PILIH YANG LEBIH BAIK ATAU GABUNGAN YANG LEBIH BAIK. YANG MASIH SOMBONG DAN NAK KEKALKAN BUDAYA LAMA....KETEPIKAN

 

Ramai tanya saya, kalau taknak undi UMNO, adakah kita nak kena undi Bersatu? 

 

Jawapan saya, dalam konteks politik negara kita, tiada suatu parti pun yang boleh claim mereka BERSIH! 

 

Juga, dalam konteks politik negara yang tengah “fluid”, banyak parti tinggalkan perjuangan mereka untuk buat pakatan bersama. Jadi garis perjuangan mereka pun sudah blur. 

 

Pada saya, Bersatu itu pun DNA nya UMNO juga. 

 

Presiden Parti sudah jadi Kluster Mahkamah Jana Wibawa. Anak beranak pun kaya raya, tak tahu mana datangnya. Siap seorang anaknya masuk Pandora Paper. 

 

Dikatakan dia Pemimpin Islam sejati, bapanya ulamak lagi. Tetapi anaknya pula DJ di Kelab Malam sambil guna nama Paderi. Kalau orang lain yang buat, nescaya pemimpin PAS, dah pakat2 cop liberal/ kafir harbi. Tapi sebab geng sendiri, mulut mereka pun terkunci. 

 

Geng pelapis Bersatu pun lebih kurang sama. Pemimpin yang lebih muda, pejuang PTPTN dulunya, duit kontraktor masuk akaun sendiri. Ada dulu bekas Menteri pun duit sumbangan politik masuk ASB.

 

Termasuk meresap ke akar umbi. Kontrak dan habuan mereka cari. Surat sokongan pun selamba minta dan beri. 

 

Budaya rembat dan sakau itu tidak boleh claim Parti ini berkecuali. DNA mereka sama sahaja. UMNO dan Bersatu tiada beza. 

 

Saya tak rasa Bersatu makin kuat. Barisan lapisan kedua yang ada pun lesu belaka: Hamzah, Peja dan Azmin Ali. Semua terpalit isu integriti. Dulu mungkin kabur2, sekarang dikatakan akan jelas kembali. 

 

Barisan pemuda juga hambar. Tiada yang boleh dibangga. Setakat WAF yang terbukti jargon saja. Masa jadi Timb Menteri Perpaduan pun tiada makna. 

 

Makanya susah nak kata Bersatu akan ganti UMNO pada hari muka. Mereka pun carca merba. 

 

TBH, saya masih nak lihat UMNO bangkit sekali lagi. Memperjuangkan bangsa dan ibu pertiwi. Sesungguhnya parti Keramat ini, ramai di kalangan kita dekat di hati. Ada soft spot lagi. 

 

Isu nya hanya tinggal tuan Presiden, Kluster Mahkamah yang kita tunggu penghujung kesnya. Kalau dia step down, pemulihan UMNO boleh berjaya. 

 

Geng warlord yang korup pun sudah lari. Masuk parti lain. Mereka ini pun toksik yang sudah dicuci. 

 

Kepimpinan UMNO baru seperti Johari Ghani dan Khaled Nordin, Azalina Othman, kita dah boleh buka mata. Banyak yang tinggal ini kompeten sebenarnya. Dengar isu rasuah pun minimal saja. 

 

KJ dan Syahril Hamdan pun standby. Mereka taknak masuk parti lain, tunggu UMNO juga. Tengok lapisan Pemuda UMNO pun saya teruja, Dr Akmal Saleh tunjukkan UMNO ada future. 

 

Pada saya, Bersatu bukan pengganti UMNO. They are now going downhill. Dengan duit tiada, kes mahkamah, persengkataan dalaman dan pemimpin pelapis juga hambar, nasib mereka akan jadi seperti Semangat 46. 

 

UMNO pula, is at rock bottom, mereka tiada jalan lain selain bangkit semula. 

 

Kita doakan parti Keramat ini mula sedar, orang Melayu bukan benci mereka. UMNO dihukum kerana mereka lupa amanah kepada bangsa dan negara. 

 

Tapi kalau mereka tunjuk mereka sudah berubah, buang budaya korup dan angkat orang wibawa, orang Melayu boleh percaya. In sya Allah… Boleh beri peluang kedua. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki