


"Kamu sibuk masalah luar kenapa?"

"Engkau takde kerja lain ke?"

"Rakyat sendiri tak terjaga nak sibuk rakyat negara asing apasal?"


Itu antara komen-komen yang kita nampak pada sebelum ini.


Namun selepas itu, selepas membuat kajian lebih lanjut dan mengikuti perkembangan semasa, semakin ramai bukan Islam mula tersentuh hati dan berhenti bersikap sinis. Perjuangan "P" mula difahami dan diterima.


Saya jangka, sekiranya Kerajaan Malaysia silap langkah pada sebelum ini dan mengikut rentak sesetengah pihak yang asyik berpolitik dan membuat provokasi keganasan, semakin ramai bukan Islam akan meluat dan seterusnya tutup telinga dengan konflik di "G".


Itulah persoalan yang selalu ditanya oleh segelintir bukan Islam: "Kenapa bukan Islam tidak mahu ambil tahu tentang konflik di "G"?"


Tetapi tindakan Kerajaan yang TEGAS TETAPI TIDAK MEMBABITKAN KEGANASAN pada kali ini telah menyentuh banyak hati yang selama ini tidak memahami konflik di "G".


Ohh. Tak jumpa pula mana-mana berita dunia melapor kejaguhan tokoh-tokoh walaun. Hmmm..


Tak jumpa juga mana-mana orang bukan Islam yg berjaya dididik oleh walaun tentang konflik di G. Mungkin ahli-ahli Gerakan yang menjadi Observer Member Liberal International je kot.