𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝟮 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗘𝗟𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗥𝗜




𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗿𝘀𝗶 ✍️


1. Nik Elin cabar Kanun Jenayah Syariah Kelantan. Saya tak setuju dengan tindakannya. 


2. Mahkamah terima kes itu untuk dibicarakan pada bulan Mei 2022. Semasa PN-PAS masih dalam kerajaan pusat. Takiyuddin masih jadi Menteri ketika itu. Haji Hadi jadi Duta Khas.


3. Sebab itu saya hairan bila Takiyuddin tanya apa jaminan kerajaan undang2 syariah tidak lagi dicabar? Dia buat apa dulu? Sedangkan dia salah seorang ahli kabinet kerajaan semasa kes itu difailkan. 


4. Ceramah PAS tak tohmah PH direct, tapi persepsi cuba dibina PH lah dibelakang Nik Elin ni. Walhal PH tak setuju pun tindakan Nik Elin. Nik Elin juga bukan ahli mana-mana parti komponen PH. 


5. Mana-mana rakyat ada hak dibawah perlembagaan untuk cabar kesahihan mana2 undang2. Tapi akhirnya Mahkamah yang bijaksana akan putuskan.


6. Kerajaan tak boleh campur hal mahkamah kerana doktrin pemisahan kuasa yang pembangkang pun tau. Lebih-lebih lagi hal itu diperingkat perbicaraan.


7. Pun begitu, kerajaan melalui MAIWP telah memohon untuk jadi rakan mahkamah (amicus curiae) bagi perbicaraan kes ini walaupun hal ini libatkan kepentingan terus Kerajaan Negeri Kelantan ketika ini (selaku Defendan dalam kes ini). 


8. Kalau berlaku kegelinciran yang merugikan Undang2 Syariah, kerajaan buat kerja sebagai kerajaan lah. Bukan buat kerajaan samseng.


9. Iaitu Pinda atau Gubal undang2 atau perlembagaan untuk kukuhkan lagi Mahkamah Syariah.


10. Dulu yang banyak improve Mahkamah Syariah ni zaman PH, Kerajaan PN-PAS tak tau buat apa. RUU355 pun kelaut. Sembang aje deras.


11. PH dalam masa dua tahun sahaja berjaya gubal Akta Profesyen Guaman Syari'e untuk tingkatkan standard peguam syarie setaraf dengan peguam sivil, usaha tubuh Jabatan Pendakwa Syarie, usaha tingkatkan Mahkamah Syariah dari dua lapis kepada 4 lapis, Tubuhkan Mahkamah Khas Hadhanah & Nafkah.


12. Jadi jom berjuang isu ini bersama. Pertahankan Mahkamah Syariah. Elak fitnah & elakkan tunding jari.



No comments: