Selama 5 tahun Kadun Batu Uban, Kumaresan Arumugam berkhidmat
kepada rakyat sebanyak 112 projek pembaikan dan naiktaraf telah berjaya
dilakukan untuk pengundi di DUN berkenaan.
Menurut Kumaresan, Pusat Khidmatnya telah merespons setiap masalah
penduduk dan memohon peruntukan Kerajaan Negeri untuk proses pembaikan atau
naiktaraf.
"Untuk projek naiktaraf laluan pejalan kaki, bahu jalan dan
membaiki longkang sebanyak RM18.1 juta (dibelanjakan) untuk 67 projek dan telah
berjaya dilaksanakan
"Untuk tabung penyelenggaraan makmimum 80% Kerajaan Negeri
Pulau Pinang saya telah berjaya membawa RM8.2 juta untuk 45 projek sejak tahun
2018 - 2023.
"Kita telah berjaya menaiktaraf lif, membantu membaiki tangki
air dan juga mengecat bangunan rumah kos rendah," katanya dalam satu
siaran media.
Beliau memberi contoh khusus kepada flat Taman Bukit Jambul yang
dinaiktaraf dengan peruntukan RM800,000 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Kerja naiktaraf di sana, katanya membina trek jongging, alatan
senaman dan juga pentas untuk kemudahan komuniti setempat.
"Kita telah sampai ke hujung penggal 5 tahun khidmat saya di
kawasan Kadun Batu Uban ini
"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi dan
penduduk yang selama ini beri sokongan kepada saya," katanya sesuai dengan
pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan pilihanraya yang akan
diadakan pada bulan Ogos ini.