AHLI PARLIMEN PN YANG MEMALUKAN, TERANG-TERANG MINTA RM30 JUTA SYARAT SOKONG ANWAR


Seorang lagi Ahli Parlimen blok pembangkang menyatakan secara terbuka kesediaannya untuk menyokong kerajaan ‘Madani’ pimpinan Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun, sokongan itu hadir dengan syarat jika Putrajaya boleh memperuntukkan dana yang mencukupi untuk kawasannya terlebih dahulu.


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Perikatan Nasional-Bukit Gantang) memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa beliau berharap untuk mendapatkan kira-kira RM30 juta bagi kawasan parlimennya di Perak di bawah Belanjawan 2024.


Jumlah itu, kata beliau, berdasarkan beberapa siri projek dan inisiatif yang dirancang di Bukit Gantang, antaranya cadangan menaik taraf Pusat Giat Mara, membaiki 35 Tabika Kemas, dan pemasangan lampu jalan di kampung-kampung.


“Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Ahmad Zahid Hamidi).


“Dengan hati yang ikhlas, kalau diluluskan RM30 juta ini, saya juga nak melihat sejauh mana kerajaan Madani ini adil dalam memberikan peruntukan.


“Dalam Dewan yang mulia ini saya mohon jika saya dapat peruntukan ini untuk membangunkan kawasan saya, saya akan berikan sokongan kepada kerajaan Madani,” katanya.


Syed Abu Hussin membuat kenyataan itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan 2024 di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ialah Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.


Kenyataan beliau ini dikatakan mengejutkan beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua blok.


Yalah, mana tak terkejut…terang-terang minta peruntukan RM30 juta sebagai syarat untuk sokongan yang ingin diberikannya.


Tak pernah dibuat orang perangai macam ini.


Memalukan betul…macam ini punya wakil rakyat pun ada dalam negara kita!!


Tiada standard, tiada kelas dan langsung tiada perjuangan dalam dirinya.


Bercakap pula minta RM30 juta itu di dalam Parlimen yang mulia.


Betul-betul hampehhh….(ShahbudinHusin 10/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/10/ahli-parlimen-pn-yang-memalukan-terang-terang-minta-rm30-juta-untuk-sokong-anwar.html



No comments: