SEMAK & TUMBANG



1. Dalam setiap pilihanraya, ada pemenang dan ada yang kalah. Dalam konteks Malaysia, pemenang adalah mereka yang dipilih oleh YDPA memerintah negara. Bagi yang kalah pula, mereka jadi Pembangkang. Tugas nya semak dan imbang. 


2. Kerajaan perlu berusaha keras untuk stabilkan dan majukan negara selepas pilihanraya. Pembangkang pula perlu pastikan Kerajaan buat kerja. 


3. Selepas pilihanraya, setiap politikus sepatutnya tidak fikirkan lagi tentang parti dan diri sendiri. The war is over actually. Mereka patut letak emosi ke tepi dan pentingkan ibu pertiwi. Jangan jadi sore loser sampai nak menjahanamkan negara sendiri. 


4. Tetapi ini tidak terjadi. Selama 7 bulan ini, kita dengarkan setiap bulan pihak Pembangkang nak tumbangkan Kerajaan. Yang terbaru kononnya nanti bulan 8. 


5. Pengundi yang bijak akan tanya, kalau tumbangkan Kerajaan tak sampai setahun lepas pilihanraya, apa yang rakyat dapat? Semestinya, another round of politicians, bersuka ria, membahagikan kuasa sesama mereka. Persoalannya, are they any better? Adakah mereka lebih baik untuk negara? 


6. Kini, mereka bising mengenai tukaran ringgit dan dollar. Paling teruk kata mereka. Hakikatnya, prestasi Ringgit terbaik adalah pada tahun 1980. Masa tu RM2.18 ke 1 Dollar sahaja. Ringgit terteruk adalah pada 5 November 2022 iaitu RM4.75 ke USD. 


7. Ringgit terteruk dalam sejarah negara adalah post PRU15. Pasaran kena spooked kerana ura2 lantikan TSMY dan PAS sebagai Kerajaan. Mereka menggunakan SD nak memerintah negara, sebelum Agong interfered. Tunjukkan pelabur asing pun takut akan mereka. 


8. Semalam tukaran ringgit makin lemah. RM4.64 ke USD. Mengapa agaknya? Kalau kita tengokkan fundamental ekonomi negara. Bank Dunia jangkakan KDNK kita tahun ini boleh mencecah 4-5%. Suku pertama tahun ini kita antara yang cemerlang dalam rantau Asia, Malaysia 5.6% berbanding Indonesia 5% dan China 4.5%. Menunjukkan fundamentally kita kurang masalah. 


9. If we isolate everything else, ramai percaya ringgit melemah kerana politik negara tidak stabil. Manakan tidak, setiap bulan pihak Pembangkang merengek nak tumbangkan Kerajaan. Perlu ingat, ringgit paling teruk dalam sejarah, ialah ketika mereka nak naik memerintah. Sekarang lagi nak bagi signal nak tebuk atap semula?! 🤦🏻‍♀️


10. Pada saya, Pembangkang kita tak tahu peranan mereka selepas pilihanraya. Mereka bekerja bukan untuk semak dan imbang. Tetapi lebih kepada semak dan tumbang. 


11. Isunya, kalaupun mereka buat Kerajaan tumbang, adakah mereka ini si “lesser evil”? Kompetenkah mereka membangunkan negara? Tepuk dada, tanya selera… 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki